Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2010-12-26

default

Gempar ! Pendedahan bukti dokumen bertulis oleh Robengah

on Friday, January 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Berita ini pasti membuatkan blogger Pakatan yang pakar dalam putar belit seperti Ruang Bicara Pria Malaya , edyesdotcom serta SAMM Chegubard akan meracau & meroyan punya . Mereka yang cukup terkenal sebagai penyebar berita fitnah rogol amah ini serta NGO Migrant Care tentu akan di COP pembohong & kaki fitnah !

Syabas kepada rakan blogger Dr Novandari yang mendapatkan maklumat yang bakal membuatkan juak2 penyebar fitnah Pakatan ini malu besar !


Di bawah adalah dokumen akuan yang ditulis sendiri oleh bekas pembantu rumah yang difitnah telah dirogol oleh DS Rais Yatim. Dokumen tersebut adalah salah satu bukti terbaru yang diperolehi oleh Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) yang dipengerusikan oleh Moh Jumhur Hidayat.


Di dalam halaman web Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat menyatakan bahawa :-

"Sudah ada keterangan langsung dari Ibu Rubingah dan juga pernyataan tertulis bahwa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja pada keluarga majikan Datuk Rais Yatim di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak pantas," kata Jumhur.

Penjelasan Jumhur didasarkan hasil pertemuan empat staf Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI--unit teknis di bawah BNP2TKI) Semarang dengan Rubingah maupun Sukirman selaku suami Rubingah di tempat tinggalnya, Kamis (6/1) dan Jumat ini.
Sila rujuk laporan yang disiarkan di dalam web Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) :-
Jumhur: Tak Pernah Ada Pemerkosaaan TKI Oleh Menteri Malaysia Cianjur, BNP2TKI (7/1) - Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat menegaskan, kasus dugaan pemerkosaan terhadap Tenaga Kerja Indonesia Rubingah (48) oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rais Yatim, tidak pernah ada.

"Sudah ada keterangan langsung dari Ibu Rubingah dan juga pernyataan tertulis bahwa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja pada keluarga majikan Datuk Rais Yatim di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak pantas," kata Jumhur disela-sela penutupan Rapat Kerja Teknis (Rakernis) BNP2TKI, Jumat (7/1) di Cianjur, Jawa Barat.

Penjelasan Jumhur didasarkan hasil pertemuan empat staf Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI--unit teknis di bawah BNP2TKI) Semarang dengan Rubingah maupun Sukirman selaku suami Rubingah di tempat tinggalnya, Kamis (6/1) dan Jumat ini.

Rubingah (kanan)

Jumhur memang telah menugaskan Kepala BP3TKI Semarang AB Rochman, untuk menelusuri kebenaran isu dugaan perkosaan tersebut langsung kepada pihak keluarga Rubingah.

Rubingah bekerja di Malaysia sejak 1999 sampai 2007 di rumah pasangan Datuk Rais Yatim dan Datin Masnah, kemudian kembali ke daerah asalnya pada 2007 di Dukuh Kramenan Rt 2 Rw 3, Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Banjarnegara, Jawa Tengah.

Setelah bekerja di Malaysia Rubingah berpindah sebagai TKI PLRT (Penata Laksana Rumah Tangga) di Brunei Darussalam serta Singapura.

Rubingah memiliki dua anak yaitu Monika Umami (26) dan Agustina Umami (21). Anak terakhirnya kini bekerja sebagai TKI di Taiwan. Sedangkan suami Rubingah membuka usaha bengkel reparasi elektronik.

"Saya juga sudah melaporkan penjelasan Ibu Rubingah ini kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar," tambah Jumhur.

Jumhur selanjutnya meminta pihak mana pun agar berhati-hati dalam mengangkat kasus dugaan pemerkosaan terhadap TKI oleh Menteri Malaysia itu.

"Sebab, ini menyangkut nama baik Ibu Rubingah bersama keluarganya yang saat ini hidup tenang dan nyaman di kampungnya," ujar Jumhur.

Dalam pernyataan tertulisnya Rubingah menjelaskan, tidak pernah terjadi upaya pelecehan seksual oleh majikannya selama ia bekerja di Malaysia.

"Saya bekerja selama delapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya," kata Rubingah.

Diakui, selain dirinya masih ada tiga TKI lain yang bekerja di rumah Datuk Rais Yatim di Negeri Sembilan Malaysia asal Lampung, Madura, dan Semarang (Jawa Tengah).

"Kami juga semuanya bekerja baik-baik dan istri Datuk sangat baik pada kami. Tetapi Datuk Rais Yatim hanya sebulan sekali pulang. Kami ketemu Datuk pun hanya saat membuka pintu saja," tegas Rubingah.

Ia sendiri tidak mengerti dengan munculnya berita di media massa Malaysia, yang menyebut-nyebut pernah diperkosa oleh Datuk Rais Yatim pada 2007.

"Saya istighfar saja atas berita itu. Saya sedih sekali, karena memang tidak pernah ada pemerkosaan itu," katanya.

Sementara Datuk Rais Yatim sebagaimana dikutip kantor berita Malaysia, Bernama (5/1), membantah telah melakukan perkosaan kepada Rb.

“Saya menolak dugaan-dugaan itu, baik soal pemerkosaan terhadap seseorang empat tahun lalu atau dugaan lain, yang beredar di internet ataupun kelompok politik tertentu,” tegas Rais Yatim di Kuala Lumpur, Rabu (5/1).

default

Gempar ! Tuduhan palsu & pengakuan saksi isu rogol amah

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh : pisau.net

Sebelum ini hanya timbul dakwaan seorang menteri kabinet dibawah pentadbiran Ds Najib terlibat dengan dakwaan merogol tanpa menyebut siapakah yang terlibat.Malah dokumen yang didedahkan telah menghitamkan nama VVIP tersebut.


