Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2010-04-25

default

Wira PERKASA pertahan Sultan Selangor menentang pengkhianat PKR di Tropicana

on Friday, May 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Zaid akhirnya akur dengan PERKASA mohon maaf kepada Sultan Selangor


Perkasa mendakwa anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim telah memohon ampun kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya tentang isu masjid digunakan untuk berpolitik.

Oleh itu, Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, pihaknya memutuskan untuk membatalkan demonstrasi susulan hari ini selepas difahamkan Zaid (gambar) telah memohon maaf.

“Kami sepatutnya mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat PKR petang ini tetapi apabila saya dimaklumkan bahawa Datuk Zaid sudah mohon ampun, maka kami pun memutuskan untuk tidak meneruskan demonstrasi,” katanya.

Zaid dijadual mengadakan sidang media di rumahnya di sini pagi esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pula berkata Zaid tidak meminta maaf kepada Sultan Sultan Sharafuddin.

“Jadual untuk menghadap Sultan pun tidak ada,” katanya ketika dihubungi.

Arman Azha berkata, selepas demonstrasi di hadapan ibu pejabat PKR semalam, Zaid telah meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak sampai 24 jam.

“Semalam kami (Perkasa) membuat desakan, tidak sampai 24 jam, Zaid sudah memohon ampun dari Tuanku.

“Ini menunjukkan PKR takut desakan, takut desakan daripada Perkasa.

“Kami adalah orang pertama yang membuat protes di PKR dengan sokongan NGO lain.

“Mereka takut dengan Perkasa dan menunjukkan mereka tidak menghormati Sultan Selangor,” kata Arman Azha.

Wira Perkasa mengadakan demonstrasi di pekarangan ibu pejabat PKR semalam dan hari ini bersama Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yang terdiri daripada Persatuan Kebajikan Islam Selangor, Gabungan Graduan Melayu Muda, Pertubuhan Anak-Anak Bugis dan Persatuan Pembela Perlembagaan Persekutuan.

Kira-kira 2.30 petang tadi seramai 30 ahli Pemuda Umno Selangor dan Perkasa telah mengadakan perhimpunan aman tanda protes terhadap kenyataan Zaid di hadapan Masjid Negeri Selangor di sini.

Semalam mereka mendesak Zaid memohon maaf ekoran tulisan dalam blognya seolah-olah memperlekehkan dan mempersendakan titah perintah Sultan Selangor serta tidak menghormati institusi Kesultanan Melayu.

Mereka mendakwa kenyataan Zaid bersifat menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah perintah Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam.

Dalam pada itu, Umno dan Perkasa hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Datuk Suhaimi Ghazali berkata polis perlu menyiasat kenyataan Zaid yang kelihatan menghina Sultan Selangor kerana ia berbaur hasutan dan boleh mempengaruhi minda masyarakat.

Menurutnya, Zaid perlu dikenakan tindakan setimpal kerana mengingkari titah Sultan Selangor yang sebelum ini bertitah supaya sebarang ceramah politik tidak dilakukan di dalam masjid di negeri ini.

“Saya dimaklumkan pagi tadi (semalam) Datuk Zaid sudah minta maaf, tapi salah tetap salah.

“Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pun sudah membuat kenyataan bahawa sesiapa yang ingkari titah Sultan Selangor boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara,” katanya semalam.

default

Parti Kelentong Rakyat menyeru umat Islam puji Guan Eng

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Walaupun Guan Eng dikritik hebat pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama langsung dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, ada juga boneka beliau dari Melayu PKR yang menyeru orang Islam khususnya di negeri wajib memuji pendekatan pemimpin diktator dan ultra kiasu itu.

Abdul Malik Kassim (PKR-Batu Maung) yang terkenal sebagai penjilat tegar Guan Eng ketika isu Maulidul Rasul , klik di sini merupakan Exco Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan oleh umat Islam PP kerana menjadikan pemimpin Islam sebagai contoh dalam pentadbirannya.

Bila dipuji sakan oleh Melayu 2,3 kerat ini dalam PR , Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut.

