USTAZ DON DANIYAL JAWAB TUDUHAN MELAMPAU WARDINA ISU HADIS PALSU

on Thursday, April 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 35 Comments




Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunakaN media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.

Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunaka video tersebut untuk menghentam dirinya.


Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri yang melakukannya.

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don


Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle, facebook atau twiteer. 

Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.

Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun jika beliau ikhlas.

Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk. Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas.

Ustaz Don hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.

Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.

Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'

Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom dan staf tersebut mungkin ada sedikit sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut...Wallahualam...

Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya, saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif.  sumber 


35 Responses

  1. Anonymous says:

    Wardina ni bukan ade ilmu agama pun....
    pakian dia pun Nampak seksi jugak....
    tapi sibuk nak komen dan hentam ustaz Don....
    Duduk diam-diam aje la Wardian ooi...
    jaga la anak awak dan suami baik-baik..
    jangan nak menyibok....

  2. Anonymous says:

    nama jer keje dengan TV AlHijrah.. tapi hati busuk, hasad dengki.. berlapang dada sudahlah.. mungkin giliran ko pulak dapat jemputan ke UK nanti.. sapa tau. Skang ni dah jadi rezeki Ust Don.. redha jer lah.. buat tv agama kena la praktis nilai nilai agama.. nak glamer lebey pi la tv lain... Ust Don.. teruskan perjuangan anda !!

  3. Anonymous says:

    Muka je prasan cantik tpbodoh sombong

  4. Anonymous says:

    muka cantik tapi hati koyak rabak...akai pendek la..

  5. Anonymous says:

    Jawab ler pasal hadis tuh...

  6. 2 Hingget says:

    Satu lagi cara mudah untuk melagakan Melayu muda: Cari Ustad muda, edit video ceramahnya, cari selebriti Melayu/separuh Melayu yang menampilkan islamik, ayat-ayat fitnah sikit (bukan ayat-ayat cinta), masuk google...tunggu viral...then booom!!! success, Melayu bergasak.

    Lepastu tunggu NGO2 masuk jarum..gambar2 presiden, jurucakap dll keluar...jeng jeng jeng glemer aku!!! tu jer Melayu tau buat.

  7. Anonymous says:

    ustaz don jawab la hadis yng di katakan palsu tu oleh wadina. jgn pusing cerita

  8. POD6078 says:

    Don nk cita mcmana... Klu video tuh video edit... Dok cita pasai laen, edit jwpn kot laen.. DON Deedat..

  9. POD6078 says:

    Cam mana ust. Don nk jawab... Video edit.. Cita kit laen, jawapan edit kot laen.. Dont give up Don deedat

  10. Anonymous says:

    1. DON - jangan sebarang tuduh ya, jangan kaitkan dgn org lain, dah banyak kali ceramah kau telah direport ke JAKIM
    2. jangan paki nama usta2 yg lain leee, be matured sikit, sanggu menyampaikan YANG BENAR dengan berani
    3.. sebagai org islam dan memberi ceramah - kena terima teguran dan sentiasa boleh menjawab bila diperlukan- jangan lari
    4. kalau org lain tak cari pasal dgn awak pun, awak yg menyampaikan, dah ada penyampaian tu yg tak betul, kena terima le hahikatnye
    wasalam

  11. Anonymous says:

    edit tidak semestinya berniat buruk..antara tujuannya adalah utk fokus topik memadatkan isi penting..

    ust. don memang agak banyak mengarut... banyak menyebarkan atau bertaklid buta pd sumber yg tidak sahih atau cerita buta...
    walaupun seseorang itu kelihatan alim dan warak..
    itu tidak bermakna yg dia dijamin syurga dan tidak buat salah..
    keasyikan tidak boleh menghalalkan kebatilan atau teori buta..


    bg yg tidak tahu keburukkan taklid buta sila belajar banyak2 bab itu...
    jgn jd penyokong pd ajaran sesat...

  12. assalamualaikum. saudara seislamku, apa kata siasat dahulu. apakah benar hadis tu palsu atau bukan? kita boleh siasat dengan cara bertanya kepada tuan guru - tuan guru yang ada dekat malaysia ni. kadang kadang kita tak.pernah dengar hadis tu, tapi tak bermakna hadis tu palsu. mungkin kita belum dengar atau jumpa lagi hadis tu. bukan mudah nak klasifikasikan hadis tu palsu melainkan dapat pengesahan dari alim ulamak atau pun dengan cara jejak perawi seperti yang dipakukan oleh imam bukhari dan imam muslim. adalah sangat berdosa jika kita tak tahu kebenaran sesuatu hadis tapi kita menuduh/mengecam/memaki ustaz don. pastikan dulu kebenaran hadis tersebut kemudian baru ambil tindakan. janganlah kita mengaibkan orang dengan mewar warkan benda yang kita sendiri tak tahu benar atau palsu. cara begini boleh mengaibkan dan menunjukkan kejahilan kita sendiri dalam bertindak.

