..

..

UMNO TIADA TEMPAT UNTUK KUMPULAN SERPIHAN JIKA MAHU PERPADUAN - @Zahid_Hamidi #PAU2015

on Tuesday, December 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR: Tiada ruang untuk kumpulan serpihan dalam Umno, kata naib presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jika kita mahu perpaduan dalam parti, kita tidak boleh ada sebarang kumpulan serpihan.

“Semua pihak perlu bersatu-padu,” katanya di sini, Selasa.

Beliau turut mempersoalkan keperluan untuk mengadakan perhimpunan berasingan dengan kumpulan yang lain dengan membuat kenyataan “merendah-rendahkan orang lain”.

“Umno berdepan dengan cabaran selepas cabaran lain, dan setiap kepimpinan berdepan dengan pelbagai jenis cabaran.

“Kita mesti sentiasa melihat konsisten, daya tahan dan keupayaan pemimpin,” kata Ahmad Zahid.

Pada Isnin malam, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan serangan terhadap presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin menggesa presiden parti bercuti sehingga siasatan terhadap 1MDB dan derma sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib diselesaikan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.