Selepas 13 hari sehingga nama Ds Rais Yatim disebut sebagai VVIP yang terlibat barulah timbulnya desakan supaya disiasat malahan CheguBard telah membuat satu laporan polis.


Isu ini menjadikan juak haprak pakatan meroyan bagaikan kera dapat bunga.Dituduhnya dengan pelbagai dakwaan hinggakan ada yang mendedahkan kononnya gambar mangsa rogol.


Pisau bersama rakan rakan blogger berkesempatan bertemu Datuk Seri Rais Yatim untuk mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan beliau telah merogol pembantu rumah 4 tahun yang lalu selepas beliau sendiri bersedia disiasat oleh pihak berkuasa.


Ds Rais Yatim dan Datin Maznah dengan baik memberi kerjasama kepada blogger dengan menjawap pelbagai soalan hingga turut menjemput kerumah agar dapat berjumpa dengan saksi yang pernah berkerja bersama Robengah .


Sebenarnya fitnah ini sudah tersebar sejak 2007 lagi,ketika itu YB Husam Musa sendiri "mengetahui"kes tersebut dan beliau dikhabarkan bertemu Robengah. Tetapi yang menjadi persoalan mengapa ketika PRU12 dan semasa pemilihan Umno perkara ini tidak berbangkit?Mengapa sejak 2007 hingga sekarang blogger PAS tidak membangkitkan isu ini jika bukti sudah ada ditangan YB Husam? Sudah pasti Husam mengetahui ia adalah satu dakwaan palsu.


Agak menarik apabila Tun Abdullah dan bekas AGP Musa Hassan dikatakan menyorokkan kes ini sedangkan kedua dua mereka tidak tahu menahu wujudnya tuduhan terhadap Ds Rais Yatim sepertimana yang dilaporkan didalam dokumen oleh MigrantCARE yang didalangi oleh Alex Ong dan Tenaganita yang diketuai oleh Irene Fernendez orang kuat PKR.


Dakwaan kononnya Tun Abdullah dan bekas AGP Musa Hassan menyorokkan isu ini ternyata palsu,sedangkan Husam Musa sendiri mengetahui dakwaan tersebut sejak 2007,mengapa tidak didedahkan?


Menurut Ds Maznah adalah tidak mungkin beliau sanggup bersekongkol bersama suaminya untuk menyembunyikan isu ini jika benar benar berlaku.


1.Selain daripada Robengah ada 3 orang lagi amah yang berkongsi satu bilik dan mereka tidak pernah diasingkan atau pun diarahkan tidor diluar daripada bilik tersebut.Salah seorang daripadanya masih berkerja dan menjadi saksi(Sumiyati) bahawa perkara ini hanyalah fitnah semata mata.(video akan didedahkan)


2. Robengah bekerja 10 tahun dirumah Ds Rais Yatim,banyak pertolongan diberikan kepada keluarga Robengah ,dakwaan kononnya Robengah hanya menerima gaji RM300 sebulan adalah palsu sebaliknya beliau menerima gaji RM650 sebulan.


3. Robengah pulang ke Indonesia pada Februari 2007 tetapi laporan hanya dibuat pada Julai 2007 selepas 5 bulan .


4. Ds Rais menafikan sekeras kerasnya dakwaan fitnah tersebut dan mahu pihak berkuasa menyiasat dan membersihkan namanya.



Gambar palsu yang didakwa sebagai Robengah yang didedahkan oleh haprak pakatan.

Sumiyati menunjukkan gambar Robengah yang bekerja bersamanya

Gambar ini diambil semasa mereka berdua baru bekerja di rumah Ds Rais Yatim pada 1999

Jika laporan di buat pada 2007,mengapa pihak kerajaan Indonesia tidak membuat dakwaan terhadap Ds Rais Yatim yang berulang alik ke Indonesia pada 2008 semasa menjadi Menteri Luar. Agak menarik kerajaan Indonesia sendiri tidak menerima apa apa laporan mengenai kejadian rogol seperti yang didakwa NGO pro pakatan tersebut.


MigrantCare dan Tenaganita harus menjawap dakwaan yang serius ini.Apakah niat disebalik laporan ini?Mengapa laporan oleh MigrantCare tidak disertakan gambar "mangsa" ?Mengapa tidak membuat laporan kepada pihak polis Malaysia dan Indonesia jika perkara ini benar benar berlaku?


Kesahihan kononnya "ADIK" mangsa tidak diketahui sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut,siapakah sebenar yang kononnya didakwa sebagai adik kepada mangsa?wujudkah si polan yang dikatakan adik kepada mangsa rogol?


Kesemua dakwaan ini hanyalah skrip permainan pembangkang yang tidak ubah sepertimana dakwaan Ds Anwar disuntik Arsenik dan seperti mana yang dilakukan kononnya Ds Rosmah berada ditempat kejadian pembunuhan Altantuya sedangkan ketika itu beliau berada diprogram anak yatim.


Yang menjadi persoalan mengapa ada pihak lebih berminat mendesak siasatan hanya kepada Ds Rais Yatim dan tidak pula mendesak agar satu siasatan terhadap YB PAS yang dituduh berzina Adun Selinsing yang semua orang tahu ada saksi membuat pengakuan dikhalayak malah hingga diserang dan diugut bunuh.


Ds Rais bersedia disiasat pada bila bila masa mengenai dakwaan fitnah terhadapnya. Menteri veteran ini berasakan apa yang perlu ditakutkan jika tidak membuat apa apa kesalahan berbanding Adun Selinsing yang berdolak dalik sehingga sekarang langsung tidak berani membuat laporan polis jika beliau difitnah.