Tambah Shabudin, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya apabila berjumpa dan melakukan aktiviti di kalangan orang Islam semata-mata.

''Saya tidak larang. Tapi kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.

''Tindakan beliau (Guan Eng ) meluluskan 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras tahun lalu juga amat bertentangan. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

default

Mafrel akui ditaja oleh CIA

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

NED ditaja CIA

Oleh Aspirasi Bangsa

Ini adalah keratan berita mengenai pengakuan Mafrel [baca sini].

Mengulas mengenai dana yang diterima, Syed Ibrahim berkata, badan itu sanggup menerima risiko kehilangan sumber kewangan daripada penaja mereka sekiranya pihak terbabit tidak bersetuju dengan laporan yang bersifat telus dan adil yang dikeluarkan oleh Mafrel.

Syed Ibrahim berkata, pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12), Mac 2008 yang lalu Mafrel telah menerima dana sebanyak US$50,000 (RM170,000) bagi menampung kos kajian dan penyelidikan pada ketika itu.





Siapakah IRI.. lihat dibawah ini [rujuk sini]:

CIA pernah menaja beberapa yayasan Kristian Jerman seperti Friedrich Ebert Foundation (FEF) dan Konrad Adeneur Foundation (KAF) untuk melaksanakan misi yang sama.

Namun pada tahun 1980-an, CIA menukar taktik dengan menaja sepenuhnya 'yayasan demokrasi' apabila Amerika Syarikat menubuhkan NED (National Endowment foe Democracy) pada tahun 1983. Klik di sini

Penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein, turut mengesahkan NED adalah nama lain kepada CIA.

"Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu", Kata Allen Weinstein dalam Washington Post, 22 September 1991.Klik di sini

NED mempunyai empat cabang penting iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity), di mana pengkhususan kepada pilihanraya di sesebuah negara terletak di bawah bidang kuasa IRI.

Komen PB

Inikah badan yang dikatakan bebas seperti MAFREL ?? Rupanya songlap Duit daripada YAHUDI !! Jika kita kaji semua orang di dalam MAFREL ini semua adalah aktivis yang terdiri daripada penyokong2 Anwar.

Malah sebelum ini, setiausaha MAFREL adalah Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah), sekarang ini menjadi orang kuat AMK .

IRI merupakan antara penaja Anwar di luar negara dan hari ini Syed Ibrahim akui IRI penaja MAFREL di Malaysia ?. Bukankah ini bermaksud 'tangan' Anwar berada di belakang MAFREL?


Nampaknya kini rahsia2 proksi di dalam negara dan luar negara Anwar telah terbongkar dan bagaimana mereka boleh hidup dengan berbekalkan fund daripada Yahudi dan CIA di US .

default

Disebalik kenyataan biadab Zaid Daniel terhadap Sultan Selangor

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Zaid Daniel terus kurang ajar & biadab !! Demi pertahanakab wali selipar, Zaid Daniel mahu membalas jasa orang tua itu ketika membantu kempen di HS dengan membuat tuduhan kurang ajar kepada Sultan Selangor .

baca kenyataan dari mykmu.net


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan Zaid Ibrahim mengecam Tuanku Sultan Selangor merupakan satu tindakan biadap, kurang ajar dan mungkin sebahagian agenda Pakatan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Republik.

Dalam entri terbaru blognya, beliau menyatakan kuasa agama Islam negeri adalah kuasa Tuanku Sultan yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri dan tidak sepatutnya dipertikaikan.


1. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim menganggap titah Tuanku Sultan Selangor agar masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sebagai pandangan peribadi bukannya arahan yang perlu dipatuhi merupakan satu penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi kesultanan Selangor.

2. Walau apapun hujahan undang-undang, tindakan mempertikaikan titah Tuanku secara terbuka merupakan satu tindakan biadap. Mungkin perkataan yang lebih tepat ialah kurang ajar kerana Zaid bukan pun anak negeri Selangor. Sebagai rakyat Malaysia yang bukan anak negeri Selangor, Zaid sepatutnya lebih menghormati Sultan Selangor, negeri yang beliau duduki hari ini. Inilah negeri tempat beliau mendapat kemewahan dan juga hampir diberi peluang menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya kecil lalu. Apakah madu yang diberi oleh Selangor, tuba yang dibalas Zaid?

