KJ SARANKAN CIKGU "LEMBU " PERLU DIBUANG BUKAN DIPINDAH !!

on Monday, January 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




 Susulan insiden seorang guru yang memaksa dua murid makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.



Minggu lalu, guru berkenaan bertindak menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun dan memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Semalam, media melaporkan guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat Sungkai, Perak telah ditukar ke sekolah lain dan turut diberi surat amaran yang atas tindakan keterlaluannya.



** KJ ternyata faham suara rakyat yang marah perbuatan Cikgu Lembu ini.. dia tak layak menjadi guru sebab memperlakukan murid seperti binatang .



9 Responses

  1. Anonymous says:

    cakap orang yang punya akal pendek begitulah. cik gu tersebut walau pun telah membuat satu kesalahanm, dia pun mempunyai hak utk di dengari dan mempunyai hak utk memohon maaf. kita yang waras ni nilai permohonan maaf beliau. Hukuman awalan pun sudah di laksanakan. sebagai KP UMNO tak payah lah nak tunjuk taring di atas isu kecil ini, banyak isu yang lebih besar yang masyarakat melayu nampak patut KP dan pemuda2 UMNO tangani tetapi hanya diam membisu.

  2. Anonymous says:

    Lepas Ungku Aziz keluar statement pemimpin kena garang tetiba lak KJ keluar statement garang camni...hehe

  3. Anonymous says:

    Buang je.......

  4. Anonymous says:

    Buang je.....

  5. Anonymous says:

    Buang je.......

  6. Anonymous says:

    Buang je...

  7. Anonymous says:

    Jangan sampai nanti umat Melayu-Islam yang menjadi tonggak pemerintahan negara ini merasa muak dan memilih untuk mengambil tindakan sendiri. Waktu itu nanti semuanya akan jadi terlambat! Dah tak dak masa nak cakap "Wawasan 2020" ka "Negara Berkebajikan" ka "1 Malaysia" ka apa ka.

  8. Anonymous says:

    senang tul konsepnya. buat salah pastu minta maaf. pastu selesai kes. buang je cikgu camtu. negara tak rugi pun kehilangan cikgu yang kurang ajar. Jadi buang je la.

  9. Memang patut dibuang saja cikgu perangai mcm ni...sapa yg nak cikgu mcm ni ajar anak dia....aku tak mau la....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.