Tony PuaKA kantoi ! penipuan kandungan peraturan susu KR1M dibongkarkan

on Thursday, November 24, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan adalah tidak benar dan hanya bertujuan memutarbelitkan fakta semata-mata.

Hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008

“Mengikut peraturan kandungan susu rumusan bayi, had maksimum vitamin A yang dibenarkan ialah sebanyak 500 I.U,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Tony mendakwa, kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 I.U bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan.

Jelas Tiong Lai, tindakan Setiausaha Publisiti DAP itu mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan ‘tumbesaran’ (growing formula) itu dengan peraturan susu rumusan bayi (infant formula).


One Response

  1. Anonymous says:

    saya cadang syarikat pengeluar dan KR1M ambil tindakan saman terhadap TONY PUA (Dog And Pig). Dia jelas dgn sengaja berniat jahat memfitnah KR1M dan mengelirukan orang ramai.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.