Oleh Kazman Kamal
Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan perlantikan empat pegawai baru bagi menggantikan pentadbir sedia ada dalam struktur organisasi pergerakan itu.
Empat pegawai sebelum ini iaitu Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim serta Setiausaha Kerja Pergerakan itu, Shahrul Zaman Datuk Yahya telah melepaskan jawatan masing-masing.
Manakala empat muka baru yang mengisi jawatan tersebut ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).
Dalam ucapan ketika majlis ringkas petang tadi, Khairy mengucapkan setinggi-inggi peghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga kepada pergerakan itu sebelum ini.
"Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada mereka yang akan meninggalkan Pemuda. Segala ilmu dan jasa yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi misi Pemuda hari ini.
"Dan kepada muka baru yang dilantik hari ini, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin bagi menjayakan transformasi di dalam UMNO khususnya sayap Pemuda", katanya.
Terdahulu sebelum itu empat pegawai berkenaan, Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja) mengangkat sumpah memegang amanah dan menjaga rahsia parti di hadapan Khairy Jamaluddin serta Datuk Razali Ibrahim.
Khairy seterusnya berkata dengan perlantikan itu juga, Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO yang akan dipengerusikan oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap.
"Saya berharap seluruh barisan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan", katanya.
Komen PB
PB mengucapkan tahniah kepada keempat pegawai baru Pemuda UMNO .Semoga mereka dapat menjalankan tugas dan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan bekerjasama sebagai suatu pasukan .Agak pantas juga gerak kerja yang ditunjukkan oleh Pemuda dan ini langkah yang baik . Pemuda harus segera bergerak ke depan kerana tugas dan misi menarik sokongan golonga muda ini cukup penting sebelum menjelang PRU 13 .
Khairy umumkan 4 pegawai baru dalam Pemuda UMNO
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
April
(18)
- Sinar masa depan bola sepak Malaysia masih lagi ada
- Isu Manohara
- Pertemuan sulit dan eksklusif
- Pak Lah sokong Ahmad Zahid
- Kebenaran disebalik 30 % Ekuiti Bumiputra di hapus...
- Lim Guan Eng bazir duit rakyat
- Kerajaan PR Pulau Pinang terus mengakibatkan ker...
- Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripa...
- DUN Penanti kini pilihanraya pulak ..
- Khairy umumkan 4 pegawai baru dalam Pemuda UMNO
- PP tidak tunaikan janji tetapi mahu naikkan tarif...
- Pemuda UMNO mahu menjadi " Suara Rakyat Malaysia "
- Kabinet baru tanpa Ketua Pemuda UMNO
- Anwar ceramah pengunaan kalimah Allah untuk tujuan...
- Video menarik PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau
- Blogger Pakatan kini sudah gelisah dan meracau de...
- Sokongan 200 orang beliau kepada jentera BN
- 3 DUN BEBAS kekal sebagai wakil rakyat
-
▼
April
(18)
Salam Sahabat...
Tahniah kepada pemegang-pemegang amanah yang baru...
Salam Perjuangan
Salam Setiakawan
BJ
Cabaran UMNO amat getir sekali..perbincanagn mengenai UMNO mestilah terbuka....jgn hanya retorik indah2 sahaja, puji-puja, akhirnya lingkup juga....
KJ seorang pemimpin yg berkarsime...aku amat mengkaguminya...cuma yg perlu KJ haruslah lbh terbuka dan dewasa dlm tindakan...walau aku bukan penyokong dan tidak akan sesekali menyokong UMNO (atas sebab2 tertentu,) namun sbg org N9 aku menghormatinya dan kagum dengan KJ...ya brovo KJ dan semoga saudara berjaya dlm misi anda....aku doakan, asalkan saudara jgn menyimpang dr landasan agama dan bangsa....moga KJ berjaya....insyaAllah...
benar. biar kalah tetapi bermaruah, dari menang tidak bermaruah.
jauhi rasuah. inilah yg memusnahkan umno, bn dan kerajaan. terimalah teguran walau pahit, daripada suapan gula-gula yang beracun.
cabaran UMNO memang getir tetapi kita sudah nampak perubahan di Bukit Gantang apabila undi Melayu kini sudah kembali ke UMNO
ibarat sireh pulang ke gagang ,orang Melayu tidak sanggup lagi ditipu lg oleh PAS dan DAP .Kita anggap di Bukit Gantang sebagai permulaan kebangkitan UMNO untuk kembali mendapat sokongan org melayu .
teruskan perjuangan Pemuda UMNO !! KJ kini akan membawa Pemuda ke zaman kegemilangan seiring dengan perkembangana zaman langit terbuka.
Saya walaupun bukan orang Negeri Sembilan tetapi menyokong anak muda ini untuk memimpin Pemuda .
Inilah peluang Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini untuk fokus memperkuatkan jentera Pemuda UMNO dengan lebih efektif.
Rapatkan barisan... jangan terpedaya dengan hasutan pembangkang yang cuba memecah belahkan pemuda Umno!!!
UMNO dan BN nampaknya amat daif dan lesu tak bermaya untuk berhadapan dgn jentera PR. UMNO /BN masih ditakuk lama yg mengharap bantuan media yg dikuasainya. media dikongkong dan tidak terbuka. rakyat bosan dan jijik membaca, mendengar berita yg hanya membodek,memuji-memuja UMNO/BN sahaja..sebab itu rakyat terpaksa mencari berita alternatif di internet yg jauh lbh bermaklumat dan byk memberi input serta pendedahan yg ekslusif...so peranan media tradisi makin lama terpinggir dan org sudah bosan dan x percaya lg....inilah kelemahan UMNO/BN..jgn ingat org percaya berita TV, berita surat kabar...maaflah....mcm saya sendiri..saya baca Utusan dan Berita Harian sekadar nak dapat berita sahaja...percaya ? tidak sekali...bbegitu juga TV, sekadar nak dengar temberang TV3 dan TV 1 jer.....percaya? tidak sekali....
itulah kelemahan UMNO/BN...pasti akan menerima kejutan lbh dahsyat di PRU 13...sama-sama kita nantikan....
Tahniah kepada semua yang dilantik, berusahalah menjalankan tugas dengan sempurna demi Islam dan umat Melayu di negara kita.
Jangan melongo dan terpongok saja. Buat sesuatu yang nampak Melayu semakin mempunyai daya tahan yang ampuh. Terutama pemuda UMNO.
apa yang bagusnya? semua orang dia la ni!
KJ ni patut berambus je dari umno, sial punya anak keling ni dok menagacau je!
Selamat Bertugas dan Selamat Memikul tugas dengan amanah dan jujur. Semoga dengan tugas yang diberikan dapat merakyatkan pemuda UMNO dan menguatkan UMNO dan membawa UMNO ke zaman kegemilangan
Salam Setiakawan