Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2010-05-30

default

Gempar !! Sebenarnya Anwar marah bila dituduh anti Yahudi

on Monday, June 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Anwar Sasaran APCO-Malaysiakini 1

Oleh Kumbang, AIDCclub

Kalau merujuk kepada petikan ucapan Anwar di Malaysiakini, seolah-olah Anwar begitu kecewa kerana ada pihak yang mahu menggelarkan beliau sebagai seorang anti yahudi atau anti Israel. Hal ini dibuktikan dengan ucapan beliau seperti di bawah :

"Mereka(APCO) berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan (yang saya dibuat) di Parlimen,"

Ayat inilah yang menjadi pertikaian penting samada Anwar adalah anti Yahudi ataupun tidak kerana menurutnya ucapan beliau diputarbelit oleh Pihak APCO.
Setahu Kumbang ucapan Anwar di Parlimen adalah berfokus kepada APCO kononnya adalah syarikat Israel yang membantu pentadbiran kerajaan dan beliau juga turut berkata di parlimen kononnya PDRM diresapi oleh agen Israel. Kalau betul pengamatan kita, ucapan ini sudah berunsur anti yahudi dan anti Israel.

Persoalannya kenapa Anwar berkata ucapan beliau diputarbelit dan dituduh anti yahudi oleh APCO.

Maknanya mudah. Ayat ini menerangkan secara tidak langsung dan Anwar mengakui beliau bukan Anti Yahudi. Kalau beliau bukan Anti Yahudi, tidak terkeluar ayat sebegitu dari mulut beliau. Budak tadika pun boleh nampak.

Anwar bukan musuh yahudi



Ayat kedua yang kontroversi dalam laporan Malaysiakini ialah Anwar menyebut:

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka,"

Ayat ini turut mempunyai makna tersembunyi. Pertama Anwar menuduh APCO meyakinkan badan tertua yahudi menyerang beliau secara peribadi dan menghukum beliau. Ini bermakna Anwar amat kecewa kerana digelar oleh anti Yahudi dan anti Israel oleh B'nai B'rith dan perkara ini juga membawa erti yang Anwar bukan seperti apa yang dituduh oleh iaitu anti Yahudi dan anti Israel.

Kedua ayat ini seperti membuktikan yang Anwar sebenarnya hanya membenci APCO bukannya organisasi B'nai B'rith yang sememangnya perantara antara Amerika Syarikat dan Israel itu.

Hujahnya cukup mudah, APCO hanya satu syarikat konsultansi tunggal tetapi Anwar menganggotai International CrisisGroup(ICG) organisasi pro Israel dan yahudi yang mempunyai banyak organisasi dan syarikat Konsultansi yahudi di belakangnya yang lebih besar kuantitinya berbanding APCO. Klik sini

Kenapa Anwar membenci APCO dan bukannya kepada organisasi dan syarikat Konsultansi yahudi ICG?

Hal ini jelas kerana APCO sedang membantu musuh beliau iaitu Kerajaan Malaysia. Jika benar Anwar Anti Yahudi dan Israel sudah pasti beliau akan memutuskan hubungan dan keahliannya di dalam ICG kerana organisasi itu sememangnya dianggotai yahudi dan ada hubungan terus Israel malah menyokong serta mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

Kenapa B'nai B'rith kirim surat kepada John Kerry?

B'nai B'rith mengirim surat kepada John Kerry kerana organisasi itu tahu Anwar mempunyai hubungan yang amat baik dengan John Kerry dan Amerika Syarikat. Sebagai bukti John Kerry sendiri secara peribadi menuntut perbicaraan yang adil kepada Anwar Ibrahim sekitar februari lalu.

Hal ini disebabkan Anwar terlebih dahulu melobi John Kerry dalam persidangan di Doha, Qatar. Disebabkan itu tidak menghairankan apabila Anwar amat kecewa kerana B'nai B'rith mengirim surat kepada John Kerry kerana ini akan menyebabkan pengaruh beliau sebagai agen yahudi dan Amerika akan terjejas dalam makna lain aduan itu akan menjejaskan hubungan beliau dengan Amerika Syarikat dan organisasi yahudi yang lain.

Anwar akui sertai ICG - Organisasi pro Zionis dan Israel



Anwar mengakui beliau menyertai ICG dengan berkata :

"Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi ini). Apco bahkan telah menghantar satu laporan rasmi ke ICG, mengatakan yang saya anti-Yahudi."

"(Namun) ICG juga telah membuat kenyataan yang kuat mengutuk serangan serangan tentera Israel terhadap flotilla," katanya.

Pertama Malaysiakini selaku laman web pro Anwar sengaja menambahkan ayat (dari kumpulan Yahudi ini) iaitu di dalam kurungan sedangkan Anwar tidak bermaksud sebegitu.

Ayat ini seperti yang Kumbang nyatakan tadi adalah diucapkan, kerana Anwar sendiri mempunyai masalah peribadi dengan APCO dan bukan yahudi serta Israel secara keseluruhannya.

Kerana jelas di dalam ayat di atas Anwar mengecam APCO tetapi memuji pula ICG sedangkan jika difikirkan secara logik, siapalah APCO yang hanya sekadar sebuah syarikat berbanding ICG yang merupakan pertubuhan pro zionis dan Israel yang mempunyai organisasi dan berpuluh-puluh syarikat yahudi serta Israel di belakangnya.

Apa yang dasyatnya ICG ialah peranan organisasi itu yang menjadi agen Amerika Syarikat di seluruh dunia dan kemampuan organisasi itu itu dapat dilihat dengan pernah melobi untuk melaksanakan perang di Iraq. Klik sini.

ICG juga pernah mencadangkan semua negara di seluruh dunia mengiktiraf negara Israel dan menjalankan hubungan diplomatik dengan negara zionis itu.

Selain itu senarai panjang US Board Members ICG jelas menunjukkan ianya dikuasai oleh Yahudi dan Zionis dalam pentadbiran Ameria Syarikat. Mereka adalah :

1. Morton Abramowitz, (Yahudi/neocon)- Bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat/CFR;

2. Kenneth Adelman, (Yahudi/neocon), bekas pembantu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld/Ahli Lembaga Pengarah Polisi Pertahanan Pentagon/Penyokong utama serangan Amerika ke atas Iraq;

3. Zbigniew Brzezinski, Penasihat polisi luar negara Presiden Obama/ Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Jimmy Carter/CFR;

4. Wesley Clark, Bekas Komander Bersekutu Tertinggi NATO;

5. Stanley Fischer,(Yahudi) - Naib Pengerusi Citigroup/Bekas Timbalan Pengarah IMF (International Monetary Fund);

6. Carla Hills, (Yahudi) - Bekas Setiausaha Perumahan dan Perdagagnan Amerika;

7. Swanee Hunt, Pengasas dan Pengerusi 'Women Waging Peace'; bekas duta Amerika ke Austria;

8. Elliott F. Kulick, Konsaltan Booz Allen & Hamilton/ Pengerusi Pegasus International/ Lembaga Pengarah Central Asian American Enterprise Fund ;

9. Douglas Schoen, Pengasas Partner of Penn, Schoen & Berland Associates;

10. George Soros, Pengasas & Pengerusi OSI (Open Society Institute);

11. William O. Taylor, Pengerusi Kehormat The Globe Newspaper Company

Seandainya laman citizinemag.com menamakan Wesley Clark sebagai proksi Soros dalam ICG untuk mewujudkan kuasa baru di Amerika Syarikat., maka boleh dibuat kesimpulan hampir keseluruhan penama di atas adalah tokoh yang sealiran dengan pemikiran Soros. Klik sini

ICG tiada kaitan dengan Zionis dan Israel?

