Kabinet baru tanpa Ketua Pemuda UMNO

on Friday, April 10, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 20 Comments


saya sudah menjangkakan kabinet baru yang dikatakan kabinet rakyat ini akan tiada pemimpin no 1 Pemuda iaitu YB Khairy Jamaluddin . Kesemua ahli majlis tertinggi UMNO yang baru dipilih dalam Pemilihan Agung UMNO yang lepas dilantik menjadi menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri.

Hanya Khairy Jamaluddin yang baru memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dilihat telah diketepikan dari barisan kabinet yang baru ini. Ini menjadikan beliau sebagai Ketua Pemuda pertama yang tidak tersenarai dalam barisan kabinet. Ketua Puteri baru, Dato' Rosnah Rashid Sirlin telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan. Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato' Razali pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Belia Dan Sukan. Satu lagi kejutan yang berlaku dalam senarai barisan kabinet baru ini adalah perlantikan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri Perdagangan. Dalam Pemilihan Agung UMNO yang lepas, Dato' Mukhriz telah tewas di tempat ketiga dalam perebutan tiga penjuru jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Tun Mahathir telah menjawab soalan wartawan dengan mengatakan beliau gembira anaknya itu dilantik oleh Najib .Sebelum ini kita dengar Tun akan dilantik sebagai Penasihat tetapi beliau menafikan campur tangan dalam percaturan barisan kabinet Najib . Betulkah Tun tidak campur tangan? Sekiranya betul, DS Najib harus menerangkan sebab sebenar sebab Mukhriz wajar dilantik sedangkan beliau tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Hal ini cukup penting supaya barisan kabinet DS Najib ini tidak ditohmah sebagai kabinet yang mengikut telunjuk Tun.Najib perlu keluar dari bayangan Tun dan mencari identiti baru untuk menerajui negara seperti Pak Lah yang mempunyai pendiriannya sendiri untuk tidak mengikut telunjuk sesiapa .Saya mengharapkan Najib mempunyai kekuatan sendiri, bertindak diluar norma biasa politik UMNO, BN dan Malaysia. Sekiranya Najib meneruskan pentadbiran negara dengan ada tokoh berada 'di belakang tabir' ianya amat bahaya serta memberi kesan yang buruk kepada sesebuah kerajaan dan PRU 13 kita akan lihat kesannya.

Saya masih mencari lagi kehebatan dalam barisan kabinet baru najib tetapi kebanyakkannya muka itu juga .Orang-orangnya tetap orang lama dalam politik. Orang-orangnya semua kita tahu dan kita boleh dengar cerita-cerita mereka dari A sampai Z.

Harapan saya ialah kabinet yang akan mampu menyakinkan golongan muda ini untuk membawa perubahan yang baik untuk masa depan mereka dan kebaikan untuk rakyat.
Tetapi Najib sebenarnya rugi kerana telah mengorbankan Khairy Jamaluddin satu-satunya orang berjawatan penting di dalam UMNO yang mempunyai kelayakan ,seorang intelektual ,banyak idea2 bernas ,dan karisma yang membuat orang yang tidak mengenalinya teruja dengan latar belakangnya dan laluannya ke menara politik.Apakah ini dilihat seperti tekanan Najib kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tidak dipilih .

" Apabila orang No 2 anda dipilih dan ada sebagai ketuanya tidak dipilih ,Apa perasaan anda ???

Apakah alasan Najib yang mahu Khairy menumpukan Pemuda untuk menarik sokongan golongan ini boleh diterima ??Adakah tugas ini harus diletakkan kepada Khairy seorang sahaja , jadi apakah sayap2 UMNO lain dan juga pemimpin2 kanan UMNO seperti Naib Presiden dan Timbalan Presiden duduk sahaja dan tumpukan kepada kementeria masing2 ??

Dalam politik Umno tanpa wang, jawatan dan kuasa, apa yang seseorang itu boleh buat ? Dahulu Ketua Pemuda UMNO dulu berjawatan Menteri kanan di Kementerian Pelajaran yang memang lubuk punya tempat .Tetapi kini apakah Khairy boleh survive mengharungi semua ini dalama pada masa yang sama ditugaskan untuk menarik sokongan golongan muda .Saya khuatir tidak ada siapa yang akan hormat dan pedulikan Khairy selepas ini kerana tidak berjawatan dan mungkin hanya penyokong2 nya yang sahaja dalam Pemuda akan setia kepada beliau .

