PEMUDA UMNO GESA KERAJAAN PH BERSIKAP TERBUKA , TIDAK MENYEKAT AKAUN MANA-MANA PARTI POLITIK

on Tuesday, July 10, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Pakatan Harapan (PH) membuktikan kerajaan yang mereka kuasai hari ini lebih terbuka dan mengamalkan demokrasi bebas seiring dengan Malaysia baharu yang diwar-warkan sebelum ini.
Menurut beliau citra Malaysia baharu yang dicanang-canangkan haruslah dizahirkan dan bukannya mengambil sikap sebaliknya dengan menyekat atau pun mengekang mana-mana pihak hanya kerana berbeza fahaman politik.
“Kalau kita nak mewajahkan Malaysia baharu dengan suasana demokrasi yang terbuka saya harap kita harus mengotakan apa yang dihasratkan dalam Malaysia baharu ini dengan membenarkan bergerak secara adil serta secara bebas tanpa mengekang dan menyekat hanya kerana mereka ini berbeza pandangan daripada kita.
“Saya rasa jika kita hanya bercakap tetapi tidak mengamalkan apa yang kita cakap. Kita hanya bersikap hipokrit. Saya rasa pada waktu zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap dan ditohmah zalim kita tidak pernah menyekat akaun mana-mana parti politik,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Jelas beliau kerajaan hari ini perlulah bersikap terbuka dan mengotakan apa yang diwar-warkan seiring dengan nilai-nilai demokrasi.
“Saya harap kerajaan yang ada haruslah mengotakan apa yang diwar-warkan kepada rakyat sebagai budaya politik baru, Malaysia baharu yang seharusnya subur nilai-nilai demokrasinya,” ujarnya.
Mengenai akaun parti yang dibekukan, beliau mengatakan tindakan itu sedikitpun tidak melumpuhkan perjuangan mereka.



“Pemimpin di peringkat akar umbi Pemuda sedia berkorban demi perjuangan. Saya bagi contoh jelajah di Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan setakat ini,  yang menyediakan urusan jamuan dan segala-galanya adalah kutipan daripada ahli-ahli kita.  Malah saya turun ke sana hanya membayar tiket kapal terbang sendiri sahaja dan tidur di rumah yang disediakan oleh Ketua Pemuda dan bukannya bermalam di hotel dan sebagainya.
“Budaya yang ada hari ini adalah budaya pengorbanan demi sebuah perjuangan yang hari ini sudah mula mengakar di dalam parti. Sebab itulah jangan ingat apabila mereka membekukan akaun,  mereka menyekat kami menyebabkan kami akan lumpuh tetapi apa yang kita dapat lihat apabila kita ditekan semangat ahli-ahli di peringkat akar umbi semakin membara dan mereka lebih tahu bahawa dengan keadaan akaun tidak ada…duit tidak ada  mereka masih bersemangat untuk berjuang. Itu yang saya dapat lihat setakat jelajah hari ini,” katanya.-MediaUMNO


2 Responses

  1. Unknown says:

    Mimpi la..
    Staff kerajaan pun kena warning..
    Kebebasan la sgt.. ph oi..?

  2. Anonymous says:

    Ye betul. Tindakan membekukan akaun itu menunjukkan sikap yg tidak baik dan x boleh dicontohi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.