Kalau menurut kata-kata Anwar beliau menafikan seolah-olah seratus peratus ICG dikaitkan dengan agenda zionis.

Tetapi jika kita rujuk dalam SourceWatch ICG klik sini. Penerangannya bercanggah dengan kenyataan Anwar.

Menurut SourceWatch itu, ICG disponsor oleh badan-badan zionis yang berpengkalan di Amerika Syarikat antaranya; Open Society Institute (milik George Soros), Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, Ford Foundation, Carnegie Corporation of New York, Bill & Melinda Gates Foundation, Flora Hewlett Foundation, Henry Luce Foundation, John D & Catherine T MacArthur Foundation, John Merck Fund, Charles Stewart Mott Foundation, United States Institute of Peace dan lain-lain.

Laman americanthinker.com (pro-Republikan) pula mengesahkan ICG disponsor sepenuhnya oleh George Soros dalam usaha mengukuhkan parti Demokrat di Amerika Syarikat. Dalam usaha itu Soros menaja satu kumpulan yang dinamakan 527 groups yang termasuk di dalamnya adalah ICG, Center for American Progress, MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan lain-lain. Klik sini

Seandainya ICG tiada kaitan dengan agenda zionis, kenapa ICG draf Annapolis Summit yang mencadangkan 'two state solution' yakni mengiktiraf Negara Israel yang sah Klik sini dan sini.

Kenapa Anwar Ibrahim turut menandatangani surat sokongan Annapolis Summit tersebut ? Klik sini

Bukti penglibatan Anwar dalam menyokong agenda 'two state solution' anjuran ICG didedahkan sendiri oleh laman web ICG, bertarikh 26 Mac 2007. Buktinya klik sini

Tandatangan sokongan ini diketuai oleh 8 orang kepala-kepala Yahudi yang terlibat secara aktif dalam dalam tiga badan pemikir Yahudi Amerika Syarikat iaitu CFR (Council on Foreign Relations), ICG (International Crisis Group) dan USMEP (The U.S./Middle East Project). Lapan orang tersebut adalah Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker,Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C. Sorensen dan Paul Volcker.

Kemudian disusuli dengan tandatangan dari 74 aktivis masyarakat mewakili ICG, USMEP, New America Foundation, J Street dan individu-individu yang pro Israel. Anwar Ibrahim salah seorang daripada 74 aktivis itu yang mewakili CFR, ICG dan The Brookings Institution.

Dalam tandatangan pertama Anwar bersama 23 ahli mesyuarat ICG yang lain bersetuju dengan konsep yang kononnya two state solution. Iktiraf Negara Israel yang sah dan iktiraf negara Palestin yang sah. Tetapi masalahnya di Palestin, ICG mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin, sedangkan majoriti muslim di sana mengetahui Mahmoud Abbas adalah pro Amerika Syarikat yang digelar sebagai proksi Israel.

Sebab itu dapat disimpulkan two state solution penjanjian yang berat sebelah dan menguntungkan Israel.

Pertama, Israel mendapat status sebuah negara yang sah, kedua; Israel mendapat pengiktirafan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam yang lain (seperti yang dicadangkan oleh ICG) dan ketiga Israel berjaya menabalkan presiden boneka di Palestin, seandainya cadangan ICG diterima oleh penduduk Palestin.

Jadi dapat disimpulkan, walaupun pada namanya nampak molek 'two state solution' (solusi dua negara), tetapi yang membina kerangka itu adalah terdiri dari kumpulan zionis Amerika, yang berselindung di sebalik topeng ICG, terdiri daripada Morton Abramowitz, Stephen Solarz dan Zbigniew Brzezinski, sampai kiamat pun mereka tetap membawa agenda kemenangan mutlak kepada Israel.

Di sini sudah menunjukkan pendirian Anwar Ibrahim yang sebenarnya, seorang yang bukan anti yahudi dan juga anti Israel.

Siapalah APCO yang dibayar oleh kerajaan kita berbanding ICG, sedangkan ICG membayar dan membantu Anwar untuk berkhidmat dengan mereka.

sumber : kumbang

default

Anwar pulak puji kerajaan Khalifah Guan Eng lebih baik kepada umat Islam

by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya pembangunan ekonomi berjalan seiringan dengan keadilan sosial. Bercakap selepas merasmikan pembukaan sebuah surau di Komtar, Pulau Pinang, Anwar memuji kerajaan negeri kerana menjaga keperluan penduduk Islam di Pulau Pinang walaupun terpaksa berdepan dengan tuduhan yang ia meminggirkan mereka. Anwar berkata, bantuan kerajaan Pulau Pinang untuk pendidikan dan kebajikan sosial orang Islam jauh lebih tinggi daripada apa yang disediakan selama pemerintahan BN sebelum ini. Malaysiakini


Komen PB

Tu dia ....nala punya baguihnya Pak Sheikh puji dan up Khalifah Guan Eng sebagai pemerintah terbaik untuk umat Islam . haha baru rasmi surau pun Pak Sheikh dah puji Guan Eng lebih baguih dari pemerintah Islam sendiri ..

Apa yang Guan Eng untuk umat Islam di PP ??? Guan Eng sebenarnya banyak bohong kepada umat Islam PP kononya mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz ..

sini aku list kan kejayaan kegemilangan pemerintahan Khalifah Guan Eng sehingga hari ini ..

1. Cafe Doremi dirobohkan : Malaysian Malaysia berjaya di PP

2. Judi bola diharamkan di PP tetapi yang lain ok

3. Peniaga Cina didahulukan, peniaga Melayu dipinggirkan

4. Gagal selenggara parit , Guan Eng tuduh projek PERDA punca banjir

5. Oasis demokrasi Guan Eng retorik dan satu pembohongan

6. Melayu undi Guan Eng dulu baru sedar kezaliman Guan Eng


7. Apa kejadah Guan Eng ambil alih urusan tanah wakaf daripada MAIPP


8. Peniaga Melayu ditindas naik berang dengan Guan Eng


9. Kerajaan Guan Eng pembela no 1 Maknyah


10. Guan Eng lulus 253 lesen baru pusat hiburan jual minuman keras



dan banyak lagi ....

default

Bukti Mr Bean PAS tak buat kerja di kawasannya , cakap saja lebih

on Sunday, June 6, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments

'' tempat aku dah ada orang lain buat keja, so aku
tak payah amik tau lagi ..dia buat keja aku take
credit dah ....



