Wednesday, 13 August 2008 11:29
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor, memberi jaminan akan bertarung habis-habisan jika dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk mengembalikan kerusi yang dipegang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1999, jika diberi peluang.
Ezam yang menyertai Umno Jun lalu selepas lebih 10 tahun bersama PKR, berkata beliau menerima banyak ancaman dan tekanan akibat tindakannya yang dibuat kerana mempertahankan pendiriannya sebagai seorang Islam.
“Jika saya dicalonkan, pencalonan ini akan menjadi perjuangan moral bagi membuktikan antara kebenaran dan kepalsuan,” katanya ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju di sini, semalam.
Ezam berkata, beliau menerima ancaman termasuk ancaman bunuh selepas melahirkan kesediaannya untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil itu.
Umno Permatang Pauh sebelum ini dilaporkan mahu anak tempatan dipilih menjadi calon dan meminta pucuk pimpinan parti tidak mencalonkan orang luar seperti Ezam atau Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, yang kalah dua kali sebelum ini.
Ditanya sama ada beliau akan menggunakan isu peribadi sebagai senjata untuk menentang calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam berkata tindakan itu tidak akan dilakukan selagi mereka tidak menyentuh peribadi dan keluarganya.
Sementara itu, Omardin yang juga Pengasas Majlis Seni Bela Diri (Marcil) dianggotai pengamal seni mempertahankan diri dari semua kaum, sudah mendapat maklum balas daripada ahli majlis untuk memberi sokongan kepada Ezam, jika dicalonkan.
“Kalau Ezam jadi calon, kami akan beri sokongan padu, dan sokongan ini diberikan kepada mereka yang tidak ada kepentingan peribadi.
“Namun, pada masa sama kami mahu melihat ahli Umno lebih kukuh kedudukannya bagi memastikan dapat meraih kemenangan di Permatang Pauh,” katanya.
Ezam janji buktikan kebenaran
on Wednesday, August 13, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
August
(59)
- Merdeka !!!
- Bajet 2009 -Bajet Prihatin
- Apakah perlu lagi post mortem pada BN ??
- Anwar tidak mungkin jadi PM - Mahathir
- Anwar menang dalam misi yang gagal
- Komen Tun Dr Mahathir Mengenai Permatang Pauh
- Detik Penghapusan Ketuanan Melayu Bermula ...
- Jam 3.00 ptg dari permatang pauh
- Mufti Sangkal Dakwaan Imam Masjid Wilayah Persekut...
- SOAL POKOK ADALAH SUMPAH SAIFUL DAN SUMPAH ANWAR B...
- Apabila pembangkang ludah jilat balik
- Demi Politik -Anwar fitnah Najib amal agama Hindu
- BARISAN NASIONAL 60-40
- Sumpah Saiful memenuhi syarat
- Cawangan Kg Pelet diserang tentera PKR
- Debat -Tahniah Tan Sri Koh
- AL KISAH... PKR (PAKATAN KORUPSI & RASUAH aka PART...
- Kenapa pilih YB Arif Shah
- YB Arif Shah
- PKR 'cakap tidak serupa bikin' : Khairy
- Ezam gesa pengundi tolak Anwar
- Tuduhan pembangkang makan diri
- Ganggu jentera BN ,PKR terdesak sedangkan ini kubu...
- ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN
- Tersentuh hati mendengar pengakuan Anifah Aman
- Penahanan dua exco Perak bukti penambahbaikan BPR ...
- Anwar pernah hentak meja minta lesen empat ekor di...
- Sepanduk menghina dan biadap kepada bangsa Melayu ...
- Kempen Terus Ganas -sepanduk dan bendera dibakar
- Pengakuan jujur Anwar kepada penyokongnya kononya ...
- Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditahan BPR kes...
- P.Ramlee pun menangis tengok lakonan Anwar
- 7 dalil perlu vote PKR
- Bayangan Bush bersama Anwar di Permatang Pauh
- PKR ( Parti Kaki Raba )
- MAJLIS PEGUAM MALAYSIA
- AUKU - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI
- Sokongan Sama Waktu Dengannya
- Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
- Anwar persenda sumpah saiful sebagai gimik UMNO
- Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar
- Saiful sumpah Al-Quran…cabar Anwar turut sumpah
- Buat Pengundi Permatang Pauh
- Ariff Shah calon BN Permatang Pauh
- Ezam janji buktikan kebenaran
- Realiti Melayu Pulau Pinang
- Apabila mahasiswa sendiri membantah cadangan PKR ??
- Tiga Ciri Calon Untuk Saingi Anwar Di Permatang Pauh
- BN Mahu Tawan Permatang Pauh Untuk Bawa Lebih Bany...
- DAP tidak suka Melayu dan Islam bersatu
- Pemuda Kedah Hantar Lebih 100 Jentera Gempur Perma...
- Kesetian saya kepada prinsip perubahan" Ezam
- Umat Islam berhimpun membantah forum Majlis Peguam
- Tidak etika Anwar jadi PM 'pintu belakang'
- Mapan anjur demonstrasi bantah forum Memeluk Islam...
- Apabila reformis mula melondehkan rahsia ketuanya
- Ezam gegarkan Pulau Pinang !!! Penyatuan Melayu Pu...
- Anwar memang bukan pejuang sejati - Ezam
- Pertarungan moral Lawan Anwar habis-habisan di Per...
-
▼
August
(59)