Video di bawah ini mendedahkan penafian kononnya berlaku kejadian rogol oleh rakan sekerja Robengah,pembantu rumah yang berkhidmat di rumah Ds Rais Yatim.




default

Adun Komtar tak mengaku , Syed Kassali kata ada bukti CCTV !

on Thursday, January 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Hari ini Adun Komtar Ng Wei Aik yang rasis dan popular dengan perkataan " Tutup Kedai , Balik India " yang dilemparkan kepada tauke kedai nasi kandar Syed Kassali . Seperti dijangka , puak2 ultra kiasu ini seperti Ng Wei tak mengaku pulak sebut perkataan itu di Malaysiakini . klik di sini

Lepas itu berbelit-belit pulak cakap dan timbulkan persoalan pulak mengapa selepas 3 hari baru bertindak dan tidak bertindak semasa itu . Yang syok tu yakin pulak KIMMA tak mampu jawab soalannya . hahaha

Tetapi Ng Wei lupa kenyataan Syed Kassali ini bahawa mereka mempunyai bukti rakaman kenyataan .

"Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

"Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami," klik di sini



Jadi, kepada KIMMA Penang serta pemilik kedai Syes Kassali bersiap sedia lah dengan bukti rakaman berkenaan . Carilah peguam2 hebat untuk lawan geng ultra kiasu DAP ini . Nampaknya mereka tetap berkeras menafikan dan tuntut KIMMA pulak mohon maaf.

Harus diingkat , lawan dengan kaki pembelit dan kaki pembohong ultra kiasu ini perlu ada bukti. .

BERANI KERANA BENAR !!


default

2 Blog elite Pro BN jadi senjata Pakatan serang kerajaan dalam isu rogol amah

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Badrul Hisham Shaharin atau lebih popular dengan gelaran CheguBard,semalam telah membuat laporan Polis ke atas Menteri yang dikatakan merogol amah . Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM membuka fail siasatan dan memulakan siasatan berhubung dakwaan dua blogger elite yang pro kerajaan Rocky Bru & Big Dog ini . KLIK DI SINI


Rais Yatim juga telah menafikan tuduhan berkenaan dan anggap tuduhan liar ini merupakan longgokan fitnah dan pendustaan amat dasyat . Ramai blogger pro kerajaaan mendesak 2 ekor blogger yang elite ini menunjukkan bukti pembabitan Rais dalam kes rogol ini .





Hebat betul , laporan polis Chegubard dapat front page akhbar Malay Mail ..laporan polis iotu merujuk kepada blog editor akhbar ini juga .



Tetapi sehingga sekarang tiada bukti ditampilkan oleh mereka yang memulakan isu ini . Kalau tiada bukti kukuh bermakna itu semua jelas tuduhan fitnah jahat & keji untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Rais sebagai Menteri.

Ini lah blogger yang gelarkan diri mereka pro kerajaan tetapi sebenarnya ada agenda & kepentingan mereka sendiri . Perbuatan bodoh dan bangang puak-puak ini telah jelas memburukan imej kerajaan dengan memberi peluru kepada pembangkang.






default

MB Selangor malu besar, Sultan kesal titahnya dimanipulasi & dipertikaikan

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan kekesalan kerana banyak titah baginda telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan telah mengelirukan ramai rakyat negeri ini.

Justeru dalam titahnya, baginda menegaskan bahawa pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) adalah mengikut peraturan dan prosedur Undang-Undang Tubuh Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

''Beta tidak mahu isu pelantikan SUK ini diperbesar, dipolitikkan dan disensasikan sehingga menimbul kekeliruan di kalangan rakyat.

''Beta berkenan menitahkan seluruh pegawai kerajaan di negeri Selangor memberikan kerjasama yang baik kepada Mohammed Khusrin agar segala perjalanan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar dan sempurna," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran Raja Muda Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Turut diadakan ialah upacara angkat sumpah taat setia pelantikan SUK, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jaksa Pendamai, Ahli Dewan Diraja Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.


Komen PB

Keangkuhan MB Selangor , Khalid Ibrahim yang masih lagi tidak puas hati pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi dan mempertikaikan kenyataan SU Sultan Selangor semalam akhirnya hari ini telah kena la satu pukulan KO .

Sultan Selangor dalam titahnya jelas amat kesal sekali isu perlantikan SUK Selangor ini dipolitikkan dan disensasikan . Kerajaan negeri Pakatan memang sejak awal lagi mempolitikan perlantikan pegawai kerajaan ini sehinggakan hendak mengadakan sidang tergempar DUN .

Jadi , kepada Khalid Gagap dan big brother mereka DAP ... selepas ini tiada lagi isu mengenai perlantikan Datuk Mohamed Khusrin .




default

Projek terbaru bakal halau kampung Melayu di Pulau Pinang

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Nasib rakyat marhaen di perkampungan Melayu di negeri PP hendak diusir daripada tanah mereka nampaknya terus berleluasa di bawah pemerintahan diktator DAP , Guan Eng .

Jika sebelum ini, tindakan pemaju menghalau penduduk kampung Melayu lebih tertumpu di kawasan pulau seperti di Kampung Pokok Assam, Jelutong dan sekitar Balik Pulau, kini ia mula menular di Seberang Perai. Lepas ini negeri Pulau Pinang sudah tiada lagi kampung2 kerana semuanya akan dibina kondo mewah ratusan ribu ringgit yang hanya mampu diduduki penyokong ultra kiasu .

Terbaru, lebih 100 penduduk membabitkan 30 rumah di Kampung Bagan Dalam iaitu perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar ini, turut menjadi mangsa apabila diarah berpindah oleh pemilik tanah yang dipercayai syarikat pemaju. Untuk makluman , kampung ini terletak di dalam Parlimen Bagan iaitu dikuasai Guan Eng .

