..

..

Zahrain tidak terkejut penafian Anwar dalam video skandal seks Elizabeth Wong

on Friday, June 18, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

KUALA LUMPUR 17 Jun – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan pernah melihat atau memiliki video yang mengaitkan skandal seks Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Zahrain yang merupakan salah seorang ahli Konsensus Bebas berkata, beliau sanggup bersumpah bahawa Anwar pernah memberitahunya pada satu taklimat sebelum ini yang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah melihat gambar dan video berhubung skandal mengaitkan Elizabeth.

“Kalau dia nak nafikan, biasalah itu dia punya kepakaran. Saya sanggup bersumpah yang dia pernah kata dalam satu taklimat bahawa dia bukan saja pernah tengok gambar malah video (seks) Elizabeth juga,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Zahrain bersama Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengadakan sidang akhbar itu ekoran kenyataan Anwar sebelum itu yang menafikan beliau pernah melihat atau memiliki video seks berkenaan.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menegaskan bahawa Anwar memiliki dan pernah melihat video seks membabitkan Elizabeth itu.

“Saya mengesahkan bahawa saya ada sama ketika taklimat itu dibuat di Parlimen dan sekali gus mereka cuba mempengaruhi kami semua untuk menyelar Elizabeth.

“Dia memang ada kata dia bukan saja melihat gambar tetapi juga video berkenaan. Kami percaya apa yang dikatakannya memandangkan dia adalah ketua pembangkang,” katanya.

Zulkifli berkata, pihaknya akan mendedahkan siapa lagi yang telah hadir semasa taklimat bersama Anwar itu diadakan sebelum ini.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.