Sang pengkhianat negara sedang menghasut rakyat gulingkan kerajaan
Semalam, ceramah grand finale Pakatan Rakyat yang bertempat di hadapan Hotel Paramount telah menyaksikan bahawa DAP mampu menarik hampir 10'000 penyokongnya yang terdiri dari 99% kaum cina di sekitar bandar Sibu.
Saya terpaksa meletakkan kereta 2km dari tempat ceramah dan berjalan kaki ke situ bagi meninjau kempen terakhir Pakatan Rakyat itu yang dihadiri oleh semua pemimpin besar mereka.
Biarpun dalam keadaan hujan renyai, agak mengejutkan kerana pengunjung yang hadir langsung tidak berganjak dan tetap setia mendengar ceramah yang dibuat oleh Lim Kit Siang, Hj Hadi dan juga Anwar Ibrahim.
Ceramah terakhir DAP ini saya sifatkan agak luarbiasa kerana ia penuh dengan sentimen perkauman, sentimen agama dan juga sentimen anti kerajaan yang dibawa di dalam ucapan-ucapan penceramahnya. Ayat ringkasnya ialah, "full package".
Lim Kit Siang membangkitkan sentimen perkauman dengan menegaskan bahawa pengundi kaum cina terutamanya kaum FooChow harus berubah menyokong DAP kerana undi BN bermakna kaum cina akan terus dipinggirkan dari memegang kuasa politik tertinggi di negara ini khususnya di Sarawak.
Undi BN juga bermakna cina akan tetap berada dibawah perintah orang melayu. Hanya dengan DAP sahaja kaum cina mampu menguasai politik di negara ini. Bagi saya, ucapan Lim Kit Siang ini ditujukan kepada TS Taib Mahmud yang telah berkuasa selama 29 tahun di Sarawak.
Amat gemuruh tepukan dari semua yang hadir dengan ucapan penuh sentimen dari Kit Siang ini. Teringat saya sewaktu mengikuti kempen DAP dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang sewaktu PRU 12 lalu yang amat serupa keadaannya di Sibu ini. Ucapan yang sama dan juga sentimen serupa dimainkan dan hasilnya..., DAP telah berjaya menawan Pulau Mutiara selepas PRU 12.
Hj Hadi dengan wajah ceria melihatkan ribuan manusia bermata sepet didepannya dengan begitu bersemangat bercerita tentang penggunaan nama Allah untuk pihak Kristian. Katanya, BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.
Hadi menjelaskan bahawa, Pas tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan Pas sedia berkerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sentimen agama yang dimainkan oleh Hj Hadi ini disambut dengan sorakan kegembiraan masyarakat cina Sibu di ceramah tersebut yang hampir keseluruhannya beragama Kristian.
Anwar Ibrahim meneruskan upacara membakar semangat pengunjung yang hadir dengan menyatakan bahawa kini tiba masanya kaum cina menolak kerajaan pimpinan DS Najib yang disifatkannya zalim terhadap rakyat.
Anwar bercerita mengenai berjuta-juta duit rakyat yang kononnya dihabiskan oleh DS Najib hanya untuk menemui Obama yang merupakan Presiden Amerika Syarikat. Anwar juga telah menuduh kerajaan mengkhianati rakyat khususnya kaum cina di Sarawak dengan membiarkan negeri ini mundur dengan menumpukan pembangunan hanya di Semenanjung sahaja.
Anwar juga menjelaskan, kaum cina di Hulu Selangor telah menunjukkan "kuasa" mereka dan kini giliran Sibu pula.
Sentimen anti kerajaan dimainkan oleh Anwar seolah-olah dia mengajak rakyat menggulingkan kerajaan yang sedia ada sepertimana yang terjadi di negara jiran Thailand. Ini jelas didalam kenyataannya yang menyifatkan rakyat di Sarawak dianak tirikan dan dilayan umpama hamba oleh kerajaan BN didalam semua aspek sedangkan negeri Sarawak mewah dengan hasil buminya.
Seluruh kawasan ceramah bergema dengan laungan "REFORMASI" dan kibaran bendera DAP oleh pengunjung yang hadir.
Saya terpegun bercampur hiba apabila melihat politik keji yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini. Bagi saya, ini adalah permainan politik yang pasti akan menggugat ketenteraman rakyat dan juga meruntuhkan kerukunan perpaduan berbilang kaum di negara ini.
Sambil berjalan pulang ke tempat letak kereta, saya mengelamun sendirian memikirkan keadaan yang mungkin terjadi andainya politik sebegini dijadikan amalan di negara ini.
Saya berpandangan, cara permainan politik sentimen seperti yang dibawa oleh Anwar, Lim Kit Siang dan juga Hj Hadi ini hanya akan membinasakan sesebuah institusi demokrasi yang cuba diterapkan didalam negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Kesannya mungkin tak akan kita rasakan sekarang, tetapi ia akan memberi impak yang besar kepada cara pemikiran generasi muda di masa akan datang.
Pada masa inipun sudah bermula bertunas bibit-bibit kebencian sesama kaum hasil dari permainan politik pembangkang, cuba bayangkan apa yang bakal berlaku didalam jangkamasa 10-20 tahun akan datang jika keadaan ini dibiarkan berlarutan.
sumber :
che wan Link
Ceramah Grand Finale Pakatan : Karpal ancam bunuh Tun M