Difahamkan, sebahagian besar kawasan perkampungan Melayu itu yang berusia lebih 60 tahun akan dibangunkan sebagai pusat komersial termasuk pelaksanaan projek kediaman mewah.

Lagi satu projek kerajaan berjiwa rakyat CAT yang akan menghalau orang Melayu dari kampung mereka . Kerajaan negeri confirm dah akan cakap mereka tidak boleh buat apa-apa sepertimana terjadi di Kg Buah Pala & Kg Jalan Pokok Assam .



Pengerusi Jawatankuasa Bertindak kampung tersebut, Datuk Zainul Abidin Che Din berkata, setakat ini tujuh pemilik rumah di kawasan berkenaan sudah menerima notis pengosongan manakala selebihnya dijangka menerima arahan sama tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk yang diwakili oleh seorang peguam dengan pihak pemaju, tempoh pengosongan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

"Melalui penelitian kami, terdapat usaha memindahkan penduduk terutama Melayu di kawasan ini sedikit demi sedikit dan kita bimbang jika ia berterusan, kampung yang berusia lebih 60 tahun ini akhirnya akan lenyap.

"Kita percaya, apa juga jenis perumahan yang mungkin dibina di kawasan ini tidak akan mampu dibeli oleh orang Melayu di sini yang rata-ratanya bukan orang senang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Abidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKKP) kampung itu berkata, buat masa ini, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan selain berunding dengan pihak pemaju supaya memberi pampasan paling munasabah kepada penduduk terlibat.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut mencadangkan kerajaan Pusat supaya membeli saki-baki tanah milik orang Melayu di kawasan tersebut bagi memastikan perkampungan Melayu di situ terus wujud.

"Salah satu cadangan yang boleh dilaksanakan adalah kerajaan membeli tanah berkenaan dan mendirikan rumah kos rendah bagi membolehkan orang Melayu di kawasan tersebut memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan," tambahnya.

Zainul Abidin berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam masa terdekat untuk membincangkan nasib penduduk kampung tersebut yang diarah berpindah.

default

Kebangkitan rakyat Selangor bantah tindakan rejim Khalid Gagap

on Wednesday, January 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Hari ini di depan Pejabat Kerajaan negeri Selangor , rakyat Selangor bangkit menentang kemungkaran MB Selangor bagi menyerahkan memorandun bantahan terhadap isu pertikaian kerajaan negeri terhada p perlantik SUK Datuk Khusrin Munawi .


Perhimpunan anjuran GAPS yang turut disertai PERKASA, Pemuda UMNO Selangor , MCA , MIC Selangor dan NGO .



rakyat Selangor bangkit menentang ketidakadilan rejim Khalid Ibrahim yang mempolitikan isu perlantikan SUK Selangor baru Datuk Khusrin Munawi


Daulat Tuanku !




*** terima kasih blogger papagomo & gelombang rakyat untuk gambar ini






default

Rais nafi tuduhan rogol amah, kaki fitnahnya terus diam !

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Hari ini geng yang dok buat fitnah terhadap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim tentunya malu besar dengan fitnah jahat mereka lakukan . Beliau menafikan dakwaan bahawa terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.


blog paria Malaya antara blog yang tumpang sekaki fitnah terhadap Rais


Beliau tampil menjelaskan keadaan sebenar dan berharap agar isu ini segera dihentikan oleh semua pihak terutama para blogger upahan yang bertopengkan blogger pro UMNO . Malah, rakan blogger Azli Shukri dalam artikel terbarunya menyatakan bahawa gambar "minah indon" yang disiarkan adalah fitnah . Gambar ini mula tersebar oleh beberapa bloggers upahan elit & juga blog2 pembangkang .

Menurutnya lagi , orang gaji kepada DS Rais Yatim yang didakwa dirogol tersebut merupakan "makcik tua" yang mana sekiranya para blogger upahan ini melihat wajahnya pun, mungkin tidak sampai hati untuk merogol dan menuduh "makcik tua" ini telah dirogol.







"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."


Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang. Klik di sini


default

YB DAP rasis tengking kenyataan perkauman kepada peniaga nasi kandar

by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


"Tutup kedai, balik India,"


itulah ungkapan berunsur perkauman yang didakwa diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menurut Syed Kassali, 42, perkataan yang diluahkan Setiausaha DAP itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaannya tetapi hati seluruh kaum India Muslim di negara ini.

"Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

"Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami," katanya di sini hari ini.

Tengah malam kelmarin, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan berhampiran restorannya itu pada kira-kira pukul 10.10 malam melibatkan dua kereta.

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restorannya.

Bagaimanapun, tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu, namun televisyen milik restoran pecah akibat rempuhan tersebut.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa yang lain ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang mengangkut barang-barang.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

"Saya tidak mengenalinya. Dia datang meluru dan terus memanggil penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merampas barang-barang milik restoran. Dia juga datang menerpa ke arah seorang pekerja saya, menarik rokok dan mengepak tangannya.

"Inikah perangai sebagai seorang wakil rakyat," katanya.





Komen PB

Dulu semasa panas isu2 perkauman seperti cikgu sekolah di Johor , bekas Pegawai Khas PM Datuk Nasir Safar serta Pengarah BTN KL , puak2 ultra kiasu inilah hero ketika itu yang kononnya mereka anti perkauman.

Tetapi hari ini Allah telah tunjukkan kepada umat Islam kebenaran sikap sebenar pemimpin ultra kiasu DAP ini terhadap rakyat . " Tutup kedai , balik India " merupakan kata-kata yang tak sepatutnya keluar dari seorang YB yang datang dengan angkuh & sombong kerana mereka mempunyai kuasa .

