Seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu dalam pergerakan itu yang kini disandang Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafii (kanan, berbaju hijau) berkata, langkah itu hanya akan diambil jika Khairy tidak mempertahankan jawatan itu.
"Setakat ini Khairy masih belum menyatakan pendirian. Saya tidak akan lawan (beliau) sekiranya beliau mengisi borang untuk mempertahankan kerusi itu.
"Saya akan bertanding (ketua Pemuda) jika beliau tidak mengisi borang untuk mempertahankan kerusi tersebut. Kalau dia isi borang, kita kekalkan sokongan (kepadanya)," kata Razlan ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.
Setakat ini Khairy masih belum menyatakan pendirian untuk mempertahankan jawatannya sekalipun menyokong jawatan nombor satu itu dipertandingkan.
Dengan pengumuman itu, Mohd Razlan menjadi individu terawal menawarkan diri merebut jawatan itu.
'Plan B' jika KJ pertahan?
Ketika ditanya 'plan B' beliau jika Khairy akhirnya memutuskan mempertahankan kerusi itu, Razlan hanya menjawab:"Saya hanya fokus sekiranya KJ tidak pertahan jawatan ketua Pemuda," katanya yang masih belum mahu mencatur peluangnya ekoran lawannya masih belum jelas.
Pengumuman itu sekali gus menyemarakkan bahang menjelang pemilihan Umno, terutamanya di peringkat sayap parti Melayu itu.
Takyah la kot. Tak relevan lgsg, xde sunbangan apa pun kecuali menjadikan seputeh parlimen paling corot dlm msia, ramai lg pemuda yg bagus2,
Seputeh kawasan yang PR menang dengan majoriti terbesar 51,000
Jaga kawasan sendiri dulu baru berangan nak jaga negara
OOOOO HEBAT... pembodek kj no1