  13. Anonymous says:

    assalamualaikum, saya hairan kenapa orang yang bertanya kena hentam begitu teruk peribadinya .Sehingga segala persoalan berubah arah (dari cerita menghalalkan darah sesama Muslim, 'maksumnya' orang yang pernah bmimpi Nabi) kepada tak menghormati orang yang ditanya.dan orang yang ditanya(ustaz don) pun mempersoalkan niat hati orang yang bertanya(wardina). Nilai ilmu hilang. yang jelas nilai mengelak. Sebagai penonton dalam satu ceramah tak bolehkah kita bertanya.Atau orang yang nak bertanya tu mesti diselidik dulu latar belakang ilmunya, perangainya dulu2. Macam tu ke yang Nabi saw ajar. Kalau macam tu macam mana kalau yang bertanya tu bukan Wardina, tetapi Tun Mahathir Mohamad atau Datin Rosmah atau Dato Shahrizat, atau Nik Aziz atau Lim Kit Siang. Kalau murid tanya pada guru ...guru mesti tanya dulu Apa niat kamu tanya ni? Kamu tak layak tanya sebab kamu dulu pemabuk, perogol, pembunuh......... dan itu , ini , ini , itu kamu , kamu ,kamu ikut ajelah aku ini sebab aku dah mimpi nabi ...

  14. Anonymous says:

    Kalu bertanya pasti ada adabnya...lagi bagus dudk semeja berbincng kan lebih cantekk

  15. Anonymous says:

    assalamu'alaikum..ust.don perlu bertahan jika berada dlm kebenaran.. kadangkala bercakap dgn org yg jiwanya hitam kelam tetap sukar menerima kebenaran...byk ujian utk org nk buat baik tp nk buat jahat memang mudah.. waspadalah dlm setiap tindakan..sebesar zarah sekalipun perbuatan samada baik atau buruk tetap akan mendapat balasan setimpal daripda Allah di akhirat kelak...

  16. Anonymous says:

    Kalau brtnya.biarlh iklas.supaya jwpan nya nanti iklas yg digerakn oleh allah.kita.manusia semuanya ada perasaan.iman.nafsu dsbgnya.bila org brtnya spt menuduh.sdkt dbnyk trclr hati jga.xada beza yg tuan imam.tuan kadi.yg dpertuan ke.kdngkala kekecewaan dgn soalan yg brbau fitnah itu saja sdh mmbuat hati rasa terluka.xyah la nk ckp.kau org alim xbole ada mrh.xbole kecewa.xbole slh ckp dsbgnya.sendiri pon prnh rasa.sendiri tau mcm mana.so..pe kata muhasabah diri.bnykan istgfar.setiap sesuatu yakinlh allah akn tlg.kitakn ada allah dan rasulnya utk kita yakini.pst ada jln yg dibuka.



  17. Anonymous says:

    assalamualaikum,,,,terang2 ustaz don dh ckp klu saya silap bagi teguran....ini tidak hentam dan mengutuk.........pe kata wardina pula buat ceramah.........

  18. Anonymous says:

    Semoga Allah swt bagi tunjuk kebenaran yg sbenar2nya. Amin

  19. Anonymous says:

    senang sahaja. ....jauhkan berceramah dengan menggunakan sumber2 yg tidak kuat. ....banyak sangat dah ustaz2 d luar sana dengan cerita harry porter nih

  20. Unknown says:

    Ada perasaan was2 dlm hati ust don. Sbg ustad x perlu lah tuduh ada org lain kt tv hijrah yg busuk hati. Ini menambahkan lagi pertelingkahan. Jawapan ustad don membongkar satu lagi masalah yg sepatutnya disembunyikan sebagai seorang ustad.

