Malaysia Boleh ! Tahniah pasukan Harimau Malaya yang terus mencipta sejarah apabila melayakkan diri ke pusingan akhir Pra Olimpik Zon Asia setelah berjaya menumbangkan Lubnan 2 - 1 dalam perlawanan cukup perit dan penuh tekanan .
Gol pertama Malaysia di jaringkan oleh Irfan Fazail hasil rembatan half volley di dalam kotak penalti lawan hasil gerakan cantik bermula dari sepakan sudut . Seterusnya pasukan negara menambah lagi jaringan menerusi Wan Zack Haikal selepas menerima throw pass kelas dunia dari Gurusamy dan seterus menolak leret bola ke gawang gol.
Lubnan cuba merapatkan jurang gol dengan mendapat satu gol selepas skuad negara kekurangan 1 pemain selepas Gary Steven Robbat menerima kad merah . Pasukan negara terus pamerkan aksi bertahan hingga akhir wisel penamat .
Syabas pasukan Harimau Malaya !