..

..

SAYA TAK MENYERAH KALAH BERDEPAN UJIAN #UMNO2015

on Friday, December 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





 KUALA LUMPUR 10 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran dari dalam dan luar parti berazam sama sekali tidak akan menyerah kalah dalam mengemudi UMNO dan kerajaan. 

Sebaliknya, tegas Presiden UMNO itu, beliau akan terus berdepan bagi merungkaikan masalah dan menyelesaikannya bagi memimpin UMNO mara menuju kemenangan.

 “Biar gunung menghalang, meski hebat apapun tantangan yang tiba, saya tidak boleh sesekali menyerah kalah,’’ tegasnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Najib berkata, beliau tidak boleh bersikap pengecut dengan men­yerahkan baton kepemimpinan kepada orang lain dalam keadaan parti tidak dipulihkan kembali se­perti sediakala. “Keadaan parti dan jemaah ini hendaklah kembali dipulihkan se­perti sediakala, sebabnya jika tidak seperti yang dinasihatkan oleh para alim ulama, saya tidak boleh menjadi pengecut, bahkan itu bacul namanya,’’ katanya.

 Perdana Menteri yang menerima tepukan gemuruh setiap kali mempertegaskan pendiriannya dalam berhadapan sesuatu isu mengingatkan anggota UMNO tentang kepen­tingan mempunyai pasukan yang taat dan setia kepada barisan kepemimpinan untuk melayari ujian pada masa yang tenang dan getir.

 “Saya,... Najib Razak, mahukan terdiri dan terbangunnya sepasukan Wanita, Pemuda dan Puteri yang taat lagi setia,... bantulah saya... memacu Malaysia menuju puncak hingga ke mercunya.

 “Biar mati berkalang tanah, perjuangan UMNO tidak akan dibiarkan musnah. Gantungkanlah azam dan semangat yang tinggi, ... se­tinggi bintang di langit, biarpun ada yang berpaling tadah, ... biar berkali-kali kita ditolak supaya rebah, ... tak kan berundur, tak kan menyerah,’’ katanya. 

Najib yang akan genap 40 tahun dalam UMNO Mac tahun depan secara tegas berikrar akan terus memimpin perjuangan parti itu bagi membela orang Melayu dan bumiputera.

 “Malang, ada sesetengah pihak yang telah dan sedang menebuk lubang bahtera perjuangan ini dengan tujuan menenggelam lawannya.

 “Sayang seribu kali saya, mereka terlupa bahawa tindakan khianat sedemikian, bukan setakat boleh melemaskan pihak lawannya akan tetapi akhirnya yang karam dan tenggelam, adalah seluruh bangsa keturunan dan tamadun kita ini,’’ katanya. -


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Dah nak bungkus baru ingat itu perkataan 'bumiputra'.Bangsa Melayu tenggelam adalah kerana kau Ahjibgor.

  2. Tindakan kianat demikian...betul tu....yg ni aku setuju...sedarlah dan bangunarr dari keadaan syok sendiri kamu wahai najib .....kianat yg membawa rebah...x lmer dah....

  3. Anonymous says:

    YAB DSN.

    1MDB dan 2.6 biliun bukan urusan UMNO. Sebab itu baik menteri UMNO atau pun ahli UMNO tidak pantas untuk menjawab persoalan berkaitan dengan isu tersebut.
    Presiden UMNO telah menggunakan kuasa secukupnya malah sebagai PM YAB juga telah menggunakan kuasa secukupnya. Kerajaan yang ada sekarang seperti diikat malah semua ahli UMNO seperti sudah diikat.
    Persoalan sekarang macamana bala tentera UMNO mahu pertahankan 1MDB dan 2.6biliun? Persoalan besar apakah AG yang baru mampu menguruskan kes ini menurut perlembagaan undang-undang Malaysia.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.