Barisan Nasional (BN) Perlis mungkin meletakkan calon “kitar semula” pada pilihan raya umum ke-13 jika calon berkenaan boleh membantu membawa kemenangan, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu hari ini.
Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap calon BN perlu diterima rakyat dan para pengundi serta calon itu berupaya membantu kemenangan BN walaupun ada yang melihat faktor umur sebagai penghalang calon tertentu.
"Mungkin akan berlaku “re-cycle” atau kitar semula calon yang bermakna bekas wakil rakyat juga boleh dicalonkan semula jika berpotensi membawa kemenangan,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kriteria calon BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Menteri Besar Perlis mengambil contoh dirinya yang dicalonkan semula pada pilihan raya umum lalu setelah berehat selama satu penggal apabila tidak lagi menjadi wakil rakyat. - Bernama