Khairy : Saya tidak kecewa

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

khairy jamaluddinKetika dihubungi Malaysiakini, ahli parlimen Rembau berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.

"Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.


Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebutMenurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Link

Kertas Politik Pertama Bagi Khairy
Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri
'Positif' Khairy tidak tersenarai - Tun M

Barisan Kabinet baru kerajaan -KJ

Tun M suka Muhkriz dilantik
Syabas Ds Najib dan kabinet baru
KHAIRY DIBEKUSEJUKKAN OLEH NAJIB
Bayangan Dr Mahathir muncul di belakang 'tabir' kabinet baru
Menawan kembali Kepercayaan Rakyat ?


20 Responses

  1. Anonymous says:

    sebelum ini pun pernah terjadi Ketua Pemuda tanpa jawatan menteri,
    Zahid Hamidi sewaktu Ketua Pemuda UMNO dia tak dilantik menteri oleh Mahathir, sebaliknya Hishamudin masa tu Naib Ketua Pemuda UMNO dilantik Timbalan Menteri

  2. PARPUKARI says:

    BRO, JANGAN LA EMO BRO!

    HARI TU MUKHRIZ KALAH PUN KAU YANG NASIHATKAN AKU JANGAN EMO!

    PERCAYALAH INI KEPUTUSAN DAO SERI NAJIB YANG SANGAT TEPAT!

  3. parpu,

    aku terasa jg sebagai ahli Pemuda, Ketua Pemuda sendiri tidak dilantik ?tetapi Naib Ketua pulak dapat dilantik ...

    seperti tidak adil kepada KJ ..kalu nak adil lantik dua2 @ tak payah lantik langsung ..jangan anak tirikan KJ ..

    itu aku tak nak ulas sgt mengenai barisan cabinet baru najib ini kerana KJ tiada dalam senarai

    semangat aku pun dah tak ada dan lantak la sapa yang jadi pun .

    kawan-kawan aku di tempat kerja semua gelakkan aku yang dari Pakatan dan UMNO sendiri apa ni Khairy Ketua Pemuda pun tak dilantik ???

  4. Salam Sahabat Yang dikasihi

    Jangan sesekali kita kecewa kerana ESOK masih ada… Dan Perjuangan harus diteruskan…. Kita berusaha lagi…

    Peganglah amanat yang disarankan oleh YB KJ terimalah pengumuman ini dengan hati yang terbuka dan terimalah juga cabaran yang diberi kepada kita untuk memenangi dan mengembalikan sokongan pengundi muda dengan penuh iltizam dan kesungguhan. Kita semua hendaklah menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan berkesan dan menyeluruh.

    Salam Perjuangan

    Salam Setiakawan


    BJ

  5. pejuang bangsa,

    saya memahami apa perasaan saudara.

    saya tau,saudara bukanlah emo seperti yang dinyatakan oleh mereka cuma saudara nak setiap individu itu 'fair' sama juga seperti saya.tapi apa boleh buat,kabiet ini dikawal oleh remote jarak jauh.

    yang kononnya bersih tidaklah bersih mana pun seperti yang dipuja-puja dan dicanang.tapi tidak apa.kita tunjukan sokongan kita meskipun kita tidaklah berpuas hati.

  6. Anonymous says:

    X jadi menteri x semestinya x boleh berbakti...KJ banyak idea...tapi aku rasa KJ patut mengarah ke Keugamaan..bawa pemuda pemudi kearah ahlak mulia..
    Jangan terlompat-lompat..insyaalah dapat kembali kepercayaan ramai..

  7. AnakPas says:

    Betul tu..kalu dapat buktikan kita dapat membimbing anak muda/pelajar ke arah +ve semua orang akan pandang. Berikan motivasi kepada anak-anak kearah otak berniaga..walau kecil..for start...bukan tunggu kontrak ali baba..atau masuk skim cepat kaya..
    Buat r"Revolusi Berniaga"..& Ahlak mulia..Insyaalah suatu masa jadi PM pun org. yakin..