Mana pergi pemimpin2 Melayu Pakatan lain di Pulau Pinang seperti Mansor , Malik Itik , Yusni Md Piah , Mujahid , Salleh Man , Yusmadi & Amir Ghazali ? Adakah mereka ini berani tegur YB DAP yang juga orang kanan diktator Guan Eng .






default

Minyak masak negara ini hilang , sapa penyamunnya ?

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Isu ke mana hilangnya bekalan minyak masak di negara ini semakin meruncing dan menyusahkan rakyat . Hairan betul negara pengeluar minyak kepala sawit pun tak ada bekalan minyak masak .

Selepas Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan ibu negara, krisis bekalan minyak masak kini turut dialami oleh pengguna di Melaka, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang.

Bukan punca sangat pun daripada pembelian panik berikutan khabar angin harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat ini. Setakat pembelian panik ini berapa sangat .

Tetapi sebenarnya punca dan dalangnya adalah dari pemborong dan sesetengah peruncit menyorokkan bekalan minyak masak ini . Tak payah lah RTM dan TV3 suruh rakyat masak makanan tak pakai minyak seperti rebus atau bakar . Itu semua ayat lapuk dah .

KPDNK dan rakyat kena tahu ini semua kerja pemborong a.k.a penyamun dan tukar pi la kerajaan sekalipun , selagi ada penyamun ini sorok barang , ia akan tetap berlaku juga . Pegawai2 KPDNK pergi la ke spot check ke gudang2 pemborong ini cari balik minyak2 masak ini semua. Jangan hanya dok cari alasan saja ...

Bila rakyat marah kerajaan pasal minyak masak tak ada ini , sapa yang untung ?? Anwar dan konco2 nya kini dah canang dah di ceramah2 mereka harga barang naik dan rakyat akan susah . Bila harga naik ,rakyat tentu susah dan marah kepada kerajaan ....inilah yang pembangkang nak

Kita juga harus ingat siapa yang kawal harga dan siapa yang jadi pemborong ? Kalau puak2 penyokong DAP adalah orangnya ... sapa yang dapat milleage isu ini ??

Fikir-fikirkanlah ...........




default

Mamu Nasi Kandar VS YB DAP Rasis

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ini lah sikap sebenar seorang YB DAP rasis & kurang ajar !

Semalam tauke kedai Nasi kandar Mohamad Aliyar , Syed Kassali Mohamad Aliyar hari ini membuat laporan polis mendakwa Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga YB Adun Komtar , Ng Wei Aik yang mengasarinya dan menyita peralatan di gerainya tanpa sebarang notis malam .

Bercakap kepada pemberita, Syed Kassali mendakwa tindakan Ng yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar dan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menyita peralatan di gerainya pada pukul 11 malam semalam itu sebagai tidak berperikemanusiaan.Beliau mendakwa beberapa pekerjanya turut dihamburkan dengan kata-kata berunsur perkauman. KLIK DI SINI


Isu ini sebenarnya start dengan kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal berhampiran restoran nasi kandar itu sehingga terlanggar rak televisyennya sebelum berlaku pertengkaran kira-kira jam 10.30 malam.

Selepas itu , keadaan menjadi kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang CAT (MPPP) yang datang ala gestapo bertindak menyita kerusi dan meja miliknya selepas kemalangan itu. Mereka datang dengan dua buah lori datang dan terus merampas berpuluh- puluh kerusi dan meja makan yang diletakkan di luar premisnya kira-kira jam 11 malam. Kira overtime la keja malam tu ....

Yang celakanya , kehadiran orang kanan Guan Eng , YB DAP Ng Wei Aik serta Ahli Majlis MPPP memburukkan lagi keadaan . Mereka lagi gengster arah terus kerusi dan meja dalam kedai turut diangkut walaupun orang ramai pelanggannya tengah dok makan nasi .


" Barang-barang yang diletak di luar premis mereka boleh ambil. Tetapi mengapa kerusi, meja dan televisyen dalam restoran pun turut dirampas? Saya merayu supaya perkara ini dibincangkan terlebih dahulu, namun permintaan saya tidak diendahkan,” katanya.

“Saya dan pekerja merayu kepadanya supaya berbincang dan menghentikan operasi berkenaan namun gagal apabila kami turut ditolak.Tindakan itu benar-benar tidak adil. Dia kata mahu menegakkan undang-undang tapi perbuatan yang dilakukannya bertentangan dengan apa yang dikatakan,” katanya. klik di sini

Tu dia ... punya lah diktator dan zalim sungguh kerajaan berjiwa rakyat negeri Pulau Pinang ini. Sampai rakyat merayu pun mereka tolak . Mungkin tauke nasi kandar ini mamak sokong UMNO kot , itu yang depa tak pandang rayuannya . Lepas tu kena maki lagi dengan kata-kata berunsur perkauman ! Memang musibat punya DAP ..

Nampaknya gelaran BODOH ,DAYUS & LEMBIK bukan sahaja untuk kelompok kontraktor UMNO , mungkin juga untuk peniaga mamak nasi kandar yang sokong UMNO sekali . Hal ini kerana Ng Wei dakwa gerai mamak ini tak ada lesen . Betoi ka ?

Sementara itu, Ng pada sidang media berkata gerai nasi kandar itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak Mei tahun lepas dan pernah diberikan notis sebanyak empat kali.


Selain itu , alasan lain oleh YB DAP ini meja dan kerusi kedai berkenaan menggangu jalan raya dan tindakannya mengikut Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan .

Kerana kemalangan 2 buah kereta yang 100 meter jaraknya hingga terseret kedai berkenaan , terus disita dan diangkut serta merta. Hebat kerajaan berjiwa rakyat ini ! Tetapi gerai-gerai peniaga Cina di Jalan Perak ,Jalan Burmah , terus dibiarkan berniaga . Lihat lah di bawah bagaimana peniaga Cina di New Lane dilayan first class oleh DAP. KLIK DI SINI





Inilah sikap dan perangai puak-puak rasis dan ultra kiasu ini bila berkuasa. Angkuh, rakus dan zalim bila berkuasa !

