Ahli PAS Alor Setar sertai UMNO , PAS semakin gelabah

on Tuesday, May 25, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




ALOR SETAR 25 Mei - Seramai 51 ahli Pas dalam bahagian Alor Setar bertindak keluar parti dan menyerahkan borang menyertai UMNO malam tadi.

Permohonan tersebut diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada majlis Ceramah Rakyat di Alor Penyengat, dekat sini.

Penyerahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Alor Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, yang telah memohon menyertai UMNO pada 11 Mei lalu.

Serentak dengan itu juga, Ahmad Bashah mengumumkan penubuhan cawangan UMNO Alor Penyengat yang merupakan kubu kuat Pas selama puluhan tahun. - Utusan


Komen PB

Kalau sebelum ini kita hanya dengar ahli PKR sahaja keluar parti , kini ahli PAS juga turut sama yang keluar parti kerana semakin kecewa dengan kepimpinan PAs hari ini yang menjadi kuda tungangan DAP dan PKR . Satu perkembangan yang menarik untuk politik di negeri Kedah sekarang ini yang panas dengan kononnya Dun Kedah akan dibubarkan .

Ini membuktikan PAS kini sudah kehilangan undi orang melayu apabila lebih liberal dan mengadai prinsip demi mencapai hasrat gilakan kuasa politik.

PAS lebih gilakan sokongan bukan melayu,mereka sanggup kehilangan undi orang melayu demi mencapai matlamat mendapatkan sokongan bukan Islam . Baru baru ini PAS telah berjaya menubuhkan satu sayap parti yang boleh disertai oleh bukan Islam malah ahlinya yang bukan Islam turut sama boleh memegang jawatan didalam parti. PAS kini telah menjadi parti multracial sama seperti PKR dan DAP .

Mengenai penghijrahan ramai ahli Pas yang keluar parti untuk menyertai UMNO di Kedah ini , sebenarnya bukan kerja senang mahu tarik sokongan daripada ahli2 PAS di Kedah menyertai UMNO. Ini kerana sikap ahli PAs di Kedah ini tidak ubah seperti ahli PAS di Kelantan yang begitu taksub terhadap PAS. PB sendiri mempunyai saudara mara di Kedah yang cukup taksub menyokong PAS dan ia bukan kerja mudah untuk pengaruhi mereka sertai UMNO .

Jadi, syabas PB ucapkan kepada UMNO Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Shafie dan Datuk Ahmad Bashah yang bekerja kuat untuk menguatkan semula UMNO di Kedah .



5 Responses

  1. AKU BENCI PAS

    Jom pakat panggil, "Parti Aslam 1Malaysia"

    Aku tak mahu Islam dihina

  2. Kesedaran dan kebenaran tiba serentak. Sedar bahawa Pas bukan seperti dahulu lagi. Benar,Umno berjuang untuk bangsa dan agama. Keselamtan negara perlu beada dibawah kawalan BN. PR berjuang untuk pemimpin dan parti ini mengutamakan keluarga dari ahli.

    Mana2 bekas ahli parti Umno kembalilah membantu Umno untuk mengekalkan kuasa politik melayu.

  3. xpas says:

    kafir dibenarkan mengundi dalam pas. nampaknya nik ajis berpeuang jadi presiden pas sebab kafir memang suka nik ajis daripada hj. hadi.

    presiden pas akan ditentukan undi kafir. lebuh le negara Islam, lebuh le hukum hudud.

    goodbye pas, pas for all, pas will fall

  4. Anonymous says:

    PB-Alhamdulilah sukur kita kapada Allah dengan nikmatnya mula menunjukan kebaikan kapada kita dan yang buruk mulai luntur.itulah hikmah AL-Fatihah dalam solat "kapada Engkau kami sembah,kapada Engkau kami pohon", tunjukilah kami jalan yang lurus".baliklah wahai saudara-saudara ku sebangsa dan agama bersatu.tinggalkan semua pembohongan yang lalu untuk kebaikan cucu cicit.

  5. Anonymous says:

    Sabenarnya, ahli PAS yang jadi calon dan Wakil Rakyat saja yang tak boleh keluar parti. Kerana mereka telah berbai'ah,jika mereka keluar parti akan jatuh talaq 3 katas isteri mereka. Bagi yang isteri satu, memang takut.

    Tetapi, ahli2 biasa masih boleh keluar parti. Mereka tak ada bai'ah apa2. Jadi itu yang bertalu-talu ahli PAS Kedah lari masuk UMNO. Yang takumum banyak lagiii... Dari parti PKR lagi banyak.

    Alhamdulillah lah, berkat doa ulamak2 di Kedah hati ahli2 PAS terbuka luas dan mereka sedar bahawa Kerajaan PR/PAS dan kepimpinan PAS, terutama yang dari gulungan ardegon (di Kedah diketuai oleh Mahfuz), mereka amat memberncinya. Sebab mereka memikirkan PAS gulungan tersebut yang bersekongkol dengan PKR dan DAP telah membawa PAS menjadi gila dan tak ketahuan hala perjungannya. Depa kata, kerana gulungan ini nak sangat mencari pengaruh dikalangan kaum lain, sampai lupa dengan perjuangan asal memperjuangkan Islam.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.