  8. chotz says:

    biar lah KJ bekerja sebagai ketua pemuda umno saja.. biar dia rapatkan balik barisan yg longgar lepas pemilihan kelmarin..

    sekarang ini, rakyat masih tak dapat menerima KJ sebagai seorang pemimpin.. malah kemenangan hai itu pun ramai yg mempersoalkan.. lagi2 dia ada kes dgn lembaga disiplin umno.. selain pelbagai persepsi negatif yg dilemparkan baik dari PR mahupun orang UMNO itu sendiri.. walaupun itu hanya persepsi, tapi rakyat marhaen mempunyai anggapan yg erbeza2.. ada yg percaya bulat2, ada yg percaya kabur2 & ada yg tidak percaya langsung.. tapi lebih ramai yg percaya lah..

    najib tak kan ambil risiko meletakkan dia ke dalam kabinet.. sebab PR akan jadikan perlantikkan KJ itu sebagai isu yg besar.. percayalah!! dan bila ia jadik isu, insyaallah BN tidak akan membentuk kerajaan pada PRU13 nanti..

    dan perlantikkan mukhriz aku rasa najib lakukan untuk menarik balik sokongan "akar umbi" yg menyokong beliau masa "pencalonan" dulu.. walaupun KJ menang, jangan dilupa mukhriz ada sokongan yg ramai dari golongan "akar umbi".. akar umbi ni bukan ketua bahagian/cawangan ye.. ni ahli2 biasa.. ramai yg kecewa bila mukhriz kalah berdasarkan jumlah pencalonan yg dia terima dia mempunyai peluang yg besar untuk menang..

    so najib lantik mukhriz supaya penyokong2 "akar umbi" dia tidak merajuk dgn umno..

    pasal khir toyo tidak perlu disebut sebab kes dia sedang didengar oleh badan penyiasat bebas..

    p/s: beri KJ masa untuk buktikan siapa dirinya kepada rakyat.. lambat laun insyaallah rakyat akan dapat menerima dia balik...

  9. Anonymous says:

    Sekarang baru Ahli Umno dah Kenal siapa TUN dR MAHADIR,kerana TUN orang MELAYU berpecah,dalam ISU Anwar Ibrahim....sekarang kena pada KJ,

  10. ahli pemuda umno says:

    tun sekarang De facto UMNO ..memamg susah la KJ nak naik dlm politik selagi tun masih hidup

    Tun mmg nak hapuskan penyokong2 Abdullah dan KJ ..

    kita lihat sendiri negeri melaka ,cuma seorang shj wakil iaitu abu seman itupun jadi timbalan menteri.

    Idris Harun juga telah ditendang oleh najib walaupun menang MT UMNO kerana idris org KJ dan Pak Lah dan juga org kuat Ali Rustam .

    memang de facto inilah yang caturkan kabinet ini semua ..walau apapun alasan najib , sy sebagai ahli pemuda umno tidak setuju KJ tidak dilantik ke kabinet.

  11. Anonymous says:

    Mengapa Khairy Tidak Boleh Jadi Menteri?Sudah Tentu Boleh.
    Saya berpendapat KJ patut jadi Menteri.

    Sekiranya mereka berkata Khairy terlibat dengan politik wang adalah tidak adil kerana Lembaga Disiplin mengambil tindakan berdasarkan aduan.Sepatutnya Lembaga Disiplin seharusnya menjalankan siasatan terhadap semua calon yang bertanding.Ramai yang tahu bahawa orang atasan Lembaga Disiplin adalah kenalan Tun M.Di atas kelebihan dan peluang ini digunakan oleh Tun M untuk memburukkan calon-calon yang dibencinya dan memberikan kelebihan kepada anaknya serta orang yang dia rasa adalah legasinya sedangkan parti keramat adalah satu dan tiada kem siapa-siapa.