Dulu gerai peniaga Melayu saja diganggu , kini nampaknya mamak nasi kandar pun dah kena penangan kerajaan DAP ini .


default

Henti spekulasi , buat kerja pastikan BN menang PRU 13

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sinar Harian hari ini melaporkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu semua pihak “hentikan spekulasi,” sebagai mengulas beberapa laporan menyatakan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy berkata, apa yang penting adalah amanah yang diberikan oleh rakyat dan pucuk pemimpin dalam memberikan khidmat terbaik sebagai Ahli Parlimen.

“Saya dah cakap apa yang saya nak cakap, yang paling penting kita buat kerja untuk pastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum nanti.

“Jangan risau, saya pasti akan kerja keras membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menarik sokongan gologan muda,” Katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Khairy berkata, apa yang penting sekarang adalah kerjasama semua pihak terutama parti terutamanya parti-parti komponen bagi membawa kemenangan untuk BN.

“Adalah lebih baik menghentikan spekulasi. Bekerja lebih keras adalah perkara utama yang perlu dilakukan,”katanya.

Katanya, sesiapa yang menjadi calon bagi BN akan di tentukan oleh Najib yang juga Pengerusi BN dan bukan individu terbabit yang menawarkan diri.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden parti komponen boleh mencadangkan mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan layak sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Nama yang dicadangkan itu tidak bermakna akan dipilih sebagai calon kerana beberapa saringan ketat akan dilakukan sebelum diputuskan Perdana Menteri sendiri,” katanya.

default

PRK Tenang: Anwar putar belit isu SUK Selangor , bercanggah kenyataan akhbar Istana Selangor

on Tuesday, January 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Semalam ceramah Anwar Ibrahim telah bermula di DUN Tenang iaitu di Felda Chemplak. Sudah dijangka Anwar akan memutarbelitkan isu perlantikan SUK Selangor kepada penyokong2 taksub PAS di Tenang .

"Pagi tadi Menteri Besar mengadap Tuanku Sultan dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) diberitahu baginda tidak masuk campur dalam perlantikan ini. Jadi sekarang mudah bagi Menteri Besar untuk terus berunding dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk selesaikan masalah ini," kata Anwar dihadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat dan peneroka pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Niaga, Felda Cempelak di Labis malam tadi.






Dakwaan Anwar Ibrahim dalam video ini jelas bercanggah dengan laporan berita hari ini diambil daripada kenyataan akhbar Istana Selangor yang mengatakan bahawa Sultan Selangor murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Memetik kenyataan berita :


Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.

‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Beliau juga berkata baginda dilaporkan bertitah, tindakan sebegitu boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik, di samping mewujudkan suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor
.KLIK DI SINI


Anwar kantoi lagi bohong ! Sebenarnya isu SUK Selangor ini mudah saja iaitu Pakatan tidak mahu Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK bukan masalah MB Selangor tidak tahu ke tak tentang perlantikan itu . Selepas itu mereka hendak langgar pulak undang2 tubuh kerajaan negeri yang sediaada .


Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan

default

Sindiran Shuhaimi Shafie cuba beri amaran kepada Sultan Selangor

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Istana Selangor menyifatkan tulisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda Shuhaimi Shafie menerusi blognya yang menyatakan Sultan Selangor seolah-seolah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” sebagai “sindiran” yang amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.

Laporan Bernama hari ini menyebut tujuh lagi laporan polis dibuat berhubung kenyataan Shuhaimi yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Tiga laporan dibuat oleh Pemuda Umno, MCA dan MIC Bahagian Kota Raja, sementara empat lagi daripada badan bukan kerajaan, Persatuan Bugis Selangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Klang, Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) serta Pusat Komuniti Andalas.

Dalam laporan itu, Shuhaimi menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com didakwa memberi gambaran Sultan Sharafuddin bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira amalan perlembagaan ketika memperkenankan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.klik di sini


default

Pertemuan 24 Disember Nik Aziz - Najib , permulaan kerajaan perpaduan

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




1 . Disebalik rakyat sedang sibuk ketika itu menyaksikan pasukan bola sepak negara beraksi di Suzuki CUP , peristiwa 24 Disember di Istana Terengganu di Kuala Lumpur yang menjadi pertemuan rahsia pemimpin tertinggi Melayu antara 2 parti Melayu terbesar ini lebih bersejarah.

2. Nik Aziz , Hadi Awang & Nasharudin dari pimpinan tertinggi PAS telah berjumpa dengan pemimpin UMNO DS Najib & TS Muhyiddin secara tertutup dan juga Yang di Pertuan Agong .KLIK DI SINI . Pertemuan ke arah perpaduan Melayu ini diusahakan sendiri oleh bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi .

3 . "Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa. Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,”

4. Najib - Muhyiddin sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk kerajaan perpaduan ( Unity Goverment ) bersama UMNO - PAS .Dulu Nik Aziz menolak kerajaan perpaduan ini mungkin kerana tidak faham lagi kerangka kerjanya dan kini beliau telah diajak sekali dalam pertemuan sulit ini dengan pemimpin UMNO .

5. Sumber-sumber yang rapat dengan usaha terbaru itu untuk membawa ke pangkuan Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa Hadi dan Nasharudin akan diberikan peranan penting di Putrajaya jika parti berkenaan memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat.




6. Adakah sejarah akan berulang kembali di mana PAS akan bekerjasama dengan UMNO seperti mana dahulu di zaman Tun Razak ( bapa Najib ) . PRU 13 pun dikatakan sudah tidak lama lagi dan mungkinkah kita akan dapat melihat Kerajaan Perpaduan sebelum PRU 13 ?


