TERKINI ! BANG NON BIKIN DRAMA BARU , DAKWA ALTANTUYA LETUP DIRINYA SENDIRI !

on Friday, August 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Memang meroyan giler  puak-puak pembangkang bila mengetahui hari ini  suspek kes bunuh Altantuya iaitu Azilah & Sirul Azhar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan . 

Seperti biasa keputusan mahkamah akan dipertikaikan dan yang paling menarik ialah di  twitter Anwar Ibrahim sendiri yang menyokong kenyataan bahawa Altantuya telah meletup diri sendiri!

Hebat James Bond 007 pujaan  Pakatan ini pasal dah berjaya mengesan  bagaimana Altantuya dibunuh .



Anwar tak usahlah meroyan lebih-lebih sangat pasal keputusan mahkamah ini . 

Pasal hang pun terlepas dari hukuman mahkamah tinggi  tentang  kes liwat dengan Saiful pun atas sebab-sebab teknikal .


Kesimpulannya , jika suspek  kes Altantuya ini dilepaskan mahkamah , maknanya jika rujuk kembali  kes liwat Saiful - Anwar , siapa agaknya suspek  yang  meliwat Saiful ??? 

Anwar tak nak tuduh Saiful liwat diri sendiri ke ??







Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

 Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

 Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

 Penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka. Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

 Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu. Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

 Timbalan Peguamcara Negara 11, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin. Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

 Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.

 "Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.

 Kedua-duanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

 Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

 Sebagai langkah segera, pihak pendakwa diketuai Peguam Cara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu pemberita Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan dua anggota polis itu.

 Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar. Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu.

 "Dalam penghakiman kami, ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan," katanya. Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.

 Hakim Tengku Maimun berkata amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.

 "Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh," kata hakim.

 Bagi alasan lain, mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa. 

Katanya hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Hakim Tengku Maimun juga berkata hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.

 Beliau berkata mahkamah mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen 27.

 Bagi alasan lain, Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan sebarang kaitan antara selipar dengan kesan darah Altantuya yang ditemui dalam jip Sirul Azhar, dengan beliau (Sirul Azhar). Beliau berkata pihak pendakwa tidak menutup jurang dalam kesnya dalam isu itu.

 Serupa juga, kata hakim, dengan katrij yang ditemui dalam kereta Sirul Azhar yang merupakan tertuduh kedua, mahkamah mendapati wujud jurang dalam kes pendakwa di mana hakim perbicaraan gagal memberikan perhatian.

 Akhir sekali, mahkamah memutuskan kegagalan pihak pendakwa memanggil atau menawarkan pemeriksaan balas ke atas DSP Musa Safri yang ketika itu pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin mencetuskan inferens berbeza di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, terhadap pihak pendakwa.

 Ingin dinyatakan, dengan tidak memanggil DSP Musa, mengenai fakta kes ini, sedangkan keterangan DSP Musa amat penting untuk mendedahkan naratif bahawa kes pendakwa berdasarkan apa," kata hakim.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Sama juga dengan yang ini::SERUPA TAPI TAK SAMA

    Mahkamah membebaskan Anwar berahi kerana disyaki Anwar meliwat dirinya sendiri...

  2. Anonymous says:

    saiful dilwat. siapa yang meliwat saiful. takkan saiful meliwat dirinya sendiri

  3. Ghost of Amina says:

    Pointing my finger to AG.

    He has an attitude of playing politics and pleasing his political masters then being steadfast to his work.

    He has got Patel in his blood so ampu mengampu and pusing memusing is only expected.

    Musa Safri's statement to the police showed there was no najib involvement and it was a miscommunication.

    Sirul and Azilah are UTK trained to kill upon instruction without asking. One will not expect any motive simply because they themselves do not know why?

    One can suspect that Gani Patail had wanted to please the boss then Pak Lah who was under pressure to resign. Most likelihood Khairy had got to him and proposed the idea of fixing Najib.

    Gani created controversy on Najib by not putting Musa Safri on the stand, botch the case against razak to get him acquited early, etc.

    Heard Gani wants to appeal but it is not for anything else but for play acting. He is now helping the revival of Pak Lah's faction.

  4. Anonymous says:

    Kenapa Anwar tak kata mahkamah bebaskan saya dari tuduhan meliwat Saiful kerana Saiful meliwat diri sendiri...Anwar kecewa kerana hasrat nak mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya lenyap kerana yang dituduh sudah dibebaskan...ini kali lah Aljuburi.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.