LANGGAR - Tenang. Begitulah reaksi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar apabila diajukan soalan berkaitan demonstrasi aman oleh 100 penduduk Jabi di hadapan Tapak Pelupusan Sampah Jabi, kelmarin yang menuntut perhatian daripada pihak bertanggungjawab termasuk dirinya agar masalah bau dan ancaman lalat diatasi segera.

Di dalam ketenangan itu, beliau menyatakan terima kasih kepada penduduk yang menyertai demonstrasi berkenaan malah menyifatkan telah membantu usaha beliau yang selama ini terus ‘menekan’ pihak bertanggungjawab terutamanya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk melihat perkara itu secara lebih serius.

Menurutnya, beliau juga difahamkan bahawa Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat juga turut berada di situ dan berkata tidak mahu mengecam sesiapapun tetapi lebih suka melihat kepada arah yang positif.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Haris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada kerana turut hadir di tapak pelupusan sampah semalam dan demonstrasi itu secara tidak langsung membantu saya untuk terus menekan pihak yang bertanggungjawab agar melihat permasalahan ini secara serius.

“Apa yang dilakukan oleh saya sebelum ini seolah-olah diikuti oleh penduduk yang sudah tidak berpuas hati dengan penyelenggaraan tapak sampah sehingga mendatangkan kesan yang negatif di kawasan itu,” katanya di dalam satu sidang media di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, kelmarin.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kesabaran penduduk kampung di sekitar Tapak Pelupusan Sampah Jabi meletus apabila kira-kira lebih 100 penduduk mengadakan demonstrasi aman di hadapan tapak pelupusan berkenaan kira-kira sejam sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang menuntut pihak bertanggungjawab mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah bau dan ancaman lalat.

Di sebalik bantahan aman itu juga terselit satu kain rentang yang turut menuntut janji Ali Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini berjanji akan mengambil langkah bagi mengatasi masalah berkenaan sebelum Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas.



Komen PB

Ucapan terima kasih Mahfuz itu jelas membuktikan kepada kita bahawa beliau MP Pokok Sena yang tidak buat kerja . Pirahhh !! Sebenarnya itu cara dia nak cover dirinya tidak buat kerja , konon pergi la buat ucapan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena , Sdr Haris Che Mat kerana membantunya untuk menekan pihak PBT. hahaha lawak betul Mr Bean ni ...

Puak2 ini aku tak percaya langsung cakap depa terutama Mr Bean PAS ini Si Mahfuz ...kalau bab kutuk Najib dan kerajaan ..kita harus ingat inilah orang No 1 akan ke depan belasah UMNO dan kerajaan .

Sekarang kita boleh lihat sendiri bukti siapa yang tidak buat kerja membela nasib rakyat ??

fikir-fikirkan lah .......

default

Tragedi Mavi Marmara buka mata masyarakat dunia dan kemenangan moral kepada negara dan rakyat

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap kejadian sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel semasa membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai satu kemenangan moral yang besar kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata insiden itu telah mencetuskan satu kesedaran di dunia hari ini mengenai kekejaman rejim Israel sehinggakan dikutuk habis-habisan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat.

"Tentu sekali apa yang dilalui mereka (sukarelawan) bukan saja menyayat hati tetapi akan membuka mata rakyat Malaysia dan dunia terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita baca dan kita tengok melalui kaca televisyen.

"Lepas peristiwa ini, sekurang-kurangnya 12 rakyat Malaysia ini, merupakan kumpulan yang boleh menyatakan melalui pengalaman mereka sendiri betapa zalimnya dan tanpa sebarang perasaan perikemanusiaan ataupun belas kasihan antara manusia sesama manusia sanggup melakukan perbuatan yang boleh kita sifatkan sebagai perbuatan keganasan sebenarnya.

"Apabila sejarah ini ditulis nanti tentu sekali sukarelawan ini dan kumpulan lain serta kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia akan dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada dunia yang telah menggerakkan "consciousness of the world" untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak adil sama sekali selama ini," katanya
.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan kepulangan 12 rakyat Malaysia termasuk dua wakil media yang sebelum ini ditahan Israel selepas kapal 'Mavi Marmara' yang dinaiki mereka untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditawan tentera rejim Zionis itu, di kediamannya di sini pada Ahad.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki, Mavi Marmara yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.

Bernama melaporkan turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Sambil menyifatkan 12 sukarelawan itu sebagai wira negara, Najib berkata beliau sangat bersyukur mereka telah selamat kembali ke tanah air.

"Kita berasa lega hari ini dan saya menanti-nantikan sangat kedatangan sukarelawan kita. Terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman atas kejayaan misi membawa balik sukarelawan kita dan terima kasih kepada kerajaan Jordan dan pihak-pihak lain yang membantu sukarelawan-sukarelawan kita," katanya.

Najib berkata kerajaan akan membantu dengan apa cara sekalipun dan tidak akan lari daripada apa yang boleh disumbangkan supaya perjuangan untuk menegakkan kebebasan, keadilan dan hak asasi manusia tercapai.

"Sebab itulah kita akan ambil tindakan melalui usul yang kita akan bawa pada pagi esok, di Parlimen (Dewan Rakyat) dan saya telah menyatakan bahawa saya tidak mahu kita terhenti dengan usul di Parlimen yang mengutuk regim Zionis itu sahaja.

"Tetapi kita hendak tindakan susulan dalam apa jua bentuk supaya kerajaan Israel sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak boleh diterima oleh dunia atas prinsip kemanusiaan dan atas prinsip menghormati undang-undang antarabangsa," katanya.

Perjuangan untuk membantu rakyat Palestin akan diteruskan biarpun berapa lama supaya rakyat negara itu akan hidup dalam keadaan aman dan bebas sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat pada satu hari nanti, katanya.

Najib berkata kerajaan Israel sepatutnya bukan sahaja meminta maaf tetapi membayar ganti rugi kepada pihak yang menjadi mangsa terhadap keganasan mereka termasuk sembilan orang yang terbunuh pada insiden Isnin lepas.

Perdana Menteri berkata serangan oleh tentera Israel itu jelas merupakan tindakan pencerobohan dan keganasan dan contoh sebenar "bentuk keganasan' yang dilakukan oleh rejim Israel.

"Lebih-lebih lagi kumpulan dalam kapal ini (Mavi Marmara) tidak membawa sebarang senjata tetapi telah diserang dengan cara yang tidak ada rasa kemanusiaan sama sekali dengan menembak menggunakan senjata dari jarak dekat.

