Kebenaran disebalik 30 % Ekuiti Bumiputra di hapuskan dalam sektor perkhidmatan ? jawapan & pendapat

on Friday, April 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments

1. Kerajaan telah menghapuskan 30% syarat ekuiti bumiputra untuk 27 jenis perkhidmatan sub-sektor dengan serta merta selaras liberalsasi perdagangan Asean untuk merancakkan lagi industri sektor perkhidmatan.Ini adalah salah satu strategi menarik lebih ramai pelabur untuk membuat FDI ke dalam pasaran negara kita.

2.Antara sektor perkhidmatan yang terlibat antaranya kesihatan & perkhidmatan sosial,perkhidmatan pelancongan,perkhidmatan pengankutan,perkhidmatan perniagaan ,perkhidmatan consultant komputer dsb.

3. Sub sektor kebanyakkan nya terdiri daripada perniagaan kecil,setengahnya di kuasai majoritinya oleh bumiputra dan sebahagian lagi bumiputra hanyalah sebagai sleeping partner yang tidak aktif.

4. Apakah yang di maksud kan 30 % ekuiti bumiputra? contoh nya jika syarikat Tesco atau pun Jusco ingin melabur di Malaysia,sebelum ini mereka perlu memenuhi syarat pemilikan bumiputra sebanyakan 30% sebagai syarat sebelum membuat pelaburan.

Ini tidak termasuk syarikat yang terlibat dengan kontrak kontrak atau tender kerajaan( yang harus ada bumi status) atau pun perkhidmatan yang mempunyai sensitiviti politik seperti perkhidmatan penerbangan, utiliti & peruncitan.

(WSJ) Mr. Najib Wednesday told reporters in Malaysia's administrative capital Putrajaya that foreigners investing in parts of the service sector would no longer be required to take ethnic-Malay partners, who currently must own 30% of any joint venture. The newly opened sectors include health, tourism, and business and technology services, but don't include areas in which there is heavy state-involvement or which are politically sensitive, such as air travel, utilities and retail, where companies such as France's Carrefour SA and Britain's Tesco PLC have pushed for more access.

Syarat untuk bumi status masih kekal untuk mana mana syarikat yang ingin menyertai tender kerajaan


(Reuters-March 12)Deputy Prime Minister Najib Razak, who is slated to become premier on March 31, told the Financial Times that Malaysia could embrace some reforms such as liberalising the services sector but was not able to dismantle policies favouring ethnic Malays.

“We cannot have too drastic a move until people are ready for it,” Najib said in an interview published on Thursday



Manakah yang dikatakan hak bumiputra digadai?



"SYARAT"

5. Yang di hapuskan hanyalah syarat 30 % bumiputra, bukannya hak bumiputra, kita harus jelas tentang isu ini, jangan lah membabi buta terus menyerang tanpa usul periksa.rata rata dari ruangan blog & komen kebanyakan hanya melaungkan UMNO & DS Najib mengadaikan hak bumiputra.

6.Adalah tidak adil membuat tuduhan secara melulu seolah olah DS Najib telah membuat satu dosa besar.Barangkali rakyat tertanya tanya akan perihal nya isu ini tanpa penjelasan mengikut bahasa orang kebanyakan,yang ada cuma petikan penjelasan dari akhbar2 yang bahasa nya terlalu ilmiah hingga ada yang tersalah faham.

7. Salah satu tujuannya adalah didalam kerangka 1Malaysia yang menjadi moto DS Najib, ini menunjukkan DS Najib merealisasikan rancangan nya,cakap serupa bikin.


8.Kita harus tahu DS Najib sekali lagi telah checkmate PR melalui konsep kesamarataan Malaysia Malaysian,dengan tidak sama sekali mengadaikan hak bumiputra.


