VIRAL WHASAPP FAKTA HARGA MINYAK ADALAH PENIPUAN / FAKE NEWS

on Monday, November 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Berikutan kenaikan harga bahan bakar Ron95 (RM0.07), Ron97 (RM0.06) dan Diesel (RM0.05) dapat dilihat sebahagian daripada netizen mula menyuarakan ketidak puasan hati berkaitan kenaikan yang diumumkan setiap Rabu itu.

Kebanyakan kumpulan aplikasi Whatsapp dihujani dengan pelbagai perkongsian yang kononnya "berfakta" untuk menyalahkan dan menimbulkan rasa kurang senang rakyat terhadap kerajaan.


Lebih menjengkelkan, di akhir pesanan yang dikongsikan itu, pembaca diminta untuk turut sama menyebarkan pembohongan yang direka-reka itu.

Bagi yang kurang membaca dan tidak melakukan sebarang semakan, tanpa ragu-ragu dan merasakan bahawa kerajaan sediada telah bertindak zalim kepada rakyat, mereka lantas membantu menyebarkan fitnah tersebut tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Jika diteliti dari pesanan yang dikongsikan tersebut, pencetus pesanan itu memang hebat bermain dengan angka dan mudah untuk membuatkan sebahagian yang kurang mengkaji, untuk percaya tanpa usul periksa.

Namun begitu, bagi yang gemar melakukan semakan sebelum mengetik butang kongsi, mereka pasti berupaya untuk menghidu penipuan licik yang cuba dimainkan. Lihat sahaja perbandingan harga diantara Dollar Amerika berbanding Ringgit Malaysia seperti yang digarapkan melalui pesanan tersebut.

Ayuh lakukan sedikit semakan berkaitan kadar tukaran matawang;

$75.58 = RM253.44?
  • Hitungkan semula kadar tukaran yang dikongsikan, dan anda akan dapati hasilnya adalah setiap $1 adalah bersamaan dengan RM3.53.
  • Semak kadar tukaran semasa diantara nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika dan anda akan mendapati ia adalah pada kadaran RM4.16 berbanding $1 (pada 19 November 2017).
  • Sekiranya benar harga setong harga minyak dunia pada masa sekarang adalah pada harga $75.58, darabkan pula dengan kadar tukaran wang asing semasa negara iaitu pada kadar RM4.16, maka anda akan mendapati hasilnya amat berbeza dengan jumlah yang diberikan. Jumlah sebenar untuk setong minyak (berdasarkan harga dalam Dollar Amerika yang dikongsikan) adalah RM314.41, manakala jumlah yang dipaparkan melalui rekaan pesanan whatsapp tersebut adalah sebanyak RM253.44. Ini adalah penipuan pertama.

Jika dikaji dengan lebih mendalam dengan melakukan sedikit pengiraan, kadar tukaran matawang yang digunakan melalui pesanan itu, ia menunjukkan $75.58 = RM253.44, maka untuk setiap 1 Dollar Amerika adalah bersamaan dengan RM3.53.

Berdasarkan kadar tukaran $1 adalah bersamaan RM3.53, dapat dilihat penulis pesanan tersebut sememangnya berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat. Semakan mendapati, kali terakhir Ringgit berada pada kadar RM3.53 berbanding Dollar Amerika adalah pada 5 Januari 2015 (klik url di bawah gambar untuk terus ke laman web sumber).

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=stats_exchangerates&lang=en&StartMth=1&StartYr=2014&EndMth=11&EndYr=2017&sess_time=1200&pricetype=Mid&unit=rm

Apa rasionalnya membandingkan harga minyak semasa dan disandarkan dengan nilai tukaran matawang pada tarikh 5 Januari 2015? Jawapannya mudah, ianya hanya bertujuan untuk menipu dan membuatkan rakyat terasa seperti sedang dizalimi walaupun pada dasarnya tidak.

Cukup sahaja setakat itu kita mengkaji pesanan tersebut tanpa perlu mengkajinya sehingga habis kerana dari sejak awal ia dipenuhi dengan penipuan berangka.


HARGA MINYAK TURUN SELEPAS RAKYAT BOIKOT?


Hari ini, tular pula sekeping "screenshot" yang kononnya kerajaan Jerman terpaksa tunduk terhadap desakan yang dibuat rakyatnya berkaitan kenaikan harga minyak dengan meninggalkan ribuan kenderaan ditengah jalanraya sebagai tanda protes.

Melalui status itu, turut dikongsikan sekeping gambar bagi tujuan memperkukuhkan dakwaan itu.

Tetapi tahukah anda, gambar tersebut sebenarnya diambil dari insiden kesesakan lalulintas yang terjadi di negara China dan memakan masa sehingga 12 hari pada Julai 2015?

Berikut adalah laporan berkaitan insiden tersebut (klik url di bawah gambar untuk baca artikel penuh);

https://wheelers.me/en/cars/blog/the-world-s-worst-traffic-jam-lasting-12-days-over-100-km

Inilah gerak kerja yang sering dilakukan oleh pengamal media pro pembangkang untuk mencipta kebencian rakyat terhadap pemerintah. Selepas penipuan pertama terbongkar, mereka akan menyebarkan penipuan kedua.

Bagi yang cerdik dan tidak tergopoh gapah dalam mengongsikan apa yang diterima sebelum mendapatkan kepastian terlebih dahulu, mereka terselamat dari turut sama bersubahat menyebarkan fitnah. Manakal bagi sebahagian yang lain, mereka merasakan diri merekalah penyelamat rakyat walaupun apa yang disebarkan itu sebenarnya adalah satu penipuan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.