..

..

KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN DAP DI BAWA PERWAKILAN P.PINANG KE #PAU2017

on Tuesday, November 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GEORGE TOWN, 21 Nov – Kelemahan pentadbiran kerajaan Dap Pulau Pinang selama 10 tahun antara isu akan diberi perhatian oleh UMNO Pulau Pinang pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada awal bulan ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata perkara itu perlu dikongsi dengan perwakilan UMNO seluruh negara untuk dijadikan iktibar daripada pengalaman rakyat Pulau Pinang.
“Kami mahu membawa satu mesej bahawa perubahan kerajaan (di peringkat negeri dan persekutuan) tidak semestinya akan membawa kebaikan kepada rakyat malah boleh menyebabkan kemudaratan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Industri 4.0 di sini, hari ini.
Beliau berkata perwakilan Pulau Pinang akan membentangkan isu itu supaya pentadbiran negeri-negeri lain akan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi di negeri ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung pada 5 sehingga 9 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Zainal Abidin berkata beliau mengharapkan perhimpunan itu dapat memberi suntikan semangat baharu kepada semua anggota parti untuk memantap dan memperkuat jentera menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam memastikan kemenangan BN.
Beliau juga berkata Badan Perhubungan UMNO negeri telah memilih tiga jurucakap untuk mewakili UMNO Pulau Pinang pada perhimpunan agung iaitu Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UUMNO Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim untuk membahaskan usul ekonomi; dan Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Nashrol Hisham Abdullah untuk membahaskan usul agama.
“Tiga jurucakap ini akan membawa suara akar umbi bahagian-bahagian UMNO Pulau Pinang dengan harapan bahawa para perwakilan ini dapat membakar semangat anggota parti dalam persediaan terakhir menghadapi PRU14,” katanya.
Beliau turut menyeru semua anggota parti untuk terus setia dan jujur pada perjuangan parti yang banyak berjasa kepada mereka.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.