Khairy Jamaluddin diajak sertai PAS

on Tuesday, January 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments




"Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."




"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

Khairy mudah dekati generasi muda


"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.


Komen PB

UMNO akan rugi jika KJ mengundur diri dari politik kerana kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai potensi & bakat kepimpinan yang baik dalam mendekati generasi muda .









14 Responses

  1. Bagus.....
    KJ menyertai PAS...baru balance dan semoga KJ dapat melaksanakan konsep hijrah dengan harapan dapat merubah perangainya yang sebelum ini di katakan teramat buruk menjadikan KJ insan yang berakhlak mulia....KJ mungkin kecewa berada dalam UMNO,,,,,meninggalkan UMNO kerana kecewa terhadap UMNO yang banyak melukakan perjuangannya adalah sesuatu yang betul dan patut dilakukan oleh KJ ataupun sesiapa juga...UMNO mungkin tidak sesuai untuk KJ meneruskan agenda perjuangannya, PAS mungkin platform yang terbaik untuk KJ......ayoh apa lagi...go head.....diharapkan mereka yang sebelum ini yang pernah mendapat deposit dari KJ semasa dalam pemilihan UMNO tahun 2009 lalu akan turut menyertai KJ dalam pakej penghijrahan ini....ingat..apa janji anda dengan KJ......

  2. Anonymous says:

    pigi mampus lah ko kery.
    tak dak sapa nak buloq. ahli PAS pun bukan bodoh wahai Tawi ooiii, nak ambik beruk tu jadi pemimpin.berlambak lagi orang yang lebih mulia dari beruk tu dalam PAS. silap silap Tawi, hang pun lingkup sama macam kery beruk tu next party election.

  3. Anonymous says:

    Siapa kata UMNO rugi jika KJ tidak lagi bersama UMNO, dan untuk anak Tantawi saya ucapkan tahniah jika berjaya mengajak KJ si menantu Pak Lah untuk mengamal ajaran Islam sepenuhnya. Dan yang pasti gembira adala Pak Lah sendiri kerana jika betul KJ berbalik ke landasan dimana bumi berpijak disitu langit dijunjung

  4. Anonymous says:

    kesian ... toyol bertuan kah kah kah

  5. Wake UP! says:

    PB. Apa yang dia dah buat untuk UMNO? Kau senaraikan jasa-jasa si Kitol tu selama dia di dalam UMNO dalam artikel kau seterusnya, okay?

    Sahutlah cabaran aku ni. Jangan puji sebab kau makan gaji dengan dia je.

  6. terima kasih di atas komen hang pa semua ..

    meroyan betul puak2 yang benci KJ dlm UMNO ini rupanya ..haha

    aku baru komen sikit saja tentang KJ , terus comment tentang dia bertalu-talu ..

    Dia nak berhenti hang pa tentu seronok la . boleh buat kenduri pisang Jumaat ini lah di masjid ..

    Tetapi apa masalahnya dengan artikel aku ini hingga hang dok melompat macam monyet Waterfall..

    Wake UP , aku tahu la hang tu sapa ..Aku bukan macam hang yang makan duit untuk hantam KJ . Sekupang pun KJ tak bayar aku untuk buat artikel ini .

    Aku sekadar luahkan atas dasar aku ahli Pemuda UMNO ...

    Tak payah la hang nak pulun minta aku senaraikan jasa KJ ...bagi hang pa KJ tak buat apa dalam Pemuda ..tetapi bagi orang ada mata boleh lihat sendiri kerjanya..

    Sekurang-kurangnya idea KJ untuk bantu golongan muda telah diterima oleh Najib dan dimasukkan dalam Budget 2011 .

  7. joss says:

    PB

    Kalau KJ bayaq aku 7-8k sebulan, anytime aku boleh jalankan blog propaganda KJ yang lebih berkesan.

    Bodoh punya kj bayaq kat hang buat kerja macam budak belum tamat sekolah.

    la la la la la

  8. Joss ,

    satu lagi malaun mai ...

    Kalau KJ bayaq hang , itu hang punya pasal la , bukan ada kena mengena dengan aku .

    Yang hang dok kalut mcm kera lapaq pisang pertikai kerja aku apa masalahnya ?

    Awat artikel aku yg aku copy dari haprak daily ini buat hang sawan babi ka ?

    Kepada malaun bangsat seperti hang , sekupang pun KJ tak bayar aku ..

  9. Kazwan says:

    Aku sokong KJ, dia turun padang. Bloggers upahan mukhriz tak habis habis hentam. All the best KJ, good article! Alhamdullilah.

  10. Anonymous says:

    woiiittt.....................dalam UMNO pon macam ni ker??patutlah UMNO ni orang cakp parti gila kuasa......rilex sudahla......pemimpin perlu lah ditegur kalau diorang buat salah..cantas mencantas ni kene lupuskan dalam UMNO.....pasal isu KJ pulak aq rasa dia x payah masuk PAS,x gune kalau dia masuk PAS,yg selama ni kutuk dia pon budak2 PAS,nampak sngat yg parti PAS ni lidah bercabang.....aq rasa KJ kene rehat dulu...berfikir ape kesalahn n ape tanggungjawab yg dia x buat..lepas dia mnyusun strategi perjuangan barulah dia mulakan balik....dia kene ingat asal perjuangan dalam PARTI...kalau asas perjungan pon dia x pegang,jadi lah macam PAS 2...lidah bercabng...kalau dia betul2 pegang pd perjungan dia,dia x kan menyerah kalah la...aq rasa kalau KJ duduk tmpat Dr Mahathir dulu,aq rasa KJ ni dah lembik lutut kot..n tros letak jawatan..base on prinsip perjungan lah KJ...oraite..gua harp lu x kan tinggalkan UMNO noh...n aq akan tentang kau giler2 kalau kau masuk PAS !!!

  11. Anonymous says:

    Pada saya,apa yang Yb KJ buat semua tak kena,umpama segala kesilapan di bebankan di atas bahu dia dan di gelar Kambing Hitam,kalau pihak lawan pun nampak apa kelebihan yang ada pada KJ,kenapa kita berada di dalam "rumah" yang sama tidak nampak apa kelebihan dia,sekarang dia bangkit waktu "orang kuat" dia jatuh,jadi jangan pandang rendah kepada dia,dia adalah Pemimpim Muda dan ramai orang muda sukakan dia...

  12. Anonymous says:

    Jawapan standard manusia yang sudah tiada alasan lain dan suka membuat firah tanpa selidik kebenarannya ialah "blogger upahan"

  13. Anonymous says:

    HARI BIRU POLITIK TANAH AIR SEMUA AKIBAT KJ DAN PAK MERTUANYA YG KAKI ZZZZZZZZZZZ TAK TAU APA-APA..BN DAH KALAH TERUK MASIH MENGAKU MASIH KUAT.. BUKA GILA BABI KITA DAPAT PEMIMPIM MCM TU.. PRU12 SEBUT NAM KJ.. ORG NAK PANGKAH BN TERBANTUT PI PANGKAH PAS/DAP ATAU PKR..KJ LEBIH BAIK KAU JOINT PKR.. ITRUN AJ TEMPAT KAU YG SESUAI..

  14. Anonymous says:

    setuju...tp bkn dlm masa yg terdekat..kerna ini akan membuat puak umno mengutuk pendirian KJ...KJ punyai semangat juang yg tinggi tp mungkin apa yg menjadi silap pencaturan adalah kemunculannya dikala Pak lah menjadi PM,seolah2 mengambil kesempatan dan ini yg dipertikaikan oleh suma pihak...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.