KERAJAAN BURU DALANG KUMPULAN PANJI HITAM , DOKTRIN MENYELEWENG AGAMA & SEJARAH !!

on Wednesday, August 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka. 

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. 

"Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan di sini. 

Polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara. 

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyai pengikut yang setia. 

"Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," katanya. 

Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini mencetuskan isu keselamatan, pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.






KUALA LUMPUR – Polis sedang mengenal pasti dalang kumpulan yang ditahan di luar pintu Istana Negara Isnin yang mendakwa mereka pewaris sah Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata polis juga sedang mengenal pasti motif sebenar kumpulan itu berbuat demikian.
“Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini. Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari sehingga esok,” katanya pada sidang media di sini Selasa.
Ku berkata kesemua lapan suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau didenda.
Kumpulan yang mendakwa mereka anggota Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara itu berpakaian serba hitam dan tiba di kawasan istana dengan menaiki tiga kereta pada 4.10 pagi sebelum ditahan polis.
Media melaporkan mereka mendakwa sebagai pewaris Agong yang sah dan dipercayai cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.
Tangkapan termasuk rampasan kesemua kenderaan terlibat dilakukan ketua balai polis Jalan Travers. Tiada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kenderaan yang dirampas.
Siasatan polis mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak, Johor dan Kedah.
Antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’- Bernama


One Response

  1. Anonymous says:

    Saya syaki kumpulan ini PENGGANAS 'Syiah' yg dihasut atau ditaja Barat-Israel - bahkan ada yg tak ada IC, jadi mungkin rakyat Indonesia/Filipina Bukan Islam (ada rupa mcm Melayu), yg menyamar sbg org Islam, nak menimbulkan PERANG ‘jihad’ di Malaysia antara puak Sunni-Syiah sebab cara mereka menyerang Istana Negara itu sungguh ganjil dan seolah mahu ditawan polis dgn segera.

    Memang ajaran puak Syiah harus jangan merebak di Malaysia, juga sebagai strategi PENGHALANG (Prevention strategy), supaya kita umat Islam, dari berlainan mazhab tidak sampai berbunuh sesama sendiri. Jika ini berlaku, yang akan ketawa macam SYAITAN DURJANA ialah MUSUH ISLAM dari puak Kristian Zionis DAP/PKR yang amat MERBAHAYA. Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan, dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll).

    Maka saya amat terkejut membaca tentang anak muda Melayu ini, yang bernama Faisal Hamdi, yang menjadi Pengganas dalam Free Syrian Army (FSA) – di http://brojinggo.blogspot.de/2013/08/faisal-anak-muda-malaysia-ambil.html, Faisal Anak Muda Malaysia Ambil Keputusan Berperang Di Syria!, Monday, August 5, 2013 (saya dah adukan pd KDN).

    FSA yg. bersekutu dgn puak Al-Qaeda/Taleban ini sebenarnya ialah kumpulan Pengganas yang amat kejam, ditaja oleh Barat-Israel, yang diketuai oleh ejen CIA-MI6-Mossad. Ejen-ejen ini menyamar sebagai orang Islam dan menghasut anak muda Sunni Islam untuk berperang di Syria, Lebanon, Iraq dan Iran, kononnya untuk menjatuhkan Kerajaan Syiah (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013).

    Sebenarnya ini adalah MO Barat-Israel untuk menjajah Dunia Islam yang kaya minyak-gas dan menghasut lebih ramai anak muda Islam menjadi Pengganas, yang akan menjadi merbahaya pada Dunia Islam.

    Dan lihatlah di mana Facebook tidak mengharamkan panggilan keganasan anak muda ini - ini ialah kerana Facebook dikuasai Yahudi Zionis Amerika. Sedangkan artikel YB Tun Dr. Mahathir Mohammad “The Chinese Dilemma“ boleh pula diharamkan.

    Bahkan Barat-Israel juga menaja kumpulan pengganas 'Syiah' utk menjatuhkan k'jaan Iran yg kaya minyak-gas, menubuhkan puak Syiah palsu di Dunia Islam yg kaya minyak-gas dan dan menimbulkan perang ‘jihad’ antara puak Sunni-Syiah termasuk pengganas 'Syiah' yg kononnya mahu menawan Istana Negara itu - lihat pusat pengganas 'Syiah' ini yg ditaja CIA-Mossad di US:

    1. http://www.policymic.com/articles/6587/u-s-funded-iran-terrorist-group-says-shocking-report, U.S. Funded Iran Terrorist Group, Says Shocking Report, Michael Luciano; dan

    2. http://thehill.com/blogs/global-affairs/middle-east-north-africa/292771-iranian-opposition-to-open-washington-office, Iran’s MEK to open Washington office, By Julian Pecquet, 04/09/13.

    MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.