..

..

Najib dan saya berfikiran reformis , pertahankan DEB dalam RMK - 10

on Friday, June 18, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempertahankan keputusan kontroversi kerajaan pusat untuk mengekalkan sasaran 30 peratus ekuiti bumiputera dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).




Mengakui bahawa ia bertujuan untuk keselesaan "sesetengah pihak", beliau menegaskan bahawa Perdan Menteri Datuk Seri Razak Tun Razak telah melihat ketirisan serta kelemahan dalam program-program tindakan afirmatif lama dan sudah bersedia untuk membuat
pembaharuan yang berani.

Bercakap dalam forum yang membincangkan mengenai RMK10 di universiti UCSI di ibunegara semalam, Khairy menyifatkan dirinya dan perdana menteri sebagai golongan reformis - membezakan diri mereka daripada golongan ortodoks.

Khairy berpandangan bahawa RMK10 telahpun mengenal pasti sasaran tersebut yang tidak munasabah lagi, tetapi dikekalkan untuk keselesaan sesetengah pihak. Lebih penting lagi, katanya, pendekatan baru yang akan diambil, termasuklah yang berasaskan merit, mesra pasaran, telus serta kriteria yang telus dan adil.

Menurutnya, jika semua itu diikuti, maka ia boleh menghasilkan pembangunan yang mampan dan masyarakat bumiputera yang berdaya saing.

Menurut Khairy lagi, rancangan lima tahun itu mengandungi banyak program untuk membantu 40 peratus keluarga miskini, tanpa mengira kaum. Bagaimanapun, pakar ekonomi DAP yang bercakap di forum yang sama, Tony Pua, tidak sehaluan dengan pandangan Khairy itu.



Beliau berpendapat bahawa keputusan kerajaan untuk mengekalkan sasaran ekuiti bumiputera hanya akan terus menguntungkan orang Melayu yang mempunyai hubungan politik dan bukannya golongan Melayu miskin yang memerlukan bantuan.

"Kami sebenarnya tidak ada masalah untuk orang Melayu mencapai 30 peratus kekayaan, tetapi dengan menetapkan sasaran 30 peratus ekuiti, ini telah menukar dinamik tindakan afirmatif tersebut," kata Pua.

Katanya, apa yang berlaku ialah apabila sasaran itu dibuat mengikut kaum, maka mereka yang mempunyai hubungan baik dan mampu bersaing, akan mendapat manfaat dari tindakan-tindakan afirmatif tersebut. Beliau mendakwa, sasaran ekuiti 30 peratus bermakna kerajaan akan memberikan lebih banyak projek kepada mereka yang mempunyai berhubung yang baik.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.