PASUKAN PETUGAS KHAS KELUARKAN ARAHAN , ADAKAH INI RULE OF THE LAW ???

on Wednesday, July 4, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Presiden Majlis Peguam George Varughese berkata pihaknya rasa "terganggu" dengan kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi.

"Majlis Peguam terkejut dan rasa terganggu dengan kenyataan media yang dikeluarkan hari ini oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan Najib ditahan pukul 2.35 petang tadi berhubung SRC International Sdn Bhd dan bekas perdana menteri itu akan didakwa di mahkamah 8.30 pagi esok.

"Pasukan petugas khas itu tidak ada kuasa undang-undang untuk menahan Najib. Sebarang penahanan hanya boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

"Pasukan petugas khas itu juga tidak ada kuasa menentukan sama ada Najib akan didakwa esok, kata Varughese dalam kenyataan hari ini.

Pasukan petugas khas berkenaan terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas timbalan pengarah cawangan khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

Varughese berkata, tindakan Pasukan Petugas Khas 1MDB itu menimbulkan beberapa persoalan.

"Adakah pasukan petugas khas mempunyai kuasa undang-undang untuk mengarahkan penahanan Najib? Dan adakah pasukan petugas khas itu mempunyai kuasa mendakwa Najib?" katanya.



KOMEN GPB 

Pasukan Petugas Khas 1MDB tapi siasat kes berkaitan SRC...

Bukti tuduhan RM2.6 bilion dicuri daripada 1MDB tak jumpa-jumpa lagi. Nik Faisal, Zeti, Jho Low, mereka tidak panggil dan soal siasat lagi. 

Kezaliman dan ketidakadilan apakah ini?



One Response

  1. Anonymous says:

    jom setiap negeri dan bahahian umno buat laporan polis salahguna kuasa pasukan 1mdb mamak kerala ini..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.