3. Apa pun prosedur yang dipertikaikan oleh Zaid, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor secara jelas menyatakan Tuanku Sultan ialah Ketua Agama Islam Negeri yang berhak membuat sebarang titah (arahan) yang wajar dipatuhi.

4. Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Fasal XLVIII.(1)

The Head of the religion of the state shall be His Royal Highness dan His Royal Highness may cause laws to be enacted for the purpose of regulating religious affairs and for the Constitution of a Majlis Agama Islam, to be called in English "Council of Religion of Islam", to aid and advise His Royal Highness in all matters relating to the religion of the State.


5. Titah Tuanku hanya menjadi nasihat jika ia sesuatu di luar bidang kuasa baginda. Itu pun perlu diberi pertimbangan yang serius oleh kerajaan negeri kerana Tuanku masih merupakan Ketua Negeri yang memberi kuasa pemerintahan Eksekutifnya kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

6. Sebaliknya dalam hal ehwal agama Islam, titah Tuanku adalah arahan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS hanya bertanggungjawab menasihati dan menjalankan titah Tuanku.

klik di sini selanjutnya


Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO, Hishamuddin Yahya menyifatkan Zaid adalah alat DAP untuk mencabar kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu dan kedudukan bumiputera di negara ini.

"Jika dahulu Nizar mencabar Sultan Perak sehingga mengatakan beliau "Sembah Derhaka", hari ini Zaid Ibrahim pula memperlekehkan titah Tuanku Sultan Selangor membabitkan isu agama Islam. Mereka ini merupakan Melayu yang menjadi alat kepada DAP sahaja, "

default

Kenyataan Guan Eng buktikan DAP hanya mahu jatuhkan Musa Hassan bukannya bela keluarga Aminulrashid

on Thursday, May 6, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Dalam sidang Dun PP hari ini , akhirnya Guan Eng terpaksa menjawab isu kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis kerana DAP kini dilihat telah berjaya manipulasi dan menjuarai isu ini sepenuhnya .

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) menjawab, DAP bukannya tidak menghormati jasa polis tetapi mereka tidak mengiktiraf Tan Sri Musa Hassan yang disifatkan sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara.

"Tidak ada salahnya kita mengkritik Musa Hassan (Tan Sri) kerana bagi kita dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara, ditambah lagi insiden terbaru melibatkan kematian Aminulrasyid (Amzah)", katanya klik di sini sepenuhnya


Kenyataan di atas membuktikan DAP tidak menghormati jasa dan tugas POLIS DIRAJA MALAYSIA . Cukup dangkal sekali jawapan Guan Eng menyatakan DAP bukan tidak menghormati polis tetapi tidak iktiraf Tan Sri Musa Hassan sebagai IGP .

Jika DAP hantam dan kritik seperti orang gila terhadap Musa Hassan yang mengetuai pasukan Polis , bermakna sama juga seperti mereka kritik seluruh anggota polis di seluruh negara. Dalam isu kematian aminulrashid ini , bukannya salah Musa hassan pun tetapi oleh kerana perkara itu melibatkan anggota pasukannya maka semua kesalahan itu dilemparkan kepada beliau ..

Sebenarnya daripada kenyataan Guan Eng ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa DAP bukan mahu membela sangat pun keluarga Aminulrashid ini tetapi lebih kepada dendam kesumat DAP dan Anwar Ibrahim terhadap TS Musa Hassan . Guan Eng sendiri dah sebut dia memang mahu Musa Hassan tidak menjadi Ketua Polis Negara kononya tidak layak . Jadi, mereka gunakan insiden kematian Aminulrashid ini sebagai peluru untuk menyerang TS Musa Hassan dan polis . Kepada keluarga mangsa, PB tidak sangka begitu mudah anda diperbodohkan oleh puak2 DAP kafir harbi laknatullah ini ....