"Ini ialah satu pembunuhan kejam yang dilakukan pasukan komando yang telah diarahkan oleh rejim Tel Aviv itu," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad turut mengumumkan sumbangan daripada badan-badan korporat sebanyak US$5,000 masing-masing kepada keluarga sembilan sukarelawan yang terbunuh dalam kejadian itu.-6/6/2010

default

Anwar sahkan dia proksi kepada Zionis Israel

on Saturday, June 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Akhirnya Anwar Antaturk sahkan dia memang proksi kepada ICG, iaitu sebuah pertubuhan zionis terulung di Israel.



Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic".

detailnya KLIK SINI

dan juga di sini Jika Anwar anti Israel , mengapa terlibat dalam ICG ?




PB ucapkan syabas kepada team bloger AIDC.

default

Pemuda UMNO dan NGO bantah kezaliman Israel

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Kira-kira 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini. Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

Tampil dalam pakaian putih, mereka bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin".


Selain itu juga, peserta yang terlibat membawa kain rentang yang bertulis seperti "justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza) dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang". Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam.



Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.




KJ HARAP KERAJAAN UTAMAKAN PALESTIN DALAM DASAR LUAR


Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel.

sementara itu, ditanya kenapa pihaknya tidak menyertai demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat di Masjid Kampung Baru, Khairy berkata, mereka tidak menyertainya kerana ia kelihatan seolah-olah demonstrasi Pakatan semata-mata.

"Jadi saya rasa biarlah mereka menjalankan protes mereka. Kita (saling) setuju, dan tidak salah jika tujuan mereka untuk mengutuk Israel. Jadi kita buat kita punya protes. Lebih banyak lagi bagus," jelasnya.


Sementara itu, AMAN MALAYSIA dalam kenyataannya yang diedarkan dalam perhimpunan tadi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Pemuda Umno bagi melancarkan kempen 'SMS Untuk Gaza'. Menurut kenyataan dua halaman itu, kempen itu bagi memudahkan orang ramai menderma kepada rakyat Palestin melalui SMS. SMS boleh dihantar dengan taip 'GAZA' dan hantarkan ke 32928. Ia akan dicaj sebanyak 50 sen.

"Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.

Seorang aktivis NGO Islam daripada Turki turut hadir menyatakan sokongan mereka. Seyfuddin Seyif dalam ucapannya mendesak semua pihak memboikot barangan Israel seperti McDonald, Coca-cola dan Levi's.

"Katanya tidak kepada Israel," katanya. Sebelum itu beberapa aktivis NGO yang hadir mengedarkan risalah boikot barangan Israel di masjid berkenaan

default

AMAN Malaysia & Pemuda UMNO lancar " SMS Untuk GAZA "

on Friday, June 4, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KUALA LUMPUR -- Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA), hari ini disertai Pemuda UMNO dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perhimpunan mengecam tindakan agresif rejim Zionis Israel ke atas sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi secara aman dan sebulat suara dalam mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap penindasan regim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Tanpa mengira perbezaan ideologi atau kepercayaan, ribuan rakyat Malaysia mengecam perlakuan biadap Israel dan bersatu untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.

Pengerusi AMAN MALAYSIA , Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, sejak sekian lama, rakyat Malaysia amat marah dengan pelbagai tindakan kejam Israel, termasuk pembunuhan dan penindasan dalam pelbagai cara ke atas rakyat Palestin.

“Kekejaman dan tindakan biadap tanpa mengira undang-undang dunia, seperti serangan ke atas petugas sukarelawan yang menghantar bantuan menerusi kapal ke Gaza amat dikesali dan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat Malaysia.

“Malah, bukan sahaja membakar semangat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, tetapi juga di kalangan masyarakat dunia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya,” kata beliau.

Sempena perhimpunan itu, penasihat AMAN MALAYSIA Khairy Jamaludin turut melancarkan kempen "SMS Untuk Gaza” bagi membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin.

Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO, berharap rakyat Malaysia akan mengguna kesempatan ini bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin, tetapi sebagai menggambarkan sokongan kepada keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusian regim Zionis.

“Rejim Zionis langsung tidak menghormati undang-undang dunia dan kami menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengenakan tindakan keras terhadap Israel ekoran insiden ini, ,” kata beliau.

default

Isu Malaysia bangkrap , Idris Jala punca imej kerajaan jadi buruk

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Berbanding Malaysia, pelancongan hanya merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi manakala aktiviti ekonomi yang lain adalah pelbagai, katanya.

Shahrir berkata Greece perlu meminjam untuk membayar faedah sedangkan Malaysia tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab itu.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia sudah mempunyai sistem kewangan yang kukuh hasil daripada penyepaduan bank, pembersihan pinjaman tidak berbayar selepas krisis kewangan 1997 menerusi institusi seperti Danamodal dan Danaharta.

Berkongsi keyakinan bahawa ekonomi Malaysia sudah meningkat seiring jentera kerajaan, termasuk kutipan cukai, Shahrir juga berkata kerajaan turut mengurangkan pembaziran dan ketirisan dengan melaksanakan e-pemerolehan untuk menjimatkan wang.

"Pada Bajet 2010, kerajaan bersetuju mengurangkan perbelanjaan menyeluruh sebanyak 10 peratus di kesemua kementerian," katanya.

"Kita sudah membelanjakan jumlah yang besar untuk projek seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kini perbelanjaan kerajaan paling besar ialah subsidi.

"Usaha berterusan yang dilakukan hariini ialah meningkatkan ekonomi dengan menggalakkan kecekapan dan produktiviti menerusi Model Baru Ekonomi," katanya.

Dalam menganalisis pandangan Idris Jala mengenai ekonomi secara teknikal, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bercakap mengenai pemahaman terhadap bankrap.

"Secara mudahnya, ia merupakan situasi di mana anda tidak lagi mampu membayar hutang dan persoalan berikutnya, adakah itu keadaan (sebenar) ekonomi kita?"

Beliau berkata jika ekonomi Malaysia ditentukan berdasarkan hutang negara, kadar simpanan, paras defisit dan prestasi perdagangan, ia lebih kukuh berbanding Greece.

Secara lebih terperinci, Khairy berkata ia menujukkan bahawa: .

Hutang negara Malaysia adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kurang separuh daripada Greece iaitu 113 peratus hutang. .

Rakyat Malaysia mempunyai kadar simpanan yang tinggi iaitu 35 peratus daripada KDNK, iaitu tujuh kali lebih tinggi berbanding lima peratus simpanan rakyat Greece; ? Defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK iaitu sebanyak 2.4 kali lebih tinggi berbanding Malaysia; ? Malaysia memperoleh lebihan dagangan sebanyak RM118.4 bilion pada 2009 manakala Greece merekodkan defisit RM105.7 bilion dalam tempoh yang sama; dan ? Pada Mac 2010, rizab antarabangsa Malaysia sebanyak US$95.3 bilion, 17.3 kali lebih tinggi berbanding Greece sebanyak US$5.5 bilion.

