..

..

HANYA 4 JAM WAKTU TERBAIK JAWAB ISU , JIKA TIDAK FITNAH TERSEBAR

on Sunday, November 5, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata jika tempoh itu gagal dimanfaatkan, parti dianggap tewas dalam pertarungan di medan media sosial, sekali gus memerlukan usaha lebih keras untuk menangani isu dibangkitkan pembangkang.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan pantas tentera siber perlu kerana dalam persekitaran hari ini, penyebaran maklumat berlaku dalam kadar segera.

"Kita mesti cepat. Kitaran berita dalam media sosial bukan lagi 12 atau 24 jam, sebaliknya ia berterusan. Oleh itu kita hanya ada maksimum empat jam untuk memberi maklum balas kepada sesuatu isu.
"Jika tidak, isu itu akan diletakkan mengikut sudut pandangan rakyat atau netizen dan jika nak kejar semula untuk memperbaiki persepsi itu, ia sudah terlambat.

"Tempoh kitaran sesuatu isu sangat pendek dan jika tidak dapat dijelaskan dalam tempoh tiga atau empat jam, kita ketinggalan dan tewas dalam isu itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Media Sosial UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini yang dihadiri lebih 3,000 ahli UMNO.
Khairy yakin jentera parti dapat membentuk persepsi positif terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika setiap individu berperanan dalam medan perang media sosial.
Jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah PRU pertama yang menyaksikan medan sosial menjadi wadah penting menentukan pola pengundian, beliau berkata, PRU-14 bakal membawa perubahan sangat besar kerana lebih ramai rakyat menggunakan media sosial dalam komunikasi harian.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan jentera parti supaya tidak membuat serangan peribadi terhadap pihak lawan kerana pendekatan itu tidak disenangi rakyat dan mampu mencetuskan simpati rakyat kepada lawan.
"Kita juga mestilah informatif dalam menjelaskan dasar dan pendekatan kerajaan selain tidak mudah melenting jika dikecam.
"'Be cool'... jika kita mudah melenting, ia akan menjadi kecaman kedua," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.