..

..

MALAYSIA BAHARU BAKAL JADI NEGARA KOBOI JIKA HAPUS SOSMA

on Monday, July 23, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 UMNO memandang serius keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu membatalkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau SOSMA.
Menurut Presiden UMNO merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penggubalan undang-undang itu adalah semata-mata bertujuan menjaga ketenteraman awam daripada anasir yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, di mana ia tidak langsung menyentuh soal politik individu.
“Antara elemen pentingnya ialah kesalahan yang menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan perbuatan yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
“Jika mahu dibandingkan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh beliau sebagai Perdana Menteri ke-4 yang mana membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara), pesalah SOSMA tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.
“Malah, ada peruntukan bahawa perbicaraan perlu diadakan di Mahkamah Tinggi. ISA tiada perbicaraan selama 2 tahun manakala penahanan di bawah SOSMA hanya 28 hari sahaja kemudian perlu dibicarakan,” jelas beliau dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Justeru katanya, UMNO ingin mempersoalkan logik langkah pembatalan ini dalam menjamin ketenteraman awam, sedangkan sudah wujud tindakan pihak tertentu yang cuba mencabar institusi Raja-Raja Melayu dan melaga-lagakan kaum sejak Pakatan Harapan memerintah.
Ujar Zahid lagi, pembatalan SOSMA akan membuka lebih banyak ruang kepada sesetengah pihak untuk meningkatkan provokasi kaum dan agama melalui pelbagai saluran media sosial dan internet.
“Dengan cadangan untuk menarik balik undang-undang ‘draconian’ yang beliau sendiri pertahankan di antara tahun 1981 dan 2003, dikhuatiri negara akan lebih terancam dengan meledaknya era ‘free for all’ internet dan media massa, serta perbuatan yang menjurus ke arah menggugat ketenteraman awam.
“Ditambah pula dengan hasrat melupuskan Akta Hasutan 1948 dan Akta Anti-Berita Palsu 2018, kerajaan nampaknya mahu menggalakkan provokasi dan sentimen agama, kaum dan politik di dalam negara.
“UMNO khuatir ada pihak yang menunggu peluang ini bagi menyebarkan hasutan serta dakyah di kalangan rakyat. Kesannya amat menakutkan, dan rakyat tidak lagi akan berasa selamat dalam suasana sedemikian,” tegasnya.
Seterusnya Zahid mengingatkan, zaman Perdana Menteri ke-4 ialah era monolog, era di bawah Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula ialah zaman digital dan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tugas di zaman siber.
“Negara kini berdepan ancaman keselamatan  yang dikawal jauh atau “remote control”  secara terancang. Dalam ketika berlaku banyak perubahan lanskap politik dalam negara dan antarabangsa, perundangan seperti SOSMA dan Akta Hasutan sangat kena pada masanya, tetapi pada masa sama aspek keadilan  turut melindungi hak hak individu yang disyaki terlibat.
“Dr Mahathir tidak pernah menghadapi kecaman dan kritikan alam siber pada zamannya. Adakah beliau sudah bersedia kali ini untuk menghadapi segala fitnah dan pembohongan siber yang dilakukan PH ketika sebelum PRU14?
“Ancaman kali ini lebih besar. Dengan terdedahnya Malaysia dan rakyatnya kepada anasir asing, terutama golongan muda, mereka lebih teruja untuk mencuba pendekatan yang digunakan di Barat dan banyak negara lain, di sini untuk mengkucar-kacirkan keadaan,” katanya.
Jelas beliau UMNO percaya kerajaan juga akan membatalkan POTA, iaitu Prevention of Terrorism Act 2015, yang memagari negara daripada sebarang kegiatan berunsurkan keganasan ala DAESH dan militan lain.
Ketua Pembangkang itu juga mempersoalkan, apakah Dr Mahathir berbuat demikian semata-mata untuk memelihara kepentingan politiknya, atau demi mengambil hati pengundi PH?
Jika inilah hasratnya, maka kata Zahid, UMNO menasihatkan rakyat supaya bersedia dari sekarang untuk melihat wujudnya ketidakstabilan di dalam negara dengan berkembangnya semula kegiatan subversif seperti yang pernah dialami selepas merdeka, di mana ISA terpaksa digubal.
Ini memandangkan jelas Zahid,kerajaan terdahulu tidak pernah memikirkan keuntungan politik dalam menggubal setiap undang-undang yang difikirkan perlu untuk menjaga kepentingan setiap warganegara, malah sedia menggunakan pendekatan tidak populis ini demi ketenteraman awam.
“Jika kerajaan memikirkan pemansuhan akta berkenaan akan lebih menstabil dan menenteramkan negara, maka dihapuskan akta yang bukan saja masih digunapakai oleh negara jiran, malah kebanyakan kuasa besar dan negara yang menjadi kiblat PH.
” Apa yang pasti, UMNO dan BN tidak mahu dipersalahkan jika pemansuhannya akan menjadikan Malaysia sebagai ‘negara koboi’.
” Atau mungkin Dr Mahathir merasakan SOSMA dan pelbagai akta anti-keganasan yang digubal pada zaman kerajaan terdahulu “tidak cukup kuat” dan beliau berasakan perlu ada akta yang lebih “keras” bagi mengekang teguran-teguran yang dilemparkan kepadanya, walapun di lidahnya menyebut, beliau terbuka menerima teguran.
“Apakah ini bermakna ISA akan dikembalikan? Sama sama kita perhatikan,” soal beliau.-MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.