Jadi, sudah jelas di sini DAP hanya mahu mempolitikan isu ini sahaja untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti polis di mata rakyat . Ini lah pelampau-pelampau politik yang mahu merosakkan negara !!

default

Guan Eng gagal tarik pelaburan ke PP !!

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Ketua Menteri Pulau Pinang didesak agar membentangkan perolehan dan perbelajaan suku pertama 2010 memandangkan pelaburan luar ke Pulau Pinang menyusut dari RM10.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM2.2 bilion pada tahun 2009. Malah misi pelaburan kerajaan negeri ke luar negara yang sangat kerap iaitu sebanyak 15 kali terutama ke Singapura berbanding tempoh Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri juga tidak mendatangkan banyak hasil kepada pelaburan negeri .

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata di sidang DUN semalam , walaupun pelaburan sebanyak RM10.2 bilion diperoleh pada 2008, iaitu ketika pakatan pembangkang memerintah negeri, pelaburan berkenaan sebenarnya telah dibawa masuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Mereka juga kata akan bawa masuk pelaburan berjuta ringgit ke negeri ini melalui beberapa perjanjian yang telah dimeterai dengan beberapa negara "

"Betulkah pelaburan itu dapat dibawa masuk atau semata-mata perjanjian atas kertas kerana dari segi pengalaman saya, tidak semua perjanjian itu mampu membawa pelaburan, ada yang gagal," katanya.

Selain itu, Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa berdasarkan kepada data yang diperoleh iaitu pelaburan negeri PP menurun cukup banyak sehingga 80 peratus tahun lalu.Menurutnya, jumlah yang dicatatkan itu lebih rendah berbanding dua negeri lain yang berada di bawah pemerintahan pembangkang iaitu Kedah yang mencatatkan penurunan pelaburan sebanyak 50 peratus dan Selangor 42 peratus tahun sama.


'Kita sedar bahawa kemelesetan ekonomi yang berlaku tahun lalu dialami oleh semua negara, namun, apa usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk memujuk syarikat-syarikat yang ingin keluar dari negeri ini supaya mereka tidak berbuat demikian?

''Mereka perlu pergi berjumpa kilang-kilang ini, ambil tahu masalah mereka dan cuba beri insentif yang lebih baik supaya kilang-kilang ini terus berada di Pulau Pinang. Inilah yang perlu diambil berat dan bukannya berlumba-lumba pergi ke luar negara cari pelaburan yang belum tentu ada hasil.



Kegagalan Guan Eng menarik pelaburan ke PP semakin menarik bila Penolong Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Goh Kheng Sneah menggesa Lim Guan Eng melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bagan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negeri.



Penurunan pelaburan menurut Goh jelas menunjukkan beliau tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua menteri kerana mengikut sumber yang saya ada, sejak Guan Eng menjadi ketua menteri, 15 kali beliau ke luar negara atas alasan ingin mencari pelabur luar masuk ke Pulau Pinang.

“Kalau betul beliau ke luar negara untuk tujuan itu, kenapa pelaburan di sini menurun? Saya juga dapat maklumat beliau ke luar negara dengan membawa isteri dan keluarganya, kalau betul pergi atas tujuan untuk mencari pelabur luar, apa gunanya bawa keluarga dan isterinya sekali?,” katanya kepada media, semalam.


Menurutnya, penurunan itu adalah penanda rakyat Pulau Pinang berada dalam zon bahaya dan 2010 dijangka menyaksikan penurunan yang lebih ketara berikutan penolakan Kerajaan Negeri terhadap pelaburan RM10 bilion atas alasan kekurangan tenaga mahir.

Tindakan menolak pelaburan itu adalah tidak wajar dan kurang bijak kerana menolak pelaburan bernilai RM10 bilion yang dilihat mampu memulihkan keadaan pelaburan di negeri ini dengan alasan yang tidak munasabah.

“Beliau tidak sepatutnya memberi alasan bahawa Pulau Pinang kekurangan tenaga mahir untuk tidak menerima RM10 bilion kerana ia dilihat tidak adil kepada rakyat di Pulau Pinang sedangkan ketika perindustrian mula memasuki Pulau Pinang pada awal tahun 70-an, masa itu juga kita tiada tenaga mahir,” katanya.