Khairy juga merujuk kepada analisis dua agensi penarafan - Fitch Rating Agency dan Standard & Poor's - untuk mengukuhkan kes bahawa ekonomi Malaysia secara relatifnya kukuh.

Penarafan hutang jangka panjang Greece diturunkan kepada negatif pada Disember lepas dan hutangnya diletakkan dalam pemerhatian "negatif".

Amaran penurunan akan dikeluarkan jika kerajaan Greek tidak mengekang lebihan perbelanjaan.

Sebagai perbandingan, Malaysia merancang bon dollar Islam global, yang dilaksanakan dengan penarafan gred pelaburan awal A- oleh Standard & Poor's dan A3 oleh Moody's Investors Service.-2/6/2010

default

KJ tidak kecewa , harap penyokong jangan komen lagi

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa penyokongnya dalam pergerakan tersebut supaya berhenti mengulas mengenai beliau tidak dilantik menganggotai kabinet dalam rombakan terbaru kelmarin dan sebaliknya meminta mereka memberi tumpuan kepada tugas masing-masing.

"Terima kasih kerana menunjukkan sokongan tetapi jalankan tugas masing-masing dan jangan terpesong dengan hal ini," kata Khairy.

"Saya berharap setiap orang menghormati visi perdana menteri berkaitan dengan perubahan kabinet dan saya tidak mahu mendengar sebarang komen dari pemimpin Pemuda Umno (mengenainya)," tambahnya.

Khairy menegaskan demikian sebagai mengulas komen beberapa pemimpin Pemuda Umno negeri yang menyatakan kecewa apabila pemimpin mereka itu sekali lagi tidak dilantik menganggotai kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib memecah tradisi Barisan Nasional (BN) apabila tidak melantik ketua Pemuda Umno yang juga merupakan pengerusi Pemuda BN, menganggotai kabinet.

Sebaliknya, Najib melantik timbalan Khairy - Datuk Razali Ibrahim - dan Datuk Mukhriz Mahathir, yang tidak mempunyai jawatan dalam pergerakan itu, sebagai timbalan menteri.



KJ tidak kecewa



Khairy berkata, beliau tidak merestui pandangan para penyokongnya itu, sambil menambah bahawa mereka telah tersasar kerana perdana menteri mempunyai hak budibicara untuk memilih anggota kabinetnya.

"Tentu saja satu atau dua daripada (pemimpin negeri) berkenaan membuat komen atas keyakinan mereka sendiri, jadi tiada apa yang boleh saya lakukan," katanya.

Khairy juga menolak pandangan beberapa pemimpin Pemuda Umno negeri bahawa ketiadaannya dalam kabinet menjejaskan moral pergerakan tersebut.

"Ini hanya akan berlaku sekiranya anda membiarkannya berlaku, dengan memperbesar-besarkannya. Rakyat menyokong kita kerana apa yang kita lakukan, bukannya sama ada kita memegang jawatan dalam kerajaan, "katanya.

Oleh itu, katanya, beliau tidak merasa kecewa kerana 'sekali lagi ketinggalan kapal' tetapi akan meneruskan tugas-tugasnya.

"Saya tidak mengharapkan apa-apa, saya cukup jelas tentang apa yang saya perlu lakukan dan bukan tentang mendapatkan jawatan kabinet," katanya.


Link

KJ perlu beri semangat baru kepada Pemuda UMNO

default

Sah ada kemasukan pada dubur Saiful dan juga air mani

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR, 3 Jun - Seorang pakar bedah dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa laporan kimia ke atas sampel yang diambil dari dubur bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan berlaku penetrasi.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Dr. Mohd. Razali Ibrahim berkata analisis makmal menunjukkan kehadiran DNA dua lelaki.

Dr. Mohd. Razali, iaitu saksi pendakwaan kedua selepas Mohd. Saiful, berkata semasa beliau dan dua lagi doktor menyiapkan laporan klinikal mereka pada 13 Julai 2008, tiada sebarang pendapat konklusif dibuat mengenai penetrasi seperti yang didakwa oleh mangsa memandangkan laporan itu disediakan tanpa analisis sampel daripada Jabatan Kimia.

Dua lagi doktor ialah pakar rawatan kecemasan Dr. Khairul Nizam Hassan, dan pakar patologi forensik Dr. Siew Sheue Feng.

Pakar forensik Australia, Profesor Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, yang dilantik oleh pasukan Anwar, hadir di mahkamah hari ini.

Semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Dr. Mohd. Razali diminta membacakan laporan kimia itu buat kali pertama di mahkamah.

"Melihat kepada keputusan laporan ini, sejarah kes daripada Mohd. Saiful, saya dapat mengatakan secara konklusif sekarang bahawa terdapat penetrasi yang konsisten dengan apa yang diberitahu oleh mangsa kepada mahkamah ini bahawa bahan pelincir digunakan semasa insiden itu dan ini mengakibatkan tiada kecederaan ditemui pada duburnya," kata Dr. Mohd. Razali.

Anwar, 63, Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd. Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Terdahulu, Dr. Mohd. Razali, 37, yang bertugas dengan Jabatan Pembedahan HKL, berkata beliau menerima panggilan telefon pada 28 Jun 2008, mengenai kes itu dan diberi taklimat sebelum beliau mula memeriksa dubur Mohd. Saiful.

Pemeriksaan itu dikendalikan dalam sebuah bilik khas di hospital berkenaan dengan kehadiran pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

Beliau berkata, Dr. Siew telah membantu beliau mengumpul empat sampel dengan dua daripadanya diambil dari rektum atas, satu dari rektum bawah dan satu lagi dari kawasan peri-anal.

"Saya menyerahkan kesemua sampel itu kepada Dr. Siew sebelum dihantar ke Jabatan Kimia," kata Dr. Mohd Razali.

Disoal selanjutnya oleh Mohamed Yusof mengenai sebab bahan pelincir digunakan semasa pemeriksaan itu, Dr. Mohd Razali berkata ia adalah prosedur normal dan juga bagi mengelak sebarang kecederaan selanjutnya.

Saksi pendakwaan kedua itu turut memberitahu mahkamah bahawa liwat juga boleh berlaku tanpa mengakibatkan apa-apa kecederaan.

"Bagaimanapun, dalam kes ini, bahan pelincir digunakan dan sebab itulah kami tidak menemui sebarang kecederaan pada bahagian luar atau dalam dubur Mohd. Saiful," jelas Dr. Mohd. Razali.

