KAFA mahu pajak stadium Kelantan , tanda kegagalan kerajaan negeri

on Saturday, January 1, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Semalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah menawarkan untuk memajak Stadium Sultan Muhamed IV daripada kerajaan negeri untuk tempoh 30 tahun dengan nilai RM10 juta.

Stadium kebanggaan negeri Wali PAS itu terlalu daif sangat dan tidak setanding dengan pasukan Kelantan yang kini telah muncul antara pasukan paling disegani dalam bola sepak Malaysia .

Menurutnya TS Anuar Musa pajakan tersebut bukan bertujuan mengambil alih sepenuhnya pengurusan stadium, sebaliknya hanya untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan dan negara.

"Jika kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bersetuju, KAFA akan membayar dengan jumlah tersebut. Dalam tempoh itu, stadium ini akan berubah wajah daripada apa yang ada sekarang," katanya selepas Mesyuarat Agung Ke-56 KAFA di sini, semalam.



Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, sebelum ini KAFA pernah meminta agar Perbadanan Stadium bertindak segera menaik taraf kemudahan stadium berkenaan yang sudah uzur, jika tidak FAM boleh mengambil tindakan untuk tidak membenarkan sebarang kejohanan peringkat kebangsaan seperti Liga Malaysia diadakan.

Beliau berkata, surat tunjuk minat telah pun dihantar kepada perbadanan berkenaan untuk dipertimbangkan.

"Perbadanan telah pun membalas surat berkenaan yang meminta KAFA memperincikan beberapa perkara lagi, bagi dipertimbangkan di peringkat yang lebih tinggi. "Beberapa pihak telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi KAFA bagi membantu menaik taraf stadium itu jika kerajaan negeri bersetuju untuk memajaknya," ujarnya.


Syabas kepada TS Anuar Musa dan KAFA yang lebih memandang ke hadapan untuk pembangunan bola sepak di Kelantan . Lebih elok KAFA sendiri menguruskan stadium berkenaan jika perbadanan stadium Kelantan di bawah kerajaan negeri sudah tak mampu lagi menaiktaraf stadium berkenaan.

Tak guna memiliki pasukan yang hebat kalau stadium uzur dan daif sehingga penyokong pun tak selesa bila ke menonton perlawanan bola sepak .



** Stadium pun uzur , Menter Besar pun uzur juga .. elok ditukar sahaja baru.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.