Dr Mohamed Mustafa Ishak Naib Canselor UUM baru

on Monday, June 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 14 Jun - Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak dilantik sebagai Naib Canselor baru Universiti Utara Malaysia (UUM) menggantikan Tan Sri Dr. Nordin Kadri yang akan bersara setelah berkhidmat selama lima tahun.

Dr. Mohamed Mustafa, 50, telah berkhidmat dengan UUM selama 25 tahun, sebelum ini menjawat jawatan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Pelantikan beliau untuk tempoh tiga tahun mulai 16 Jun ini hingga 15 Jun 2013 diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Mohamed Mustafa berkelulusan Ph.D (Sosiologi Politik) dari University of Leeds dan MA (Politik) dari University of York, England.

Beliau merupakan staf akademik awal UUM yang memulakan kerjaya akademik dari peringkat bawah sebagai seorang tutor dan kemudiannya sebagai pensyarah sehinggalah dilantik sebagai profesor dalam bidang politik dan pengajian antarabangsa.

Beliau turut dikenali kerana sering menulis dan memberikan pelbagai komentar dan analisis politik nasional dan antarabangsa kerana kepakaran beliau sebagai seorang profesor dalam bidang sains politik dan hal ehwal antarabangsa.

Dr. Mohamed Mustafa turut memegang jawatan sebagai ketua kluster politik, keselamatan dan hal ehwal antarabangsa Majlis Profesor Negara di peringkat nasional dan Presiden Persatuan Pengajian Antarabangsa. — Bernama


Komen PB

PB mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Mohamed Mustafa dilantik menjadi NC UUM yang baru . PB mula mengenali dan meminati Dr Mohamed Mustafa Ishak ini apabila beliau sering mengulas isu politik semasa negara di Utusan Malaysia dan di kaca TV dan lebih penting beliau seorang ahli akademik dan intelektual yang berjiwa Melayu dan menyokong kerajaan !!

Tahniah UUM mendapat NC baru seperti Dr Mohamed Mustafa !!


One Response

  1. Anonymous says:

    Saya dimaklumkan yang UUM akan menubuhkan sebuah orkestra,dan Dr. Muhamed Mustafa sendiri adalah seorang yang teliti dan arif soal muzik.Ingin diingatkan yang rata-rata warga orkestra yang ada di negara yang nak diubah ini adalah penyokong kuat abang non.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.