Isu Manohara

on Tuesday, April 28, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


"Keluarga saya akan ambil tindakan undang-undang (terhadap Istana Kelantan) jika kami masih tidak dibenar ketemu (berjumpa) dengan dia."

Demikian tegas Dewi Sariasi Pinot, 20, kakak Manohara Odelia Pinot, 17, bekas model terkenal Indonesia yang didakwa mengalami penderaan emosi dan fizikal setelah menjadi isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry.

"Harapan kami hanya mahu berjumpa dengan darah daging kami saja," tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta semalam.

Menurut Dewi, dia dan ibunya, Daisy Fajarina kini benar-benar rindu dan resah mengenangkan nasib Manohara di Istana Kelantan yang sehingga kini masih gagal dihubungi.

Dewi yang merupakan kakak sulung Manohara berkata, ibunya yang menghidapi penyakit kanser rahim sangat merindui Manohara.

"Kami merasa sakit hati bila tidak dapat berhubung dengan Manohara lagi.

"Jika ini berterusan, tindakan undang-undang akan menyusul, ini tidak adil bagi keluarga saya yang tidak dapat melihat dan bertemu Manohara," katanya ketika dihubungi semalam.


Komen PB

Aku bersimpati dengan Ibu Manohara ,ibu mana tidak sedih dan kecewa anak kesayangannya dilarikan dan juga tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya. Kalau anak aku dibuat begitupun,sudah pasti aku marah. Jika Putera UMNO boleh membawa balik anak gadis tempatan yang dilarikan oleh rakyat indonesia semula ke Malaysia dan diberi kerjasama baik juga oleh kerajaan sana . Sepatutnya tidak timbul pun isu oleh ibunya jika perkara ini diselesaikan dengan cara baik .


2 Responses

  1. ni semua tohmahan mak dia..

  2. Nik Amir. says:

    Wahai pejuang yang budiman.jangan cuba memandai-mandai nak bela orang sehingga Istana Kelantan nak dicerca..
    Sejauh mana you investigate perkara ini. You ni macam agen Freemason yang diserap ke dalam UMNO.
    Buat kerja dengan banyak-banyakkan usul periksa dahulu. Patutlah budak-budak muda lari daripada UMNO.You main politik Dikir Barat rupanya. Ikut tukang karut patah demi patah perkataan.
    Jangan cuba nak menderhaka.
    Jaga maruah UMNO yang you sangat-sangat sayang tu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.