DUN Penanti kini pilihanraya pulak ..

on Thursday, April 16, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Seperti yang diramal oleh semua pihak termasuk saya sebagai anak jati Dun Penanti merasakan DUN ini akan menjadi perang lagi selepas PRK Permatang Pauh dulu pada tahun lepas.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin umum beliau letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti berkuatkuasa hari ini. Beliau yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sebuah kuari buat pengumuman itu menerusi satu kenyataan. Katanya beliau buat keputusan itu demi kepentingan PKR dan menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga

Penanti terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa pilihanraya umum Mac 2008 lalu Fairus tewaskan calon BN Datuk Jalil Majid dengan majoriti 2,219. Fairus dapat 7,346 dan Jalil 5,127. Jumlah pengundi kawasan itu ialah 15,421.

Perbezaan undi 2219 walaupun tidak banyak tetapi Permatang Pauh adalah kubu kuat dan juga lubuk Anwar. Agak sukar juga untuk BN merampas semula kawasan itu kerana mengikut pengalaman saya sebagai jentera Pemuda BN dulu di PRU12 dan PRK Permatang Pauh dan mengikut trend pengundi di sini sukar untuk BN menarik sokongan golongan muda . Kawasan yang terkenal kubu pembangkang seperti Kubang Semang ,Sg Semambu ,Simpang 3 Berapit,Kubang Ulu memang solid undi PKR tetapi kawasan2 lain seperti Guar Perahu ,Kuala Mengkuang ,Pdg Ibu ,Kg Tok Sardon kita kalah banyak kepada saluran 4,5,6 iaitu golongan muda . Kita akan lihat adakah angin perubahan pengundi MELAYU di Bukit Gantang juga turut ke Penanti ?R akyat di Penanti termasuk saya sendiri misalnya seperti anak yatim piatu. Terpaksa mencari wakil UMNO atau YB Seberang Jaya untuk meminta bantuan,aduan dan sebagainya.

akan disambung ...

link
PKR parti Rasuah
GILA KUASA = BESAR KEPALA
Tudia..pak ngah feroz terus blahhh...


5 Responses

  1. angin tu rasa tidak kuat sangat la tetapi aku rasa rmi penyokong PKR akan boikot PRU ini...kerana rmi yang mungkin bersimpati kpdnya.

    so ameno..blh kempen boikot PRU rasa lbh baik..

  2. ye ke ramai boikot ...ini semua taktik PKR .. nanti time penamaan calon penuh pdg maktab bainun 10000 org ..haha

    simpati tu mungkin la ..tp elizabeth wong cina skandal pulak dikekalkan ,melayu si fairuz ditendang ..inilah politik pkr .

  3. sebenarnya siri-siri pilihan raya kecil itu diadakan sengaja oleh anwar untuk mengugat BN secara berterusan.mereka kalau boleh mahu gelombang PRU12 ini berterusan hingga PRU13.

    Dengan kepercayaan sokongan rakyat terutama bukan melayu cukup ditagih oleh Pakatan Rakyat yang merasa cukup seronok kalau pilihan raya kecil terus diadakan bagi menyusahkan BN dan Najib .

    ini taktik sebenar anwar..

  4. Anonymous says:

    aa..apa lagi..puak puak penanti...hampa mau sedaq la...kalau x sedaq lagi aku tak tau nak kata apa lagi dah...jgn dok percaya lagi dah kat anwar tu..pemuhong besaq tu...

  5. "sebenarnya siri-siri pilihan raya kecil itu diadakan sengaja oleh anwar untuk mengugat BN secara berterusan.mereka kalau boleh mahu gelombang PRU12 ini berterusan hingga PRU13.

    Dengan kepercayaan sokongan rakyat terutama bukan melayu cukup ditagih oleh Pakatan Rakyat yang merasa cukup seronok kalau pilihan raya kecil terus diadakan bagi menyusahkan BN dan Najib .

    ini taktik sebenar anwar.."

    owhhh yeke... ermmm jangan lupa invite khairy sekali k... ari tu time kt bukit gantang.. x berkesempatan jupe kt changkat jering.......

    najib kesayangan rakyat?wakakakaka
    aduh.. kan senang kalo bleh wujudkan kem askar wataniah disetiap parlimen....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.