" Langit Malaysia akan bertambah biru, tanah Malaysia akan bertambah hijau. Tidak akan ada lagi roket terbang tinggi melalui tanah Malaysia...

" Jentayu Abaka "

default

Keputusan KJ tanda awal PRU 13 - Penganalisis politik

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Keputusan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum (PRU) akan datang seolah-olah memberi gambaran jelas akan berlakunya PRU lebih awal seperti yang digembar-gemburkan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata, berdasarkan faktor sokongan kuat terhadap Barisan Nasional (BN) pada masa ini serta krisis dalaman Pakatan Rakyat (PR) boleh memberikan kelebihan kepada BN jika PRU diadakan.

“PRU-13 boleh dibayangkan dengan dua perkara, pertama, kemungkinan akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak dan keduanya, mungkin pada 2012. Saya lebih menggambarkan akan berlaku pada 2012.

“Khairy dan pemimpin lain adalah orang dalaman parti yang lebih mengetahui keadaan dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang termasuk berhubung soal pilihan raya. Kita sebagai orang luar, sama ada ahli politik dan pemerhati politik hanya membaca ‘petanda’ yang mereka berikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad juga tidak menolak kemungkinan keputusan Khairy sebagai pembayang kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bahawa Khairy bersedia untuk tidak tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Katanya, ini bermakna Khairy lebih meletakkan nasib politiknya kepada pucuk pimpinan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada karier politiknya.

“Khairy hanya membuat keputusan. Dalam keadaan biasa, orang berlumba-lumba mengejar jawatan dalam politik. Tetapi apabila seseorang yang ada kedudukan baik dalam politik menyatakan untuk berehat sekejap secara tiba-tiba, ia memberi gambaran sesuatu.

“Saya rasa Khairy dah berfikir panjang dan sedar bahawa kedudukan dia agak kurang menyerlah terutama selepas presiden (UMNO) berubah. Jadi, bila dia keluarkan kenyataan sebegini lebih awal, apa-apa yang berlaku tidak lagi menjadi satu kejutan baik kepada dia atau orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik UKM, Profesor Dr Muhammad Agus Yusof berkata, kenyataan Khairy berkemungkinan untuk memberikan masa kepada dirinya menyusun semula strategi politik.

“Mungkin dia dah pun fikirkan adakah dia dicalonkan lagi pada pilihan raya akan datang. Turun naik dalam politik itu perkara biasa.


“Dia nak berehat atau menyusun semula strategi merupakan pemikiran strategik yang terbaik untuk dia,” katanya.

default

Khairy Jamaluddin diajak sertai PAS

by Pejuang Bangsa
 - 14 Comments




"Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."




"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

Khairy mudah dekati generasi muda


"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.


Komen PB

UMNO akan rugi jika KJ mengundur diri dari politik kerana kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai potensi & bakat kepimpinan yang baik dalam mendekati generasi muda .








default

Puak PAS pertahan konsert Wali Band , kerajaan hangat-hangat tahi ayam !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dulu mereka sering mengutuk kepada kerajaan BN kerana membiarkan konsert-konsert hiburan yang melalaikan di ketika menyambut tahun baru . Hari ini bila Pemuda UMNO Kelantan persoal mengenai penganjuran ini oleh kerajaan negeri , mereka marah tuduh Pemuda UMNO jahil dalam soal haram dan halal hiburan .

Bantahan terhadap konsert wali band oleh pemuda UMNO Kelantan menunjukan kejahilan mereka dalam soal halal haram hiburan. Islam tidak menolak hiburan, tetapi islam juga tidak menerima hiburan bulat-bulat.

Dalam Islam kita pilih bentuk hiburan yang sihat dan imej yang positif. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan di Peringkat kepimpinan Umno-BN yang mana hiburan haram bagi mereka adalah hiburan yang tiada permit dan tidak ikut garis panduan mereka.klik di sini


Dalam akhbar hari ini , Kerajaan Pas Kelantan disifatkan sebagai 'hangat- hangat tahi ayam' kerana mengamalkan dasar yang berubah-ubah semata- mata untuk mencapai kepentingan politik.


Inikah hiburan ala Islam anjuran PAS ?


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia jelas apabila Kerajaan Pas Kelantan merestui tindakan badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan konsert Wali Band ketika malam tahun baru di Stadium Sultan Mohamed IV yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

Beliau berkata, rakyat negeri ini harus sedar dan melihat secara mendalam perubahan dasar yang dilakukan oleh parti itu sejak memerintah negeri pada 1990.

"Ini menunjukkan dasar yang tidak konsisten oleh kerajaan negeri. Satu masa dahulu konsert haram 100 peratus, lepas itu dilonggarkan, lepas itu longgar terus, hari ini 'paip' dibuka seluas-luasnya, hari itu tidak boleh percampuran lelaki dan perempuan, tidak boleh buka baju, tidak boleh tunjuk gelagat yang keterlaluan, sekarang ini semua sudah dihalalkan.

"Jadi ini kita panggil 'hangat-hangat tahi ayam' dan kalau kita laksanakan hukum Islam tidak boleh hangat tahi ayam. Kita rasa ini satu dasar yang tidak konsisten, kita rasa amat dukacita dan ini berlaku di Kelantan yang mendakwa dia Islam dan lebih Islam daripada mana-mana dalam dunia ini,"


Biarpun terikat dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998, aksi melampau seperti penonton membuka baju dan bercampur lelaki serta perempuan walaupun telah ditetapkan tempat duduk mengikut jantina, jelas kelihatan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, apa yang berlaku hari ini, jelas menunjukkan ia telah terkeluar daripada perjuangan asal Pas untuk menegakkan Islam.