    Persoalan,mengapa Mukhriz patut diberi jawatan menteri sedangkan beliau kalah dalam pemilihan manakala KJ yang menang tidak perlu diberi tempat dalam kabinet Najib?Adakah disebabkan arahan Tun M?Adakah disebabkan dia tidak terlibat dengan politik wang?Adakah dia seorang ahli politik paling bersih?Saya CABAR Mukhriz bersumpah sekiranya beliau memang benar-benar bersih dan tidak terlibat dengan politik wang.Semua orang tahu apa yang berlaku semasa pemilihan Agung tempoh hari.Semua bukannya pekak dan buta.Ingat,rakyat sentiasa melihat.

    Tun M pula sering melaung-laungkan kepada Najib bahawa Najib perlu melakukan perubahan dalam Barisan Nasional dengan tegas sekiranya mahu melihat BN menang kembali dengan jayanya.Pada masa yang sama Tun M sendiri tidak berubah untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri menentukan hala tuju pentadbirannya yang tersendiri.Saya yakin Najib akan berasa tidak bebas dan sentiasa takut dalam setiap gerak geri.Perkara ini bukanlah perkara baru.Perkara ini telah pun menjadi sejarah kepada kita pada zaman Tun Abdullah dimana Tun M seolah-olah mahu Pak Lah sentiasa mengikut telunjuknya.Apabila tidak mengikut arahan ataupun kemahuannya mula lah melemparkan fitnah dan mengkritik pemimpin tertinggi tersebut.Ini sekaligus menyebabkan UMNO menjadi lemah.

    Tun M juga menyatakan bahawa Najib perlu membentuk kabinet yang bersih daripada perasuah.Pernyataan tersebut seolah olah menggambarkan semasa pemerintahan Tun M kabinetnya adalah terbersih di dunia.Kita tahu dan Tun M mungkin lebih tahu siapa menteri yang dilantiknya adalah perasuah besar.Satu contoh nama besar Anwar Ibrahim.Tun tahu setiap tindakan Anwar tetapi akibat sayang Anwar pada ketika itu Tun M sanggup menutup sebalah mata.Hari ini Tun M membangkitkan soal BERSIH.Adakah Mukhriz bersih?Seperti yang saya katakan sebelum ini,saya cabar Mukhriz bersumpah menyatakan beliau bersih.Bagi Tun sudah pasti anaknya sahaja yang baik dan wangi belaka.Sama seperti dia menatang Anwar suatu ketika dahulu.Semuanya nampak molek dan tiada cacat celanya.

    Tun M terlalu menyimpan perasaan dendam beliau terhadap Pak Lah sehinggalah sekarang meskipun peralihan kuasa yang beliau mahukan telah pun dijalankan.Masihkah kita ingat pada Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari,Tun M seolah-olah enggan memeluk Pak Lah.Selepas beberapa hari apabila ditanya Tun M menjawab dia tidak mahu memeluk orang yang hipokrit dan dia tidak akan memaafkan Pak Lah sampai bila-bila.Lihat dan buatlah rumusan sendiri.Ini bukanlah cerita yang saya reka.Ini adalah perkara yang benar.

    Tun M seharusnya berubah.Bukan menyuruh dan mengarah orang sahaja untuk berubah.Khairy perlu diberi jawatan Menteri seiring dengan kerusi Ketua Pemuda yang disandangnya.

    Saya sememangnya mengharapkan yang terbaik demi parti UMNO.Tetapi apalah gunanya sekiranya parti yang kita perjuangkan bermati-matian dirosakkan dengan celaan dan cercaan daripada ahli dan bekas pemimpin dalam parti sendiri.Lebih baik terus pegang jawatan sehingga ke akhir hayat.Berilah kebebasan kepada Najib dalam membuat keputusan dan tindakan untuk memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

    Akhir kata,sekiranya kabinet yang bakal diumumkan terdapat nama Mukhriz dan nama Khairy tidak ada maka rakyat akan tahu Najib dikuasai oleh Mahathir.Rakyat sekarang sudah matang dan mereka akan menterjemahkan melalui PRU 13.Lihatlah apa yang berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Adakah kita menang?Adakah Tun M tidak datang berkempen?Apakah Pak Lah masih Perdana Menteri?Fikirlah..!

