Hot ! Guan Eng takut kalah , enggan ikut arahan ROS buat pemilihan CEC semula !

on Friday, August 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




DAP seolah-olah cuba berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) seperti diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan mengenakan dua syarat baharu kepada pertubuhan itu.

Dua syarat berkenaan ialah ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa, tindakan memberi arahan dalam tempoh singkat dengan alasan begitu subjektif tidak boleh diterima kerana menunjukkan sikap tidak demokratik dan satu penafian keadilan dalam proses undang-undang yang sepatutnya.

"Jika ini alasan dalam proses membuat keputusan oleh ROS, sudah pasti parti pembangkang seperti DAP sampai bila-bila akan dijadikan tebusan lantaran aduan mengarut dan tidak berasas.

"Tentunya pada masa depan tidak akan ada apa-apa yang boleh menghalang ROS daripada mengarahkan pemilihan semula diadakan pada bila-bila masa sesuka hati mereka tanpa perlu memberikan sebab munasabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC melalui sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu.

ROS dalam surat itu dikatakan memberi alasan bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan DAP berhubung isu penyelewengan undi CEC.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri dalam pada itu menambah, DAP berhak dimaklumkan tentang faktor yang membuatkan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan memandangkan segala dokumen sokongan telah diserahkan.
"Kesilapan hanya semasa penyiaran keputusan yang mengakibatkan jumlah undi salah diumumkan untuk beberapa calon dan apabila kesilapan disedari, terus diperakui dan diperbetulkan," dakwanya



One Response

  1. Anonymous says:

    DAP ni perasan yang Democratic dia orang aje .Kalau lah UMNO yang buat kesilapan semasa penyiaran keputusan mesti dia kata flip flop....sure got hanky panky one.Happened in DAP small matter where the so much talk of CAT huh!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.