Oleh Adnil Mohd
Sungai Petani -- Kira-kira 200 belia India hari ini menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekaligus menawarkan diri menjadi jentera membantu Pemuda BN berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Kumpulan terbabit yang juga merupakan pengundi di kawasan tersebut berbuat demikian kerana percaya hanya BN yang mampu membela masyarakat di kawasan itu khususnya kaum India.
Mereka menyatakan demikian ketika bertemu Pengarah Jentera Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim di Bilik Gerakan Pemuda BN di Sungai Lalang di sini, hari ini.
Menurut Razali apa yang menarik kumpulan terbabit tidak menjadi mana-mana ahli parti baik dari komponen BN mahupun pembangkang.
"Ini merupakan satu lagi suntikan semangat buat kita di Bukit Selambau. Golongan pengundi muda ini sudah dapat melihat hanya BN yang mampu membela masyarakat di negara ini.
"Mereka ternyata tidak mahu membiarkan diri mereka khususnya kaum India hanya menjadi alat parti-parti tertentu untuk mendapatkan undi semata-mata", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah kumpulan terbabit akan diberikan peranan bersama jentera Pemuda BN dalam siri kempen yang akan dijalankan nanti.
"Kita yakin lebih ramai lagi golongan atas pagar sebegini akan memberi sokongan kepada kita. Kita mahu terjemahkan sokongan ini menerusi peti undi khususnya saluran tiga dan empat", ujarnya.
Mengenai pelbagai isu atau dakwaan yang dilemparkan pembangkang terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap BN, beliau berkata tidak sepatutnya semua isu dihumbankan kepada pengundi.
"Ini memang kerja Anwar yang cukup pandai memanipulasi isu bagi mengelirukan orang ramai. Kita cabar Anwar kerana kita percaya pada akhirnya nanti bila dibentangkan di atas meja tidak ada satu pun bukti yang mampu beliau kemukakan terhadap semua isu yang dilemparkan", katanya.
Komen PB
Ini merupakan pendekatan baru jentera Pemuda BN untuk menarik semula sokongan pengundi atas pagar yang terdiri drpd pengundi muda. Kita tidak kisah golongan beliau India ini tidak menyertai MIC sekalipun tetapi sokongan mereka untuk menyertai jentera Pemuda BN amat dialu-alukan . Kita harap lebih ramai golongan atas pagar daripada ketegori belia menyertai jentera BN .
Sokongan 200 orang beliau kepada jentera BN
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
April
(18)
- Sinar masa depan bola sepak Malaysia masih lagi ada
- Isu Manohara
- Pertemuan sulit dan eksklusif
- Pak Lah sokong Ahmad Zahid
- Kebenaran disebalik 30 % Ekuiti Bumiputra di hapus...
- Lim Guan Eng bazir duit rakyat
- Kerajaan PR Pulau Pinang terus mengakibatkan ker...
- Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripa...
- DUN Penanti kini pilihanraya pulak ..
- Khairy umumkan 4 pegawai baru dalam Pemuda UMNO
- PP tidak tunaikan janji tetapi mahu naikkan tarif...
- Pemuda UMNO mahu menjadi " Suara Rakyat Malaysia "
- Kabinet baru tanpa Ketua Pemuda UMNO
- Anwar ceramah pengunaan kalimah Allah untuk tujuan...
- Video menarik PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau
- Blogger Pakatan kini sudah gelisah dan meracau de...
- Sokongan 200 orang beliau kepada jentera BN
- 3 DUN BEBAS kekal sebagai wakil rakyat
-
▼
April
(18)
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Bro pejuang bangsa,
Sokongan Sdra Ezam dan pemimpin BN yang lain akan menambahkan kekuatan BN di Bukit Gantang. Mudah-mudahan dengan kehendak Allah jua BN akan menang di sana.
Saudara jebbat ni kat mana-mana blogg, inilah tulisanya.Dia ni salah careoff tak? Terima kasih saudaraku jebbat. Kita sesama Islam, ingat mengingatkan memang digalakkan oleh Islam. Tapi komen saudara saya lihat macam salah tempat. Saudara pejuang bangsa ingin melihat komen saudara mengenai kedudukan BN di Bukit Gantang.