lokasi bakal tanah Malaysia ini cukup tinggi mencecah
jutaan ringgit di Marina Bay . Kalau kekalkan Tanjung
Pagar station tak dapat bangunkan pun kawasan itu , tetapi
tanah di sini boleh dibangunkan dan ia memberi pulangan
jutaan ringgit kepada negara.
jutaan ringgit di Marina Bay . Kalau kekalkan Tanjung
Pagar station tak dapat bangunkan pun kawasan itu , tetapi
tanah di sini boleh dibangunkan dan ia memberi pulangan
jutaan ringgit kepada negara.
Marah betul penulis seperti Pena Minang dan orang yang komen di sini (di penghujung artikel)
Ada yang kata selepas Abdullah Badawi beri percuma minyak kepada Brunei, kenapa pula Najib pun jadi bodowi?
Terpulanglah pendirian anda.
Mereka kata PM Najib kena tipu dek Singapork, menggadai harta negara dan sebagainya.
Biar saya beri pandangan sebagai warga Selatan yang mempunyai status penduduk tetap Malaysia. Seorang yang duduk di Temasek dan juga KL. Dan yang sayang terhadap kedua-dua negara.
Tak semestinya pandangan ini benar. Itulah saya panggilnya 'pandangan' dan 'perspektif', bukan 'fakta dan 'dalil'.
Apabila kedua-dua negara berpecah - Malaysia menghalau Singapork - tertinggal beberapa isu yang dulunya no problem kerana dalam satu negara.
Kontrak air, Pedra Branca (kerana Singapork dan menang pulau ni cara adil, kami tak panggil pulau ni Batu Putih, tapi namanya yang kami di Temasek lebih suka, the historic name, Pedra Branca), isu pesawat pejuang RSAF terbang di angkasa Johor, dan ada lagi beberapa yang lain.
Dalam perjanjian yang saya faham stesen Keretapi Tanah Melayu itu wajib digunakan sebagai stesen keretapi saja.
Dan selagi stesen itu digunakan, tanah di situ dan semua tanah railway line dari Tanjung Pagar hingga ke Woodlands, Singapore tak boleh kacau langsung.
Tapi Malaysia pun TIDAK BOLEH membangun tanah itu menjadi benda lain. Misalnya, KL tak boleh suka-suka tutup stesen selama lima tahun sebab nak mendirikan bangunan 50 tingkat kat atas tanah itu, dan di bawahnya ada stesen keretapi.
Apabila berhenti saja stesen itu digunakan sebagai stesen untuk tren, tanah itu dan tanah railway line hingga ke Woodlands akan pindah ke tangan Singapork.
DAPAT TANAH MARINA BAY - MAHAL OI!
Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dulu dah buat perjanjian lain untuk menyerahkan tanah itu kepada Singapore dengan diganti tanah lain. Beliau sign dengan Lee Kuan Yew.
Jadi pada saya, apa yang dilakukan oleh PM Najib itu sesuatu yang bijak.
Apapun ia hasil dari apa yang Daim dah sign. Najib hanya kena ikut perjanjian.
Macam Badawi dah beri minyak tu kepada Brunei, Najib tak boleh buat apa-apa.
Yang lebih penting ialah ini:
Dulu, sehingga dunia kiamat pun stesen itu akan tetap stesen yang pekak dan tua.
Kamu di Malaysia pernah pergi ke Stesen Tg Pagar ini?
Satu Singapore tertawakannya sebagai 'tanah Malaysia' (Malaysia's land).
Beberapa tahun lalu, saya bawa rakan makan tengah hari di situ. Komen beliau: Ini betul-betul macam Malaysia, car park tanah tak rata, kantinnya kotor. Orang parking sebarangan.
Tempat tu kotor macam kat longkang Datuk Keramat. Maaflah, tapi Keramat ni tempat saya, jadi saya nak marah pun tak apa. Nak makan pun takut, atau kita buat tak nampak tempat tu kotor.
Di dalam stesen tu ada 3-4 gerai makanan Melayu yang popular dengan orang Melayu. Tapi punyalah kotor, buat malu Malaysia.