9.Pisau berharap rakyat berlapang dada dan jelas akan isu ini,kita tidak kehilangan apa apa cuma selepas ini syarat pemilikan 30% tidak ada,dan ini adalah salah satu faktor untuk merancakkan ekonomi & FDI.


source : http://pi5au.blogspot.com

"Para pelabur sudah tentu tertarik dengan langkah liberalisasi itu yang memudahkan perniagaan kerana mereka tidak perlu lagi memikirkan soal 30 peratus ekuiti tempatan," Setiausaha Agung Persatuan Perdagangan dan Industri Kebangsaan, Datuk Syed Hussein Al Habshee

Bumiputera tidak terjejas - Najib
Malaysia jadi pemain utama


8 Responses

  1. Anonymous says:

    Yang di hapuskan hanyalah syarat 30% bumiputra..hehe

    It seems UMNO is gonna dead as you are not defending the Malays right. And why did the government do for in favor of Britain's Tesco PLC which if they come in into our country, they will try to monopolized the business sector. What will be and happen to our small orang Melayu yang ade kedai runcit.

    HoHo.

  2. AKARTA 23 April – Perdana Menteri memberi jaminan kaum bumiputera tidak akan terjejas berikutan dasar liberalisasi sektor perkhidmatan yang dilaksanakan kerajaan.

    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum bumiputera boleh mengambil bahagian dalam persaingan terbuka dan beliau yakin golongan berkenaan mampu melakukannya.

    “Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan berkenaan (pengusaha bumiputera). Mereka telah dan boleh mengambil bahagian dalam persaingan lebih terbuka. Bumiputera ada kemampuan dan tidak rasa bimbang mereka akan pupus dan kalah dalam persaingan,” tegasnya.

    Keputusan berkenaan juga tegas beliau, bukan dibuat secara terburu-buru, tetapi dilakukan selepas kajian yang lama, selaras komitmen Malaysia terhadap perjanjian dengan ASEAN.

    Berbanding negara lain, ujar beliau, Malaysia terbelakang dalam melaksanakan komitmen itu dan liberalisasi sektor perkhidmatan akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara ASEAN lain kerana ia bukan hanya sehala, tetapi pelbagai hala.

    “ASEAN pun akan buka, Malaysia ke belakang, Indonesia lagi terbuka, Indonesia boleh bersaing, apa yang tidak kena dengan Malaysia,” katanya.

  3. ha ha ha ha says:

    Ha ha h aha ha

    Aku tunggu laberilisasi saktor Automotive aje..penat lah bayar hutang....

    Harap buatan Malaysia..harga mahal nak mampus....mudah rosak pulak tu..kalau harga murah tu lain la ..

    Har ha ha ha ha ha

  4. Salamz...

    Cik Anon, bukan ke suku sakat cik anon jugak yang mintak mansuhkan DEB tu.

    Ni baru Pak Najib mansuhkan sikit syarat pegangan ekuiti tu, suku sakat yang sama jugak bising apa nak jadik ngan melayu la mampukah melayu bersaing la.

    Suku sakat anon tu nak apa sebenarnya?

    hahahaha

  5. mohahz says:

    ikut kajian ASLI, ekuiti bumiputra telah mencapai 45% pada tahun 2005,ia bertentangan dgn kata muhyidin pd 2006 sewaktu itu adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,iaitu ekuiti bumiputera skrg 18.9%.
    jika ASLI betul,maka thn 2009 dh meningkat berapa dah?
    kalau muhyidin betul,dh berapa thn DEB dilaksana,tp bumiputera cuma mencapai 18.9% pd 2006,pd 2009 brp plak?
    2 perkiraan ni menunjukkan ianya mmg ptt dh lama dimansuhkan,dan diganti pd dasar yg lebih kompetitif utk org melayu meningkat maju.

  6. Unknown says:

    exactly.. melayu ta akan hilang di dunia.. dont worry guys.. he knows what he's doing.. kalau jadi juga then barulah boleh nak kasi k..

  7. Anonymous says:

    AJK PKR Putrajaya ada di sini
    http://jamilismail.blogspot.com
    musang berbulu ayam spesis al juburi juga.

  8. ahli pemuda umno says:

    mungkin najib sudah fikir smpi masanya bangsa Melayu kita berani bersaing tanpa memerlukan pegangan ekuiti 30%

    kita lihat dulu kesannya dan drpd reaksi dewan perniagaan melayu semua positif menyokong usaha najib itu .

    tetapi blogger2 pakatan cuba menjadi batu api pulak dan persoal pulak apa yg Najib buat ini ??? mereka mahu panaskan org UMNO supaya benci Najib kerana mengubah dasar kepada liberalisasi mengikut arus peredaran zaman seiring dengan kehendak ASEAN .

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.