Analisis makmal ke atas sampel itu yang dijalankan pada 11 Julai 2008 mendedahkan perkara berikut:

l tiada alkohol dan dadah lazim lain yang dapat dikesan dalam sampel darah pesakit,

l kehadiran air mani pada kapas kesat B5, B7, B8 dan B9 (sampel yang diambil oleh Dr. Mohd Razali),

l tiada sumber asing DNA daripada kapas kesat yang diambil,

l campuran jenis DNA lelaki daripada kapas kesat B5,

l jenis DNA lelaki daripada dua individu daripada kapas kesat B7, B8 dan B9.

Pemeriksaan dubur Mohd. Saiful menunjukkan tiada parut atau rekahan pada kawasan luar dubur atau sebarang tanda kecederaan terbaru.

Pertikaman lidah turut berlaku antara pihak pendakwaan dan pembelaan apabila Dr. Mohd. Razali pada mulanya memberi keterangan dalam bahasa Malaysia, menyebabkan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, mengadu bahawa Wells akan berdepan kesukaran untuk mengikuti prosiding, tambahan pula laporan klinikal dibuat dalam bahasa Inggeris.

Mohamed Yusof berkata terpulang kepada saksi untuk memberi keterangan dalam apa jua bahasa yang beliau selesa dan ini menyebabkan Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu.

Apabila perbicaraan disambung semula, Dr. Mohd. Razali memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga pagi esok untuk membolehkan peguam yang mewakili Anwar berbincang dengan Wells. - BERNAMA

default

Kepada PM , jangan lupa KJ sampai kali ketiga

on Thursday, June 3, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak sentiasa melupakan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam barisan kabinetnya. Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Mohd Ghazali hari ini menyuarakan hasrat itu supaya Najib dapat mengambil berat permintaan itu kerana ia pernah disuarakan sebelum ini.

"Jawapan yang diberikan Najib (adalah) mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita (Pemuda Umno sedia) berkhidmat dalam parti dahulu," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, tambahnya, akar umbi pergerakan itu tetap akur dengan keputusan rombakan terbaru itu kerana "apa-apa kuasa adalah di tangan Najib". Selepas rombakan terbaru kabinet Najib kelmarin - yang menyaksikan Khairy sekali lagi tidak terpilih mengganggotai jemaah menteri - terdapat suara bantahan beberapa pemimpin pergerakan itu. Selepas mengambilalih teraju kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tahun lalu, nama Khairy tidak tersenarai dalam barisan anggota kabinet barunya.

Dan dalam rombakan terbaru semalam, sekali lagi nama ketua Pemuda Umno itu yang juga ahli parlimen Rembau tidak tersenarai.

Dalam tradisi Umno, ketua Pemudanya sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuklah Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sementara itu, Naib Pemuda Umno Perak Ali Zainal Abidin pula berpendapat Khairy selaku ketua Pemuda Umno, sepatutnya diberikan jawatan sekurang-kurang sebagai timbalan menteri. Menurutnya, jika Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, secara tidak langsung semangat anggota pergerakan itu akan menjadi lemah, sekaligus menjejaskan gerak kerja BN untuk pilihan raya umum akan datang.

"Nanti susah hendak tarik orang muda untuk menyokong BN sebab ketua sendiri pun tidak ada jawatan," katanya.


Sehubungan dengan itu, Ali juga menzahirkan perasaan dukacitanya dengan tindakan "pelik" perdana menteri yang melanggar tradisi memperuntukkan kerusi kabinet kepada ketua Pemuda Umno.

"(Peranan) Pemuda (seperti) tidak dihargai oleh mereka,"
katanya dengan nada kecewa.

default

Skandal Pasir : 3 bulan sahaja ditubuhkan bonus dapat 6 bulan !!

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

SHAH ALAM 2 Jun - Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) hari ini dipersoalkan berhubung perbelanjaan dan pengurusan kewangannya apabila didapati memberikan bonus enam bulan kepada kakitangannya meskipun baru tiga bulan ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada Julai 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Khim yang mempersoalkan kewajaran itu berkata, pemberian bonus berkenaan dilihat seolah-olah tidak begitu rasional memandangkan syarikat berkenaan masih baru ketika itu.

Malah katanya, pemberian bonus sebanyak dua bulan yang dibuat dalam tempoh September 2008 manakala bakinya secara purata 3.5 bulan sehingga Jun 2009 itu sebenarnya dilihat meragukan kerana ketika itu KSSB hanya mempunyai dua lombong pasir yang beroperasi untuk menjana keuntungannya.

"Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan membayar bonus dalam jumlah yang besar (enam bulan) kepada kakitangannya sedangkan syarikat-syarikat besar seperti MAS dan Maxis Berhad (syarikat telekomunikasi) tidak memberikan bonus sebanyak itu," katanya.


Komen PB

Hebat betul Kump Semesta ini ini memperolehi bonus sehingga 6 bulan walaupun 3 bulan sahaja ditubuhkan . Di ketika ekonomi tahun 2009 menghadapi masalah , syarikat GLC kerajaan Pakatan ini seronok dengan 6 bulan bonus .


Persoalannya , bagaimana mereka boleh memberi bonus sebanyak itu walhal unjuran perolehan hasil royalti pasir sebanyak RM127 juta bagi tahun 2009 yang di target tidak tercapai pun . Kutip hasil tak sampai RM 6 juta setahun , tapi boleh bagi bonus 6 bulan ..haha ini

Ini lah cara kerajaan Pakatan rakyat merakyatkan ekonomi ..hahahaha

Kekayaaan dikongsi bersama kroni2 depa ..

Dengar kata YB Pakatan Sri Muda dikatakan RAJA PASIR pun tukar kereta dan beli rumah baru ... Rupanya sapu duit bonus pasir la... Malah Ahli Parlimen Kota Raja pun sudah tukar kereta ke Honda CRV baru.. klik di sini

hebat betul YB2 Pakatan rakyat kedarah duit Pasir !! ...



Link

unjuran royalti pasir tidak tercapai


Selcat pertikai bonus 6 bulan

default

Pemuda BN Dan NGO Anjur Rally 1 Malaysia

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan Rally 1Malaysia bagi memperjelaskan dasar kerajaan dan mendapatkan maklumbalas terhadap pelaksanaan dasar daripada rakyat.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata program itu adalah sebagai terjemahan aspirasi dan sokongan Pemuda terhadap gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata program itu yang disasarkan mendapat penyertaan lebih 15,000 orang termasuk golongan belia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Jun ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

"Dalam program ini, kita akan turun ke bawah membawa mesej kerajaan serta untuk mendapatkan maklumbalas terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan apa yang akan dilaksanakan. Untuk program ini juga, kita menawarkan pengisian yang mampu menarik minat dan menzahirkan kreativiti rakyat khususnya orang muda.

"Jadi kita fikir ini adalah perkara baik yang perlu disertai oleh semua tidak kira bangsa dan agama. Ini bukan soal politik, tetapi kebangsaan. Yang penting kita nak tahu pemahaman dan harapan mereka mengenai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk Pemuda Umno di sini.

Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program itu turut diselitkan dengan program bantahan terhadap kekejaman rejim Israel yang menyerang satu daripada sembilan kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Kita akan lancarkan satu program bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis menerusi SMS dan sumbangan menerusi SMS itu akan kita salurkan kepada Tabung Untuk Gaza yang dianjurkan Wisma Putra. Pada masa ini, kita masih berbincang dengan pihak telco.

"Kita harap semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa bersama-sama mendoakan keselamatan 12 rakyat Malaysia yang kini berada di Jordan serta kumpulan yang masih berada di perairan dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel itu," katanya yang menjangkakan SMS itu dapat dilancarkan Jumaat ini.

-- BERNAMA

default

Pemuda UMNO Sabah desak KJ diberi jawatan kabinet

on Wednesday, June 2, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana ia boleh Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.

Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.

Sementara itu, ketua Pemuda Umno Kelantan berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini. mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

Komen PB

PB masih menaruh harapan agar pemimpin dari Pemuda UMNO diberikan tempat dalam kabinet . Cuma PB kesal sangat penyenaraian lebih banyak senator dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jelas memberi tanggapan bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Cukup mudah menjadi menteri, tak perlu bersusah payah pun bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi ahli Parlimen pun . Selain itu yang anak Chua Soi Lek yang masih mentah berumur 33 tahun pun boleh dapat .klik di sini

Apa kriteria dan KPI untuk Najib memilih budak mentah baru setahun jagung ini ??? Tak kan Bapa jadi Presiden MCA , anak terus boleh direkomen jadi Timb Menteri . Apa yang dia tau tentang pertanian dan asas tani ???

Kalau PB compare dia ni dengan KJ , bagi langit dan bumi ... apa hebat sangat anak CSL ini ?? Dalam Parlimen , PB tak pernah tengok muka ni dalam TV berbahas melawan pembangkang seperti KJ buat . Tetapi memang betul la pandangan drpd rakan blogger abe mie , Najib sekarang ini buat Semua untuk Orang Cina .

Nampak gaya orang Cina di Malaysia kini dilayan seperti tetamu kehormat dalam semua aspek ketika orang Melayu ditindas menguasai ekonomi. Anwar janji TPM kepada Cina , manakala Najib pulak bagi berlambak jawatan menteri senator semua kat Cina dalam rombakan kabinet semalam .Kedua-dua mahu memikat hati dan jiwa orang Cina apabila melantik kaum ini menguasai kabinet bermula Jumaat nanti.







default

Cafe Doremi : Malaysian Malaysia DAP telah berjaya di PP

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


nasib bangsa Melayu di PP lebih buruk di bawah pemerintahan
zalim Guan Eng




Selepas Kg Buah Pala, Cafe Do Re Mi pula menjadi mangsa! Begitulah perihal kepimpinan chauvinis dan racist yang dipamerkan oleh "Khalifah" Lim Guan Eng yang diagung-agungkan oleh Melayu PAS dan Melayu PKR selama ini. Inilah semangat "Malaysian Malaysia" yang selama ini dilaung-laungkan oleh DAP, adik kandung PAP di Singapura. Nampak gayanya, Pulau Pinang adalah "pulau Melayu" kedua yang akan dihak milikkan oleh "PAP, DAP & Co." ini.

Semua orang tahu apa yang terjadi di Cafe Do Re Mi. Tindakan kurang ajar kerajaan DAP pimpinan Guan Eng ini begitu zalim meruntuhkan Cafe tersebut. Dengan berpegang kepada "undang-undang" ciptaan "Malaysian Malaysia", mereka merobohkan cafe itu tanpa budi bicara mahupun rundingan "win-win situation". Begitulah "hati kering" Guan Eng kepada bangsa Melayu di Pulau Pinang.


Sebelum ini, Guan Eng menganiaya kaum India Pulau Pinang yang banyak membantu meningkatkan ekonomi Pulau Pinang. Kini, Melayu pula menjadi mangsa "Malaysian Malaysia" DAP ini. Inikah cerminan Malaysian Malaysia laungan DAP itu? Itu bukan "Malaysian Malaysia", itu namanya "DAPian Chinesia"! Apakata kalau kita buat cara yang sama di Tanah Besar China atai Hong Kong, pasti kita mati di"kungfu" mereka!

Inilah bukti sikap chauvinis & racist yang dimiliki oleh Khalifah Lim Guan Eng. Ketika di zaman Koh Tsu Koon suatu ketika dahulu, nasib kaum Melayu dan India tidaklah seburuk ini. Mereka sama-sama berkongsi hidup, berekonomi dan bersosial dengan aman dan damai. Itulah bezanya zaman pemerintahan "kafir Harbi - DAP" dan "kafi Zimmi - parti Gerakan komponen BN". Hasilnya? Pulau Pinang bakal menjadi Singapura kedua!

Kini baru rakyat nak sedar tentang kezaliman dan "true colours" Guan Eng yang sebenar? Sebenarnya, "belang" Guan Eng ini sudah lama ditunjukkan. Sejak dia bertanding di Melaka dan di penjara lagi. Malah media dan cybertroopers pro kerajaan sudah lama memberitahu rakyat tentang perkara ini. Cuma rakyat sahaja yang tidak mahu terima. Katanya kami berbohong? Nah..sekarang siapa yang benar dan siapa yang bohong?

Ibu Mertua En. Johan pemilik Cafe Do Re Mi amat kesal dengan insiden kekejaman Guan Eng ini. Dia menyesal lantas memberitahu bahawa Wan Azizah pernah pergi bertemunya untuk merayu undi bagi pihak Guan Eng/Pakatan Rakyat. Dan kini dia menyesal tak sudah! Kini, baru kita sedar ada juga "melayu" yang sanggup "menjual bangsa"nya sendiri kepada Guan Eng. Harapan saya agar kekesalan makcik itu akan diterjemahkan pada PRU 13 kelak. Sabar ye makcik ye...

Begitulah nasib rakyat berbangsa Melayu dan India di Pulau Pinang dibawah "DAPian Chinesia" pimpinan Guan Eng. Tiada keharmonian seperti yang pernah dicipta dan dipelihara oleh BN selama ini. Yang ada hanyalah sakit hati, kecewa, geram, marah, rasa tertipu, pengkhianatan dan pelakuan buruk terhadap rakyat. Itulah gaya kepimpinan Guan Eng yang dibayangkan sebagai "Khalifah" oleh penganut PAS!.

sumber : mykmu.net

default

Pak Ibrahim saman RM 2 juta terhadap tuduhan fitnah Saifuddin Nasusion dan PKR

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Padan muka buat Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasusion yang fitnah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali ada saham dalam syarikat judi, Ascot Sports milik ahli perniagaan Vincent Tan.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa memfailkan saman fitnah berjumlah RM2 juta terhadap , Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berhubung kenyataan yang didakwa memfitnahnya.