    UMNO dulu,kini dan selamanya!

    http://permaidanidunia.blogspot.com

  12. x-pkr says:

    blogmaster sejarahmelayu....

    t/kasih atas sokongan. selesai proses upgrade blog x-pkr, saya akan link balik sej m'yu.

    x-pkr
    http;//x-pkr.com

  13. Salam Ziarah

    Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri

    Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

    YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

    Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

    Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau .

    Salam Setiakawan

    BJ

  14. Salam Perjuangan Saudara.

    Kami baru menubuhkan sebuah blog untuk ahli-ahli UMNO yang mempunyai blog.

    Jika saudara berminat, silalah ziarah blog kami.

    www.umnoblogger.blogspot.com

  15. Anonymous says:

    XPERLU MELALAK SANA SINI..TERIMA JE LA DGN HATI TERBUKA TANPA ADA RASA CURIGA ATAS KEPUTUSAN PIMPINAN..MANA ADA 1 KEPUTUSAN YG BOLEH BT SEMUA ORG PUASHATI..XTERPILIH PN BERSEBAB..NI BILA XTERPILIH BT CERITA MCM2 FITNAH KEPADA YG DAPAT..CUBALAH BERBINCANG PERKARA YG MEMBINA DARI MEMBUANG MASA MENYALAHKAN ORG..SEMUANYA YG TERPILIH PN ORG BARISAN JUGA..NK NAIKKAN ORG KE PARTI..TEPUK DADA TANYA SELERA..BERUBAH LAH WAHAI MELAYU SEKALIAN

  16. cuma apa yg aku nampak sekarang malaysia ini seperti ada 2 PM ..yang bekas PM itu kini cukup hebat melalak seperti dia PM lg ..

    bagi aku tindakan Najib itu mengecewa perwakilan pemuda dan dianggap tidak adil kepada mereka. Tindakan Najib itu juga menyebabkan pemuda akan beranggapan bahawa memenangi jawatan belum tentu seseorang itu akan dilantik menjadi menteri. Persepsi ini lama kelamaan menyebabkan pemuda yang sudah terbibit dengan kebendaan dan kuasa berdekad-dekad akan menjadi lemah untuk berjuang.

    Bukan itu saja, akibat tidak dilantik menjadi jemaah menteri, Khairy terus terhina dan diludahi dengan kehinaan. Misalnya Dr Mahathir Mohamad terang-terang memberi tahu kepada dunia keciciran Khairy itu disebabkan Khairy terjerumus dalam rasuah. Beliau bertepok tangan kononnya Umno bersih dengan ketiadaan Khairy.


    memang mahathir ini masih lg berdendam kepada khairy @ mungkin sampai mati .Khairy tidak pernah membalas ckp org tua itu pun mahu melawan kerana tidak mahu dilihat melawan seorg negarawan .

    biarlah khairy dijadikan mangsa dari menimbulkan kemarahan orang lain jika dia membalas balik tuduhan org tua tu .

  17. Maaf kesulitan melayari laman Prokhairy.com
    Anda boleh melayari laman ini melalui http://www.prokhairy.blogspot.com
    Terima Kasih kerana melayari blog kami.
    admin: Bro Jinggo

  18. MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT Baca disini

  19. Anonymous says:

    Mengapa KJ disisihkan ???? mengapa mukriz dapat nombor tiga dapat jada T.M???? pelik....
    harap org UMNO sedar....Mahathir sudah dipersepsikan bahawa dia terus menerus mencengkam UMNO/BN sekarang....mahathir secaa tidk langsung menambah benci rakyat pd UMNO...tak caya lihatlah nanti....kalau rakyat dah terimapakai apa yg disampaikan PR maka bila masanya UMNO nak jawab isu kemasukan mahathir smula dlm UMNO....3 tahun lg PRU 13...nahas UMNO....ya..mahathir tida membantu tetapi menjahanmkan lg UMNO...percayalah...

    ATAS PAGAR (UMNO/PR)

  20. Unknown says:

    insyaallah berisan pemuda yang akan datang akan lebih mamtap dan berkuasa apabila seluruh tumpuan akan diberikan oleh pemimpin pemuda sendiri.. tanpa ada sebarang tugasan yang lain..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.