HOT ! ANWAR IBRAHIM DICABAR MUSA SAMAN KERAJAAN JEPUN JIKA TAK BERSALAH !! @dzainalabidin

on Thursday, January 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Anwar Ibrahim dalang kepada tercetusnya insiden pembakaran bendera negara Jepun oleh penyokong PKR yang di ketuai oleh Shamsul Iskandar di depan kedutaan Jepun telah di cabar oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir , Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang supaya segera menyaman kerajaan negeri Jepun.

Ini berikutan tindakan Anwar sendiri yang secara membuta tuli membuat tafsiran dengan menuduh kerajaan Malaysia antara pihak yang terlibat dalam insiden pengusirannya dari negara Jepun baru-baru ini.

Anwar di lihat sebagai individu yang punya sifat pendendam sehinggakan segala yang berlaku di sasarkan kepada UMNO dan kerajaan.

Agak memalukan sebagai seorang ketua pembangkang , beliau dengan bersahaja boleh membuat tuduhan sebegitu rupa sedangkan beliau tahu setiap negara punya undang-undang tersendiri dan setiap tindakan yang di lakukan kepada mana-mana pihak sudah pasti mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Mana mungkin kerajaan sehebat Jepun boleh menurut sahaja arahan daripada mana-mana negara tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang mereka sendiri.

Inilah perkara paling memalukan yang telah di lakukan oleh seorang ketua pembangkang yang terlalu beremosi setelah di usir dari negara Jepun.

Walaupun di akui bahawa Anwar sudah pun membuat kenyataan yang beliau tidak menuduh Wisma Putra sebagai dalang kepada pengusirannya , tindakan serta kenyataannya sebelum ini seolah-olah merujuk kepada kerajaan.

Hanya mereka yang buta dan tuli sahaja barangkali tidak dapat memahami maksud tersirat yang cuba di sampaikan oleh Anwar.Malah Anwar sendiri seharusnya perlu bertanggungjawab terhadap tindakan AMK di ketuai oleh Shamsul dalam demo yang telah menyebabkan nama negara tercalar.

Tetapi malangnya Anwar cuba bermain politik dengan hanya menyebut beliau tidak bersetuju dengan tindakan mereka memijak bendera negara Jepun sedangkan dari awal beliau sendiri sebenarnya sudah tentu tahu dan sedia maklum tindakan penyokongnya sendiri akan melakukan demo.

Persoalannya mengapa setelah perkara terbabit mendapat perhatian rakyat dan media di negara Jepun barulah Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataannya tentang insiden terbabit ?

Ini merupakan permainan politik murahan Anwar Ibrahim dan beliau sememangnya terkenal dengan gerakan-gerakan seperti ini.


Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim yang terkenal dengan aksi saman menyaman banyak pihak sebelum ini berikutan pelbagai isu berkaitan harus membuktikan pendiriannya apabila masih mempertikaikan tentang tindakan pihak berkuasa negara Jepun dengan menyaman kerajaan Jepun seperti mana yang di sarankan oleh Datuk Musa.

Gagal menyahut cabaran tersebut bererti Anwar sememangnya RAJA DRAMA !!! - UTARA NEWS-


One Response

  1. Anonymous says:

    Baru dia tahu, dia dah tak da nilai didunia antara bangsa, dia ingat dia hebat orang terima dia macam raja dari entah dimana..ko anwar sudah mengeruhkan hubungan Negara dengan jepun, ko memeang tak da perasaan bendera Negara di hina sebab ko tak da maruah terhadap Negara, memang tabiat ko untuk merosakkan Negara...ingat..anwar has done enough trouble to the country...sapa cakap tu..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.