GURU WANITA MUSLIM SJKC DIARAH BUKA TUDUNG DIBANTAH PENDUDUK KAMPUNG

on Tuesday, January 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Utusan Malaysia difahamkan, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

"Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

"Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

"Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Pernah tak Sekolah Menengah/Rendah Kebangsaan menganiaya guru bukan melayu? Malah pergaulan antara guru-guru melayu dan bukan melayu akrab. Saling bantu-membantu. Tapi tak tau lah jika ada antara guru-guru berkenaan menyimpan sikap rasis perkauman masing2. Ayuh.. guru-guru di Malaysia berbangga lah menjadi Pendidik Anak Bangsa. Jauhkan sikap rasis dalam diri seperti yang dilakukan oleh pihak PIBG yang tidak tahu asas pendidikan negara. Guru-guru bukan jgn jadi BODOH dan TUNGGUL KAYU apabila profesion guru ditentukan oleh PIBG yg BODOH lagi BENGGAP... Guru-guru bukan melayu, anda mampu mengubahnya...

  2. Anonymous says:

    Kita tgk pulok apa komen ahli politik mana-mana parti nanti.....

  3. Anonymous says:

    kita tgk komen ahli politik nanti.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.