Bila Anwar nak gadai TPM kepada Cina jika Pakatan menang PRU 13

on Saturday, May 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

TPM bakal menjadi milik LKS dan Guan Eng jika Pakatan memerintah negara ini

KUALA LUMPUR 28 Mei - Masyarakat Cina diingatkan tidak mudah terpedaya dengan gimik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji melantik Timbalan Perdana Menteri di kalangan kaum itu jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling meskipun tawaran itu kelihatan 'menarik' bagi kaum berkenaan namun ia hanya akan mengundang implikasi paling buruk dalam konteks perpaduan antara kaum.

Jika itu yang berlaku, katanya, Malaysia akan berhadapan dengan krisis pertelingkahan kaum serta politik paling hebat dan sekali gus boleh melumpuhkan sistem ekonomi negara.

''Saya bercakap atas dasar fakta. Anwar dan rakan-rakannya sibuk memperjuangkan dasar kesamarataan tetapi adakah mereka tahu kesannya kepada negara? Adakah strategi politik seumpama ini memberi faedah kepada negara?

''Selama ini kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Orang Asli hidup dalam keadaan harmoni dan ini adalah hasil daripada wujudnya struktur pemerintahan seperti sekarang. Adakah kita mahu korbankan keharmonian ini semata-mata mahu menjayakan permainan politik sempit Anwar?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gimik politik terbaru Anwar yang dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang disiarkan 26 Mei lalu berjanji akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Dalam pada itu, Zainal berkata, meskipun kaum Cina tidak diberi memegang jawatan nombor dua dalam Kabinet, kerajaan tidak pernah sekalipun mengabaikan masa depan mereka malah kaum berkenaan telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membina kekayaan tanpa sekatan.

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain pula berkata, tindakan Anwar itu boleh mencetuskan ketidakstabilan politik secara berpanjangan kerana ia didasari pada satu sistem yang tidak realistik.

''Mengapa saya berkata demikian? Ini adalah kerana tindakan Anwar itu langsung tidak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang mana ia telah mengambil kira kepentingan semua kaum,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau amat berharap kaum Cina di negara ini tidak mudah terpedaya dengan gimik politik terbaru Anwar.

''Janganlah kita korbankan kesenangan dan kemewahan yang dikecapi sekarang semata-mata untuk memenuhi hasrat politik Anwar,'' ujarnya.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai satu bentuk strategi politik terbaru khusus untuk meraih sokongan kaum Cina.

''Apakah muslihatnya hanya Anwar sahaja yang tahu. Persoalannya sekarang adakah Anwar benar-benar akan menunaikan janjinya?

''Berbanding kerajaan sekarang polisinya lebih terbuka dan jujur. Selama ini pun pemimpin kaum Cina tidak pernah disisihkan. Mereka sentiasa diberi peluang memegang pelbagai jawatan penting dalam Kabinet,'' katanya lagi.


SOKONG PAKATAN BERMAKNA ANDA SOKONG DAP MENJADI TPM


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.