Ibrahim juga berkata, tindakan memfailkan saman merupakan sesuatu yang baru memandangkan beliau tidak pernah berbuat demikian sejak menyertai politik 25 tahun lalu.

“Saya seorang gentleman. Tetapi perkara ini melampau. Mereka cuba memusnahkan reputasi saya di mata orang kampung. Mereka perlu dihentikan.

“Apa sahaja tuduhan perlulah benar. Jika mereka mahu menuduh seseorang, mereka perlu selidik dahulu. Jika benar, ia tidak mengapa,” katanya.

Beliau juga memaklumkan akan mengambil tindakan serupa terhadap Suara Keadilan yang menyiarkan kenyataan itu pada edisi minggu 27 April ke 4 Mei lalu dan saman dijangkakan difailkan esok.

default

12 rakyat Malaysia dibebaskan dari tahanan Israel

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

TERBARU:Semua 12 rakyat Malaysia dari Kapal Mavi Marmara yang ditahan Israel sudah dibebaskan pagi Rabu waktu Malaysia.Mereka kini berada di sempadan Jordan.Mereka dibawa menaiki bas melintasi Jambatan Allenby di Tebing Barat masuk ke Jordan.Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Aziz menyambut ketibaan mereka di situ.

Wartawan Astro Awani,Ashwad Ismail telah membuat laporan lintas langsung menceritakan pembebasannya dari lokasi itu menerusi Awani Global pada jam 12.15 tengahari sebentar tadi.Antara lain kata Ashwad semasa serangan Israel keatas Mavi Marmara dua anggota misi rakyat Turki dekatnya telah terkena tembakan dan dia sempat menyelamatkan diri. - 12.30 tgh 2/6/2010

default

PAS For All sepert kaduk naik junjung bila dengar saja nama Israel

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Apabila Armada Kapal Kecil Bantuan Ke Gaza diserang oleh kafir yahudi laknatullah, jutaan umat Islam di dunia mengutuk serangan tersebut dan marah terhadap kekejaman bangsa yahudi yang berpaksi di Israel. Ini termasuklah di Tanah Melayu ini sendiri.

Ramai pemimpin-pemimpin Umno serta kerajaan termasuklah Perdana Menteri sendiri telah mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman regim zionis.

Banyak juga pihak yang berura-ura untuk mengadakan perhimpunan membantah Israel dihadapan kedutaan-kedutaan asing bagi menunjukkan ketidak puasan hati mereka terhadap tindakan Israel. Begitu juga dengan solat hajat serta perhimpunan membaca doa di masjid-masjid.

Pemimpin-pemimpin serta jemaah-jemaah Pas juga tak ketinggalan didalam menganjurkan perarakan dan majlis solat hajat mereka.

Spy seboleh-bolehnya langsung tak mahu mempolitikkan hal ini. Namun setelah spy terbaca didalam beberapa blog Pas dan juga laman sosial FaceBook ahli Pas yang mengaitkan kekejaman yahudi/Israel ini dengan pihak kerajaan dan juga Umno, terdetik juga "nafsu jahat" spy.


Inilah beruk2 PAS seperti kera kena belacan bila sebut saja Israel

Sebelum ini, banyak pemimpin-pemimpin Pas seperti Pok Nik, Husam, Md Sabu, Mahfuz dan juga beberapa ekor lagi selalu menyamakan kerajaan dan juga Umno dengan Israel serta yahudi.

Apa yang mangkuk-mangkuk tingkat didalam Pas ni tak kata pada DS Najib ? Apa beruk-beruk berserban Pas ni tak kata kat Tun Mahathir ? Kalau boleh, semua depa nak londeh habis termasuklah hingga seluar dalam sekalipun. Macam lah depa tu bagus sangat.

Tapi yang spy tengok disini, yang jadi Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) untuk mengumpul bantuan ke Gaza tu adalah Tun Mahathir.

Tun Mahathir yang puak-puak jumud Pas dok hentam selama ni sampai ada yang panggil dia FIRAUN tulah yang selama ni sibuk menguruskan dan menggerakkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

Mana dia ulamak-ulamak mahsyur Pas semua ??? Sekupang pun haram tak huluq bhaii.... Dok maki kerajaan lagi ada laaa.... Ada yang tua sorang tu pulak, kalau bab doa bagi pecah perut..., doa suruh tuhan turun bala kat orang Umno..., doa tak bagi masuk syurga..., dan doa mencelakokan orang Umno, memang dialah yang paling "champion".

Tapi spy kata, orang tua Pok Nik ni bukan cerdik sangat punn.

Kalau betul dia rasa dah setaraf dengan wali dan doa dia makbul setaraf dengan sahabat nabi, lagi bagus dia berdoa supaya semua bangsa yahudi di Israel tu mampuih habis. Doakan saja pemimpin-pemimpin yahudi yang memusuhi Islam tu supaya pecah perut kesemuanya.

Yang tu barulah betul membela umat Islam. Kalau setakat dok melalak kat sesama melayu dalam negara sambil teloq dok kena picit dengan Lim Kit Siang tu buat apa?

Yang pencacai bloggers depa pun hari-hari dok maki Tun Mahathir sedangkan orang tua tu lah yang banyak jasa kat depa sampai dah nak beruban atas bawah pun.

Tun Mahathir dan juga beberapa kerat pemimpin-pemimpin kerajaan ada juga sumbangan untuk masyarakat Islam di Palestin, yang bloggers pencacai Pas ni bagi sumbangan apa? Sebutir nasik pun takdak bhaiiii....

Spy rasa lepas ni tak payahlah "penyamun-penyamun" didalam Pas dok bercerita tentang Palestin ataupun kekejaman Israel. Elok puak-puak ni tarbiyah diri depa balik untuk memperbetulkan aqidah perjuangan Islam sendiri dulu.

Hari ni spy boleh berbangga dengan "the living legend" Tun Mahathir kerana menjadi penggerak utama kepada bantuan keamanan untuk Gaza. Dan spy amat berbangga kerana dapat hidup dan pernah berada dibawah kepimpinan hebat beliau.

Walaupun Umno dan kerajaan dihentam, dimaki, dihamun, serta dilontarkan dengan pelbagai persepsi buruk, spy tahu ada seorang manusia melayu/Islam yang pernah dan masih lagi berbakti untuk kesejahteraan Agama, Bangsa dan Tanahairnya.

Semoga Allah swt panjangkan usianya dan diberikan keberkatan kepada seluruh keluarganya.

Hidup Tun Mahathir



sumber : spy leman mykmu

default

Bila sebut Zionis , Anwar lah orang paling rapat dengan mereka

on Tuesday, June 1, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



default

Bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman Zionis Israel

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Khairy Jamaluddin mengetuai bantahan 200 orang
Pemuda BN di Pejabat perwakilan PBB di KL










Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mengetuai NGO2 Melayu seramai 300
membuat bantahan di hadapan Kedutaan US

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps