Archive for 01/16/11

default

Gempar ! Rahsia kenapa Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan terbongkar !

on Sunday, January 16, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Selama 20 tahun rahsia ini dipendamkan , akhirnya semalam ketika perjumpaan bersama blogger pencacai PAS , Nicky Aziz MB Kelantan menceritakan kisah benar mengapa Kelantan tidak laksanakan hudud selepas PAS berjaya merampas Kelantan pada 1990 .

Kenyataan famous Nik Aziz sebelum ini bila ditanya tentang hudud mengapa tidak dilaksanakan adalah dengan menuduh Tun Mahathir dan kerajaan Persekutuan tidak benarkan hudud dijalankan .

Semalam Nik Aziz sendiri membuat pengakuan bahawa keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan kerajaan Kelantan dirampas semula dari BN yang diterajui ketika itu Tun Dr Mahathir .KLIK DI SINI


Tu ...DIA rupanya GILA KUASA juga orang tua ini . Takut jawatan dan kuasa dia hilang , lepas itu hudud tidak dilaksanakan . Syok lagi tuduh ini semua kerana Tun Mahathir menjadi penghalang .

Nampaknya Nik Aziz lebih takutkan Tun Mahathir daripada Tuhan !

Tetapi sekarang Tun Mahathir sudah pencen pun dari politik , mengapa Nik Aziz dok tak mahu lagi laksana hudud ? Mungkin Tun Mahathir dok sihat lagi kot ..kah kah kah ..

Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana kami geng blogger Nyamuk berlajar sesuatu ilmu politik penting dari pemimpin agung PAS bergelar Wali Tok Guru iaitu JAWATAN & KUASA lebih penting dari segala-galanya walaupun agama pun dilacurkan..

default

Peluang terbaik untuk dapat wang ! Ambil gambar sahaja !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

default

Najib Razak dilanyak bertubi-tubi dalam Twitter !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Benarkan Najib diserang / dilanyak tidak henti dalam Twitternya ? Lihat sendiri video ini bagaimana seorang Perdana Menteri yang berjiwa rakyat menjawab soalan2 oleh rakyatnya di laman twitter TanyaNajib .

Steady betul PM aku ini jawab soalan yang bersahaja dengan rakyat bertepatan dengan Rakyat Didahulukan . Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim boleh ka jawab soalan2 seperti ini ?

Anwar mana mau layan soalan2 daripada rakyat ini ..kalau soalan itu agak kontroversi sikit , mungkin dia akan tanya balik seperti ini :

Awak dari mana ?

Siapa bayar awak untuk tanya soalan ini ?

Anwar telah kenakan wartawan dengan soalan2 ini sebelum ini .

Lihat video di bawah ini




default

Selamat Pengantin Baru Rebecca Nur Al Islam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

Hari ini bila PB membaca akhbar , rupa-rupanya artis wanita terkenal yang mempunyai nama Islam sekali iaitu Rebecca Nur Al Islam telah menjadi isteri orang .

Harap selepas ini penampilan seksanya sebelum ini , dapat diubah sikit kerana sudah bergelar pun isteri . Seelok-eloknya lebih baik pakai tudung sekali ...



Ini nak cium ke belaga pipi ?



Semoga Rebecca menjadi wanita muslim dan taat kepada ajaran Islam selepas berkahwin dengan suaminya yang seorang layer dan anak Datuk . Selamat Pengantin Baru !

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.