Zahid Hamidi jawab tuduhan fitnah penyelewengan Kementerian Pertahanan

on Tuesday, November 1, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penyelewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan.

Katanya lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.

"Perjanjian pembelian dengan negara luar dibuat mengikut harga dalam mata wang mereka dan bukannya dalam Ringgit Malaysia.

"Apabila nilai pertukaran wang asing bertambah, maka jumlah pembayaran dalam Ringgit Malaysia dipersesuaikan dengan mata wang negara berkenaan menunjukkan peningkatan,"

Katanya kementerian berkenaan tidak membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan tetapi mengikut harga yang ditetapkan.

Beliau juga menegaskan bahawa adalah penting untuk orang ramai mengetahui bahawa tiada penyelewengan dalam perbelanjaan dan wujud klausa yang membenarkan bayaran mengikut nilai tukaran wang asing semasa.

"Itulah yang mahu diperlihatkan oleh laporan audit tetapi ada pihak yang mencari silap seolah-olah ada berlaku penyelewengan.

"Saya ingin nyatakan bahawa 100 peratus tiada penyelewangan tetapi disebabkan faktor tukaran wang asing," tegas Ahmad Zahid.-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.