Pengarah Urusan letak jawatan , UDA semakin bergolak !

on Thursday, June 2, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Isu UDA Holdings milik Kementerian Kewangan semakin panas dan terbaru Pengarah Urusan UDA , Datuk Jaafar Abu Hassan  telah meletakkan jawatan  .  Di ketika pelbagai isu panas  seperti  projek  BBCC yang diberikan kepada syarikat dari China serta penjualan tanah UDA di Jalan Sultan Ismail , tiba-tiba orang kuat UDA sendiri telah meletakkan jawatan .


Pastinya ada yang tidak kena dalam UDA ini dan ia dikatakan  bermula sejak Nur Jazlan menjadi Pengerusi UDA  . Mungkin Datuk Jaafar tidak bersetuju dengan polisi dan keputusan dibuat  oleh Nur Jazlan sejak menjadi Pengerusi ini menyebabkan beliau meletakkan jawatan .


Ia tidak mustahil kerana yang terbaru Pemuda UMNO bangkitkan mengapa UDA setuju utnuk  menjual aset tanahnya  di Kuala Lumpur kepada Mutiara Goodyear Development Berhad  yang mana separuh Board Of Director nya adalah Bukan Bumiputra dan CEO nya adalah Cina !  Adakah itu syarikat yang dikatakan berstatus Bumiputra oleh Nur Jazlan ?

Ini syarikat Ali BABA Melayu  ka ? 


Jika dijualnya aset tanah ini , ia seperti mengkhianati Bumiputra kerana  penubuhan asal UDA adalah untuk menjaga kepentingan pemilikan hartanah Bumiputra bukan agen hartanah . PB harap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengkaji semula bila cadangan UDA  dibawa kepada MOF dan  kerajaan .

PM harus kaji semua penjualan aset bernilai jutaan ringgit UDA ini
daripada terlepas kepada syarikat swasta 



KUALA LUMPUR 1 Jun – UDA Holdings Bhd. (UDA) yang sedang menerima ‘serangan’ bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, hari ini digemparkan pula dengan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Jaafar Abu Hassan selepas enam tahun menerajui agensi itu.


Jaafar dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatannya Isnin lalu, sehari sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah semalam.Beliau dipercayai berbuat demikian atas pilihan sendiri kerana sebab-sebab dalaman dan peletakan jawatan beliau sudah diterima oleh Lembaga Pengarah.


Malah, peletakan jawatan beliau juga disahkan bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana organisasi.Utusan Malaysia gagal mendapatkan pengesahan berhubung perkara tersebut.


Sumber berkata, setakat ini UDA tidak berhasrat membuat pengumuman peletakan jawatan Jaafar dan tidak menolak kemungkinan ia akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat ini.Ini kerana, pelantikan Jaafar dibuat oleh Kementerian Kewangan.Bagaimanapun, sumber menafikan Jaafar meletakkan jawatan kerana mempunyai hubungan dingin dengan Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed.


‘‘Ia bukan disebabkan Nur Jazlan tetapi atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan. Ia terlalu awal lagi (untuk diberitahu),’’ katanya.


2 Responses

  1. Leman says:

    Melayu dari umno la ni tak boleh pecaya. dah la melayu PAS & PKR langsung ingat kat melayu. Dalam BN parti yg kalah ... MCA & gerakan nampak lebih berkuasa. Mintak apa pun dapat. Biasiwa yang tak dapat..la dapat.kalau tak salah 70 lebih cina melayu baru 3. Dalam BN melayu nak minta tolong kat siapa? Umno = PAS = PKR = 2x5 = 5x2 = penyangak mata wang = soros

  2. Tuan Tanah says:

    aku x faham betul ngan nur jazlan ni..patutnya bila kau terpilih untuk ketuai UDA kenalah ada semangat nak tolong bumiputera..dia cakap harga pasaran sekaki tanah kat situ RM800 tapi MGDB boleh offer RM1400..so benda ni boleh naikkan tunai UDA..eh nur jazlan bodoh inilah yg dinamakan tanggungjawab sosial..janganlah nak kira untung sangat..kau kena fikir motif punubuhan UDA tu sendiri..Motif penubuhan UDA ngan GLC lain untuk tolong bumiputera bodoh..bukanlah nak suruh bagi compny bumiputera walaupun terpaksa rugi tapi jangan plak bagi kat bangsa asing sebabkan nak untung besar..mana pegi tanggungjawab sosial UDA kat bumiputera ni??..inilah yg dinamakan nur jazlan BODOH tiada batasannya

    MARI KITA DESAK KERAJAAN HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN UNTUK BINA BANGSA MALAYSIA!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.