  21. Anonymous says:

    Bagi saya..dua-dua pun beragama islam... dahlah tu kerja sebumbung.. kenapa nak guna media.... kalau ikhlas nak perbetul...jumpa sendiri tak pyh buat ramai memalukan diri masing2.. tindakan yg.tak matured

  22. Oasispg says:

    X layak ustaz don di panggil ustaz. Sepatutnya di panggil ustaz donno. Yg ta'lid buta kt dia tu pasal apa? Dia bg syafaat kt hang ka? Kalau x leh tegur jgn dok ajar orang. Tu pi ajar monyet kat hutan tuu

  23. Anonymous says:

    What is this? What nonsense are you guys sprouting? I agree with one of the comment whereby, instead of giving your thoughts negative or positive, why not search for yourselves rather than challenging him, what good deeds do you get out of it except dosa. If you think he is no good, then leave, stop and dont listen anymore. Layak or not is not your place to decide, at least he knows something, do you know anything? Ajar monyet? What nonsense is that? If he wants to share to ther human beings is upto him. And whether he is passing true facts are all between him and Allah swt. Not us to judge. So before commenting on something, self reflect yourselves ppl. Bukan nak kata I am good either, but know what you say... just in case you do not know what is "Self-reflect", it means Muhasabah diri.

  24. Apa kata Wardina p buat ceramat agama tiap2 minggu di surau atau di mesjid2.. Nak tengok hebat mane ilmu agama yang Wardina tahu. Kami semua nak dengar ...

  25. Apa kata Wardina buat ceramah agama di mesjid dan surau. Kami nak tengok hebat mane Wardina ni ...

  26. Anonymous says:

    setuju..jgn lari dari topk. Ustaz Don mesti jelaskan hal yg di bangkitkan

  27. Anonymous says:

    Yabebeda bedu

  28. Anonymous says:

    Kenapa mesti kite bertengkar dan berselisihan faham mengenai isu agama. Tidak bolehkah perkara ini dibawa berbincang secara baik. begitukah nabi S.A.W mengajar umatnya. Kedua -dua nya telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai orang yang beriman dan berilmu. KIta diajar untuk menjaga aib sesama islam kita .

  29. Unknown says:

    Apa masalah korng ni. . biase la. . kite semua ni manusia biase. . silap dn salah tu bleh di ampunkn. . ingt korg ni btul sgt ke. . apa yg di atas ni. . blog nth dri mne. . nth la. . yg salah tetap salah. . kita cume mnegur. . bukn perli. . atau sidiran. .

  30. BLACKHAWK says:

    Betuio tu...kalau ada ilmu..bukan cam tu caranya..
    KALAU berani hantam lah Al imam Ghazali r.h...kitab ihya'banyak hadis palsu dan dhaif..
    Wardinah...jgn action bijak..
    Org action bijak tu sebenaknya BANGHAL...

  31. Unknown says:

    Janganlah bergaduh,kita semue bersaudara,kita selalu berdoa dan dalam patah perkataan tu ada muslimin muslimat,mukminin mukminat,dan juga salam kiri kanan,apa tujuan itu?kita semua hanya hamba Allah,IKHLASkan apa jua perkara,smoga Allah merahmati dan bimbing kita semue,aaminnnnn

  32. Unknown says:

    Janganlah bergaduh,kita semue bersaudara,kita selalu berdoa dan dalam patah perkataan tu ada muslimin muslimat,mukminin mukminat,dan juga salam kiri kanan,apa tujuan itu?kita semua hanya hamba Allah,IKHLASkan apa jua perkara,smoga Allah merahmati dan bimbing kita semue,aaminnnnn

  33. Unknown says:

    Bodoh nak mampus korang ni..hah sokong sgt wardina tu..biarlah lah takda ustaz penceramah lagi..biar ada perompak,pembunuh,perogol hah baru puas hati korang nak viralkan..silap2 leher korang yg kene sembelih..yela..dah ada org buat baik kau tak sokong..penyamun jugak kau nak suruh muncul

  34. Unknown says:

    Bodoh betul korang ni..aku tak nampak pun wardina tu macam bertanya..yg aku nampak dia buat kes besar siap suruh pihak berkuasa siasat bagai kat ustaz don..lau nak tanya..tanya la betul2..ni cara macam nak bagi ustaz don jatuh terduduj terus..tanya apa camtu..

  35. Unknown says:

    Hah bagus. Kalau takda ustaz..silap2 ramai pembunuh da semua nya taknak jadi ustaz..silap2 kita jadi mangsa pembunuh..korang lebih rela peratusan org yg buat jahat lagi ramai dari org yg buat baik

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.