Pemerintah Singapork tak boleh kata apa-apa sebab itu tanah Malaysia. Temasek tak boleh kasi warning tentang kekotoran dalam stesen tu sebab tanah Malaysia.
Kerja pembersihan tugas KTM.
Kini, PM Najib akan menguntungkan (ini pendapat saya) negara Malaysia.
Ini kerana tanah di Tg Pagar ni (dalam kawasan parlimen MP paling terkenal di Singapore, Lee Kuan Yew) dah naik harga hingga mencecah berjuta dollar/ringgit.
Tapi Malaysia tak dapat mendapat keuntungan jika stesen tetap stesen. Sebab perjanjian hanya membenarkannya menggunakan tanah itu sebagai stesen keretapi.
Brader dan datin,
Zaman low-cost airline ni, ramai lagi ke orang naik keretapi ke Singapork?
Zaman kereta laju, empat jam boleh pandu kereta dari KL ke Orchard Road. Ini bukan zaman P.Ramlee.
Zaman bas express, kamu nak ke Orchard masih nak naik train ke? Sedikit betul orang yang naik train tidak seperti dulu.
Walau ada nostalgia, Malaysia akan untung berjuta-juta ringgit jika 'beri' tanah itu kepada Singapura.
Sebab bukan pemberian percuma.
Malaysia dapat tanah yang sama harganya dengan market price tanah Tg Pagar Station itu!
Tanah yang akan diberikan ialah di Marina Bay. Financial district Singapork baru yang sedang naik!!!
Guarantee dalam tahun-tahun di hadapan harga tanah ini akan melambung, dan Malaysia boleh jual.
Atau membina bangunan pencakar langit, lepas tu disewakan! Dan Malaysia akan dapat membangun tanah di Bukit Timah dan Kranji yang kini hanya tanah keretapi dan tak boleh digunakan buat benda lain. Kamu buatlah kondo atau office block. Tentu banyak untung.
Dan antaranya lagi, pembangunan tanah dilakukan bersama dengan Singapore.
Dalam isu ini, kalau pegawai Malaysia bodoh tak pandai negotiate, memang betullah kena tipu. Tapi secara prinsipnya, ia baik untuk kedua negara, pada pendapat rusagurun di Tucson.
Dan Malaysia juga dapat tanah lagi dekat Ophir Road, tempat business kelas sederhana di Temasek.
Beb, tanah di Singapore dari saya kecil hingga 50 tahun ni, naik gila-gila. Kamu dapat hari ini, jika dapat buat bangunan lepas tu sewakan atau dijual, guarantee untung.
Jadi terpulanglah.
Kamu nak nostalgia ada stesen usang dan kotor, buat malu nama Malaysia dan Melayu.
Atau dapat tanah bernilai berjuta dan boleh dimajukan bersama.
sumber : remgold
Link
Penjelasan Dato Shahrir Samad mengenai isu tanah KTMB di Singapura
Bila fikir soal kedaulatan negara jgn fikir untung ekonomi sahaja.
Tanah yg strategik di Singapura umpama buah bidak dalam permainan catur. Walaupun nampak tak kuat tetapi jika berada di hujung petak chess lawan, boleh tukar jadi queen.
Kita yg bodoh sebab tak manfaatkan stesen keretapi menjadi sesuatu yg berguna. Contohnya utk membawa pekerja Malaysia ke Singapura ataupun utk membawa pelancong ke Malaysia.
Jika kita panjangkan landasan di Senai terus ke Airport Senai, dgn mudah kita boleh capture market Singapore utk ke Airport Senai dgn membawa penumpang dari Tg Pagar terus ke Senai. Di Tg Pagar kita boleh buat virtual airport mcm KL Sentral ke KLIA.
Sekali lagi kita bodoh kerana serah tanah KTMB. Singapore pandai sebab still hold lagi empangan air di JB.
Leftenan adnan maafkan kami krn perjuanganmu mempertahankan tanah melayu singapura dgn titisan darahmu disia siakan oleh anakbangsa kami yg hnya fikirkan keuntungan,tangisan anak warga ktm yg menyentuh hati kami yg terpaksa meninggalkan sekekang baki tanah melayu yg tinggal nostalgia amat memilukan.