RAKYAT SARAWAK LANCAR BOIKOT ERA FM SEBAB PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI DIGELAR CAP AYAM !!

on Sunday, August 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




 Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.

"Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.

"Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.

Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama


9 Responses

  1. Anonymous says:

    Woi johara aku nak korg mintak maaf dekat stadium sarawak secara live..aku tak nak korg live radio je..puiiiii

  2. Unknown says:

    Xbaik la korang hina2 pasukan orang.mmg menyakitkan hati.lawak perlu ada batasnya.rs xpuas ati la

  3. Unknown says:

    Xbaik hina pasukan orang..lawak pn kena berakal.rs xpuas hati la ngn johan

  4. Unknown says:

    Xbaik la korang hina2 pasukan orang.mmg menyakitkan hati.lawak perlu ada batasnya.rs xpuas ati la

  5. Anonymous says:

    kepada deejay ERAfm JOHARA...lain kali kalau bercakap tu guna kepala OTAK..jangan guna kepala LUTUT....

  6. Anonymous says:

    kpd JOHARA , {Johan, Hanif & Ray), ambillah ini sbg pengajaran, anda semua perlu lebih beretika dlm menjalankan tugas anda walaupun pada anda ianya hanyak lawak-lawak.
    kepada rakyat Sarawak, maafkanlah mereka JOHARA.

  7. Anonymous says:

    Nak lam palak di engkah di lutut ianya mcm ia......daknya fikir team daknya jak bagus team sarawak tok main belakang rumah ajak.......

  8. Anonymous says:

    Datang sarawak lok.face to face bah.jangan berani dlm radio jak.kau ya disantet pake minyak dayak br ko tauk.babi!!!oops.sory,x sengaja.

  9. Anonymous says:

    Bongok. Pe juak sikpat di guro tak org yaa, jgn nk dibesarkan glak eh. Johara just x sngaja bkn mksd pun. Unless nya mksudkn nang ku pangai.
    However, lesson to be learn for johara, org sarawak mmg sensitive, semangat patriotik sgt tak nk la kutuk ni.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.