Rais nafi tuduhan rogol amah, kaki fitnahnya terus diam !

on Wednesday, January 5, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Hari ini geng yang dok buat fitnah terhadap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim tentunya malu besar dengan fitnah jahat mereka lakukan . Beliau menafikan dakwaan bahawa terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.


blog paria Malaya antara blog yang tumpang sekaki fitnah terhadap Rais


Beliau tampil menjelaskan keadaan sebenar dan berharap agar isu ini segera dihentikan oleh semua pihak terutama para blogger upahan yang bertopengkan blogger pro UMNO . Malah, rakan blogger Azli Shukri dalam artikel terbarunya menyatakan bahawa gambar "minah indon" yang disiarkan adalah fitnah . Gambar ini mula tersebar oleh beberapa bloggers upahan elit & juga blog2 pembangkang .

Menurutnya lagi , orang gaji kepada DS Rais Yatim yang didakwa dirogol tersebut merupakan "makcik tua" yang mana sekiranya para blogger upahan ini melihat wajahnya pun, mungkin tidak sampai hati untuk merogol dan menuduh "makcik tua" ini telah dirogol.







"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."


Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang. Klik di sini



4 Responses

  1. Anonymous says:

    di siarkan di muka depan Malay Mail psl chegubard buat repot. Malay Mail sape editor? Ehem.. ehem.. nampak tk permainan mereka?

  2. salam.

    Blog saya tk paut lagi ke tuan? Hehehehe

    http://yuseriyusoff.blogspot.com/

  3. Anon 7.21 pm

    Rocky Beruk Malay Mail itu memang tarak guna ... surakhabar dia nak bungkus nasi lemak pun tak layak .

    Tak dapat projek dari menteri ,ugut sebar fitnah seperti ini .. macam sial ..lepas itu dapat Datuk dan mengaku blogger pro kerajaan .

    bloggger pembangkang semua ciplak artikel fitnahnya terhadap Rais Yatim .. Fitnah dia lakukan itu akan kembali balik kepadanya .

  4. Anonymous says:

    Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi

    aik lain macam bunyi statement ni

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.