..

..

KERAJAAN PERLU TOLAK TOL PLUS NAIK 5 % , INI AKU JANJI BN - @KhairyKJ

on Thursday, December 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau dan menteri Kabinet lain akan bersuara untuk meminta kerajaan supaya tidak menaikkan kadar tol Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS).
Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau akan menyatakan perkara itu apabila permohonan PLUS untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet.

“Bagi saya, jika sampai ke Kabinet nanti, saya akan cakap benda yang sama. Ini Aku Janji (Barisan Nasional) bahawa kita tidak akan naikkan kadar tol. Jika perkara ini sampai ke Kabinet nanti, saya dan rakan lain (menteri) akan bersuara bahawa kita sudah buat keputusan tol PLUS ini tak sepatutnya naik,” katanya pada sidang media program Bual Bicara Empat Legend pada Selasa, lapor Berita Harian.

Khairy berkata, kerajaan boleh tolak permohonan PLUS walaupun kenaikan itu sudah termaktub dalam perjanjian tetapi kerajaan perlu membayar pampasan kepada PLUS.

“Dalam perjanjian antara PLUS dan kerajaan, tahun depan memang sudah tiba mereka (PLUS) naikkan kadar tol. Ini sudah termaktub dalam perjanjian dan kita juga semua tahu, PLUS berhak minta kerajaan selaraskan semula kadar tol mereka.

“Tetapi, bagi saya walaupun perkara ini belum diputuskan dalam Kabinet, kerajaan boleh tolak… tolak maksudnya kerajaan kena bayar pampasan tetapi kita janji kerajaan (ketika ini) tak akan membebankan rakyat,” katanya
Dalam ucapan dasar di Perhimpunan Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda berkata, beliau akan menentang sebarang kenaikan harga yang membebankan rakyat.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.