KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan Rally 1Malaysia bagi memperjelaskan dasar kerajaan dan mendapatkan maklumbalas terhadap pelaksanaan dasar daripada rakyat.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata program itu adalah sebagai terjemahan aspirasi dan sokongan Pemuda terhadap gagasan 1Malaysia.
Beliau berkata program itu yang disasarkan mendapat penyertaan lebih 15,000 orang termasuk golongan belia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Jun ini di Stadium Putra Bukit Jalil.
"Dalam program ini, kita akan turun ke bawah membawa mesej kerajaan serta untuk mendapatkan maklumbalas terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan apa yang akan dilaksanakan. Untuk program ini juga, kita menawarkan pengisian yang mampu menarik minat dan menzahirkan kreativiti rakyat khususnya orang muda.
"Jadi kita fikir ini adalah perkara baik yang perlu disertai oleh semua tidak kira bangsa dan agama. Ini bukan soal politik, tetapi kebangsaan. Yang penting kita nak tahu pemahaman dan harapan mereka mengenai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk Pemuda Umno di sini.
Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program itu turut diselitkan dengan program bantahan terhadap kekejaman rejim Israel yang menyerang satu daripada sembilan kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
"Kita akan lancarkan satu program bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis menerusi SMS dan sumbangan menerusi SMS itu akan kita salurkan kepada Tabung Untuk Gaza yang dianjurkan Wisma Putra. Pada masa ini, kita masih berbincang dengan pihak telco.
"Kita harap semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa bersama-sama mendoakan keselamatan 12 rakyat Malaysia yang kini berada di Jordan serta kumpulan yang masih berada di perairan dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel itu," katanya yang menjangkakan SMS itu dapat dilancarkan Jumaat ini.
-- BERNAMA
Pemuda BN Dan NGO Anjur Rally 1 Malaysia
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2010
(308)
-
▼
June
(51)
- DAP sampai kiamat anti negara Islam
- Shahidan Kassim tempelak pembohongan dan fitnah ul...
- Nisbah 40 : 1 , Belia Melayu wajib daftar segera ...
- Gempar !! Dokumen ladang babi mega Pakatan didedah...
- Nurkilan spy leman dalam isu Hadi Awang pengganas
- Anwar di Washington minta kembali sokongan Zionis
- Anwar ke Amerika pulih imej , membetulkan tuduhan ...
- Krisis PKR Selangor : Kem Azmin Ali VS Khalid Gagap
- Nasrudin Tantaik keluar fatwa ulama dilarang serta...
- PKNS bazirkan duit RM 500 ribu untuk publisiti bo...
- Wee Choo Keong belasah PAS Kelantan dan Anwar dala...
- PB sokong kajian AIDC wajib dibukukan
- Jentera UMNO yang mana nak buat kerja serang pemba...
- Anwar bohong tuduh ancaman JI helah BN
- Ahmad Maslan tempelak Anwar dalam isu FELDA
- Bukti artikel di Blog Anwar pro Zionis
- Tiba masa menyerang balas pembangkang habis -habisan
- Skandal Pasir : Kerajaan negeri Selangor bohong !
- Bila Mr Bean PAS bebal cadang nama kucing PM
- Najib mahu komponen BN tumpu berperang dengan pemb...
- 40 tahun UKM berjasa melahirkan profesional Bumip...
- Najib dan saya berfikiran reformis , pertahanka...
- Kelantan Fiesta disabotaj PAS , rugikan usahawan ...
- Zahrain tidak terkejut penafian Anwar dalam video ...
- Kerajaan tidak akan bina bangunan Parlimen baru RM...
- DAP hilang satu kerusi DUN di Perak
- Dr Mohamed Mustafa Ishak Naib Canselor UUM baru
- 15,000 golongan muda hadir ke Rally 1 Malaysia
- Kerajaan BN lebih baik memerintah , dunia mengikt...
- Akhirnya PAS mengaku tak mampu laksana undang2 Islam
- Mr Bean PAS yang bebal dan bahalol
- PAS bakal mendapat Timb Presiden Wanita PAS
- MP UMNO bergaduh dengan pembangkang pertikai isu...
- Soi Lek cuba jadi hero isu lesen gula , minyak mas...
- Pemuda BN Turun Padang Program Jelajah 1Malaysia
- Putar Belit Mr Bean dan Azmin Ali dalam Parlimen d...
- Malaysia bersatu mengecam kezaliman rejim Zionis
- Anwar sahkan dia proksi kepada Zionis Israel
- Pemuda UMNO dan NGO bantah kezaliman Israel
- AMAN Malaysia & Pemuda UMNO lancar " SMS Untuk GAZA "
- Isu Malaysia bangkrap , Idris Jala punca imej ker...
- KJ tidak kecewa , harap penyokong jangan komen lagi
- Kepada PM , jangan lupa KJ sampai kali ketiga
- Skandal Pasir : 3 bulan sahaja ditubuhkan bonus da...
- Pemuda BN Dan NGO Anjur Rally 1 Malaysia
- Pemuda UMNO Sabah desak KJ diberi jawatan kabinet
- Pak Ibrahim saman RM 2 juta terhadap tuduhan fitna...
- 12 rakyat Malaysia dibebaskan dari tahanan Israel
- Bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman Zionis...
- Kezaliman kerajaan DAP , Kafe DOREMI dirobohkan
- Pemuda UMNO bantah serangan rejim zionis Israel te...
-
▼
June
(51)