PEMUDA UMNO KECEWA MUHYIDDIN BUAT PERHIMPUNAN BURUKKAN PARTI & PRESIDEN #PAU2015

on Tuesday, December 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan perjumpaan khas semata-mata untuk memburuk-burukkan parti dan Datuk Seri N ajib Tun Abdul Razak.

Beliau ketika ditemui di perkarangan PWTC sebentar tadi berkata perhimpunan tersebut tidak sepatutnya diadakan.

Jamawi ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara tersebut turut melahirkan rasa kecewa sambil menyifatkan perpaduan dalam UMNO lebih penting.

“Saya berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku. Bagi saya, kita tidak perlu ada dua perhimpunan. Kalau ada masalah keperibadian dengan presiden ataupun dengan bos kita, selesaikan dengan cara cukup baik dan molek.

“Kita tidak seharusnya membawa pengikut dalam satu gelombang arus kemarahan yang mungkin gagal dikawal,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tanggungjawab parti seperti diibaratkan sebagai mengemudi sebuah kapal. Nakhoda hanya ada satu, kapal hanya perlu ada seorang nakhoda kalau kapal itu ada dua nakhoda, kapal kita tidak boleh belayar.

“Kapal tersebut yang mungkin akan mengakibatkan berlakunya kebocoran dan sebagainya dan apabila berlaku kebocoran, kapal tenggelam semua ahli yang ada dalam kapal itu akan tenggelam.

“Saya rasa kecewa dan rasa ia tidak perlu dijadikan contoh kepada kami pemimpin generasi muda,”katanya.

Ditanya apakah nasihatnya kepada Muhyiddin, katanya, beliau bukanlah orang yang tidak layak menasihatkan, tetapi sebagai pemimpin muda, beliau mengharapkan pucuk pimpinan memberikan contoh terbaik kepada sayap.

“Saya anggap itu bukan satu contoh yang baik untuk kami teladani,”Akhirinya.





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.