Pencerobohan pesawat udara Singapura di ruang negara Malaysia gugat keselamatan negara !

on Tuesday, June 21, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments

Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Bernama melaporkan, Zahid berkata, Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.

Menurutnya setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

"Pada tahun ini sahaja iaitu sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat (menceroboh) dikesan dengan purata sebanyak empat pergerakan pesawat sebulan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebanyak 985 pergerakan pesawat Singapura dikesan pada tahun 2008, 1,286 pergerakan (2009) dan 218 pergerakan pesawat (2010).Beliau juga berkata bantahan tersebut bermula setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh,


Komen GPB

Cukup banyak sekali pencerobohan pesawat tentera udara negeri Singapura ke ruang udara negara kita.  Mengapa tentera mereka suka hati menceroboh ruang udara kita ?

Maruah dan kedaulatan negara adalah sesuatu yang perlu dipertahankan.  Lihat di negara lain jika pesawat ceroboh negara mereka sudah tentu dikenakan dah tindakan .

Sebagai contoh isu kepulauan Spralty pun cukup la kita lihat bagaimana China dengan Vietnam bertikam lidah   walhal pulau itu masih lagi dalam tuntutan .  Ini pulak ruang udara kita dimasuki tanpa diberi amaran pun boleh masuk sampai 2000 kali !

Persoalannya , sampai bila perkara ini akan berterusan ? Apa yang dicari oleh tentera udara Singapura di bumi Tanah Melayu ini ?   Apa yang cuba diintip mereka ?

Zahid Hamidi dan pihak tentera perlu tegas dalam isu ini dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi !


8 Responses

  1. Zahid hamidi pun dah macam Hisyamudin Tun Hussen... AMARAN AMARAN AMARAN...berapa banyak AMARAN daaaaa?

  2. Anonymous says:

    semua ini terjadi kerana pihak tentera hanya ambik repot saja.cuba tembak dengan peluru anti pesawat sekali.kita tengok apa yang nak jadi.

    pak menteri pertahanan dok berlembut lagi.
    jangan bagi muka sangat.

    bagi pendapat aku....depa ni dok redy ja....
    pom bila dengaq ja demo bersih huru hara depa terus masuk dengan jet bom malaysia.

    mana nak tahu.kita kena berjaga2 juga.mungkin ada agenda tersembunyi

  3. Anonymous says:

    ader udang disebalik batu tu,

    aku rasa amaran dah x berguna sekiranya dah 2000 kali pesawat singapura begitu berani menceroboh ruang udara kita..

    apa lagi tentera kita nak tunggu2 .. x kan nak diam jer.. ingat kita ni x der maruah ker!!

    balun jer pesawat singapura tu..

    sampai bila kita nak diam jer!!

  4. Anonymous says:

    kalau aku tembak je trus macam korea selatan tu buat..salah tembak tapi dapat pujian sbb BERSEDIA...tentera Malaysia takut nak tembak sbb ORANG ATAS tu Lembab

  5. AJAI62 says:

    Assalam Bro

    Sokong tembak aje... Buat macam Korea Selatan... jangan tertembak pesawat penumpang sudah...

  6. Anonymous says:

    Letak je misil dengan meriam anti-pesawat sepanjang sempadan Johor tu. Lepas tu kasi Sultan Johor suruh JMF dia jaga, mau tak Singapore tunjuk batang hidung dia lagi.
    P/S: Saya dengan sukarela menjadi jurumeriam di sana.

  7. Stallion says:

    Bikin sakit hati jika orang Malaysia ke Singapore diejek2m Malaysia itu dan ini. Saya sokong Indonesia Pak Presiden menyuruh kendali sendiri ruang udara di Natuna. Kenapa kita biar musuh pun bilang bkan mush masuk ruang udara. Kita cukup berlembut pada taktikal perang Sinpaore sudah menang dari kawalan udara. Cubalah ATM Udara harus ambil perhatian..kawan konon kawan mereka tidak melihat kita jadi kawan. Saya bla minum dikedai kopi selalu diperli orang Cina yang Malaysia sendiri tidak boleh jaga udaranya.. Saya bukan tentera tapi jiwa saya tentera.. Please the Big Gun get the big salvo.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.