15 gadis dibogelkan gara-gara nak jadi model

on Friday, November 18, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.

“Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2011/11/sesi-model-serah-tubuh.html#ixzz1dxYEWzmi


2 Responses

  1. Anonymous says:

    padan muka betina nie semua...

    dah tau jadi model meme karier yg kebanyakannya mendedah aurat pastu korang gatal juga nak jadi model...

    sekarang korang tanggung la...hehehehe...

    pejuang hamas...

  2. lu pikirlah sendiri

    jenguk2 blog http://antirepublik.blogspot.com

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.