"Apabila Pas memerintah pada 1990 banyak janji yang dibuat kepada rakyat Kelantan bukan saja hudud tetapi juga mengenai pergaulan lelaki dan perempuan, panggung wayang dan aurat tetapi hari ini penguatkuasaan cukup relaks," katanya.

"Nampak dasar baru begitu terbuka dan ini tidak selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas ketika berkuasa pada tahun 1990 yang nampak begitu ketat tetapi sekarang sudah longgar, paip sudah dibuka selua-luasnya maka ini adalah kerajaan yang tidak konsisten dari segi dasarnya," katanya.

default

Volkswagon Passat bakal ganti Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi kerajaan

on Monday, January 3, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Adakah model terbaru kereta Passat keluaran Volkswagen AG (VW), syarikat gergasi Jerman, bakal menjadi kereta rasmi kerajaan Malaysia bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif ?


Kereta Passat merupakan antara model Kereta Terbaik pada Anugerah Kereta Terbaik 2010 ( COTY) anjuran NST dan Mayband. Kereta akan bakal dipasarkan oleh syarikat konglomerat tempatan DRB Hicom selepas kejayaannya memeterai kerjasama strategik dengan VW yang turut dihadiri PM .

Sumber itu berkata, kereta Passat yang bakal ditawarkan untuk kegunaan kerajaan, adalah kereta berenjin 1.8 Turbo tetapi mempunyai kuasa menyamai 2.3cc atau 2.4cc. Ia dikatakan berharga sekitar lebih RM100,000 sebuah manakala kereta Perdana V6 sekarang berharga RM 130,000 .

Jika kereta buatan Jerman ini dipilih , memang lebat lah keuntungan syarikat DRB Hicom kerana jumlah bilangan kereta kerajaan di seluruh negara cukup banyak sekali.

Proposal dari DRB-Hicom ini sudah tentunya akan memberikan saingan yang besar kepada Proton Holdings Bhd. (Proton) yang juga GLC kerajaan yang sekarang ini masih lagi mencari kerjasama untuk dapat model baru kereta ekskutif bagi menggantikan Proton Perdana sedia ada.


Nissan Fuga Hybrid


Khabar angin menyatakan Proton dikatakan bakal membangunkan kereta mewah teknologi hibrid Nissan iaitu Nissan Fuga Hibrid untuk menggantikan model Proton Perdana.

Jadi , mana satu pilihan anda Volkswagon Passat @ Nissan Fuga Hybrid ??

default

Kerana Datuk Khusrin , Pakatan terdesak pinda perlembagaan negeri

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan dalam sidang medianya akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.




Punya la bengong sebuah kerajaan negeri sehinggakan perlantikan SUK negeri pun kecoh hingga nak mengadakan sidang DUN tergempar untuk pinda perlembagaan negeri . Kerana isu SUK ini juga lah YB penderhaka Si Suhaimi Shafie kurang ajar dan biadap kepada Sultan Selangor .

Ini lah akibat memilih kerajaan yang berpolitik saja sepanjang masa hingga menyusahkan semua orang . Cuma yang pelik la mengapa MB Selangor tidak meminda perlembagaan negeri semasa mula-mula memegang kuasa pada 2008 ?

Dalam portal rasis Malaysiakini bukan main lagi letak tajuk kembalikan kuasa Sultan . Tetapi mengapa baru sekarang hendak pinda perlembagaan negeri ?

Adakah disebabkan yang menduduki jawatan itu adalah Datuk Khusrin Munawi iaitu pegawai tinggi kerajaan yang paling dibenci oleh kerajaan pakatan ? atau kerajaan Pakatan Rakyat ada agenda dan takut segala rahsia penyelewengan mereka terdedah jika Khusrin dilantik menjadi SUK Selangor.



Video di bawah menjelas punca mengapa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pertikai perlantikan SUK Datuk Khusrin .





default

Laporan Polis terhadap penderhaka YB Suhaimi Shafie

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Gagasan anti penyelewengan selangor (GAPS) hari ini membuat laporan polis terhadap penderhaka Shuhaimi bin Haji Shafie, ADUN Negeri selangor Kawasan Sri Muda yang telah membuat kenyataan amat biadap dan kurang ajar.

Kenyataan ini berunsur fitnah,menghina,menggertak,mengugut dan derhaka kepada institusi raja di selangor. saya yakin kenyataan ini juga berunsur hasutan terhadap institusi raja-raja melayu,khususnya KDYMM sultan selangor.

GAPS mencadangkang pertuduhan dibawah seksyen 121 kanun keseksaan dikenakan terhadap penderhaka seperti ini kerana perbuatan mengugut KDYMM sultan selangor tersebut adalah 'perbuatan memerangi raja-raja melayu' yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati.

atau sebagai alternatif hendaklah penderhaka ini dikenakan pertuduhan dibawah seksyen 121 (1B) kerana 'merancang,mengada-ngada,mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri' yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat,iaitu sampai mati didalam penjara.

ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan , apatahlagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat khususnya melakukan perbuatan derhaka seperti itu.

sekian terima kasih.

Hamidzun Khairuddin
pengerusi
gagasan anti penyelewengan selangor (GAPS)
3 jan 2011.

sumber : GAP


Komen PB

Kesalahan YB Suhaimi memang cukup berat dan jika cadangan Zulkifli Nordin hari bahawa rakyat Selangor bahawa perlu membuat laporan polis mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan . klik di sini

Jika seksyen ini digunakan , maka YB Suhaimi mungkin berdepan tuduhan sepertimana ketika peristiwa SAUK dimana Amin Al Maunah dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati ataupun penjara sepanjang hayat.klik di sini

Itu lah akibatnya cuba mengheret politik hingga mengancam institusi Raja .

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps