BOLEH ATAU TIDAK MUHYIDDIN BERUCAP #PAU2015 DITENTUKAN MESYUARAT MT KHAS

on Thursday, December 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO pada 9 Disember ini akan memutuskan sama ada Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan ucapan penggulungan pada hari akhir perhimpunan. 

"Pada pandangan saya memadai ucapan penggulungan hanya membabitkan presiden...tapi sebarang keputusan hanya akan diputuskan dalam mesyuarat MT Khas itu nanti," kata Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO di sini, hari ini. 

Berhubung usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata ia akan merangkumi ucapan dasar presiden UMNO, ekonomi, agama dan pendidikan. Secara tradisinya, sebelum presiden UMNO menggulung perbahasan pada hari terakhir perhimpunan agung, barisan ketua-ketua sayap, naib presiden dan timbalan presiden akan dibenarkan berucap pada sesi penggulungan itu. 

Sementara itu, Tengku Adnan berkata seramai 5,732 perwakilan UMNO dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bermula Selasa depan. 

"Pelbagai program diadakan sepanjang perhimpunan berlangsung dimulai dengan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional dan Simposium Keusahawanan yang akan dirasmikan Presiden. 

"Persidangan agung akan bermula dengan Majlis Taklimat Presiden sebelum diikuti persidangan tiga sayap keesokan harinya," katanya. Tengku Adnan juga memaklumkan sebanyak 1,453 petugas media daripada 60 agensi media tempatan dan antarabangsa akan membuat liputan sepanjang perhimpunan itu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.