Kheng Sneah turut mencabar Guan Eng untuk mengeluarkan jumlah pelaburan terbaru iaitu pada tahun 2010 berikutan jumlah pelaburan terkini iaitu bagi bulan Januari dan Februari 2010 adalah RM100 juta.

“Jangan tanya saya di mana saya dapat jumlah ini kerana apa yang lebih penting, saya cabar Guan Eng memberikan berapa jumlah pelaburan sebenar untuk tahun ini dan kalau betul beliau berkata pelaburan di Pulau Pinang stabil, buktikan kepada saya.

“Saya juga cabar beliau buktikan bahawa jumlah yang saya berikan ini adalah salah dan beliau mestilah memberikan jumlah yang sebenar kerana rakyat perlu tahu bagaimana keadaan pelaburan di sini,” katanya.



Nampaknya Guan Eng diktator yang dikatakan pemimpin bijak , integriti , khalifah Umar Abd Aziz la dan segala macam gelaran sebenarnya gagal membawa pelaburan ke negeri antara yang termaju di Malaysia . Dahulu selepas menang sahaja bukan main lagi cakap besar yang " kita kerajaan Pakatan Rakyat akan menarik banyak pelabur-pelabur ke PP " tetapi sekarang habuk pun tarak . Guan Eng dok pi luar negara itu semua sign MOU kosong saja ..


Persoalannya di sini , kalau negeri Kedah yang ditadbir oleh Ustaz Azizan PAS pun mencatat penurunan 50 % pun, ini negeri hebat dan maju seperti PP malah ditadbir pulak Khalifah kesayangan PAS nampak lagi teruk penurunanya . Ini bermakna pentadbiran Guan Eng adalah 50 kali teruk la daripada kerajaan PAS kedah .

PB yakin penurunan teruk peratusan pelaburan ini adalah disebabkan dasar-dasar kerajaan negeri Pakatan yang mengantikan dasar-dasar kerajaan BN dahulu itu sendiri menyebabkan pelabur tidak berminat melabur . Kita lihat sudah 2 tahun Guan Eng dan Pakatan memerintah PP tetapi mereka gagal membawa kemakmuran ekonomi lebih baik kepada rakyat . Mereka hanya tahu dok sibuk ceramah politik dan terbaru menghasut rakyat benci Polis .

Ini baru memerintah sebuah negeri pun sudah gagal , macamana mahu perintah negara . Itu pun ada angan-angan mahu tawan Putrajaya .


default

Guan Eng bikin lawak bodoh silap ejaan ..

on Wednesday, May 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments

Majlis pelancaran 30,000 risalah dan "bunting" untuk menghebahkan Program Penghargaan Warga Emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini, dibatalkan selepas berlaku kesilapan ejaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan pembatalan program berkenaan selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan itu.

Antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan).

Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu “A Sincere contribution from the people PR Goverment” (sepatutnya People ditulis People's).

Lim yang terkejut dengan perkara itu, berkata kesilapan itu tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya berlaku.

"Kami tidak akan gunakannya. Majlis pelancaran tadi dibatalkan dan digantikan kepada sidang media saja,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Pelancaran risalah dan sepanduk untuk menyebarkan Program Penghargaan Warga Emas itu sepatutnya diadakan di bilik mesyuarat bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada jam 12.30 tengah hari ini.

Risalah itu dicetak dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Risalah dan sepanduk berkenaan akan diletakkan di tempat umum dan pusat khidmat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat, bertujuan menguar-uarkan program berkenaan, iaitu pemberian RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang pada setiap tahun.

Walaupun beberapa pihak, khususnya Barisan Nasional yang mengkrtitik program itu sebagai gimik dan memalukan, namun kerajaan negeri menegaskan bahawa ia sebagai tanda penghargaan kepada warga emas.




Komen PB :

Apa lu bikin Guan Eng ?? Mahu buat lawak masuk PCK la !!! Pembatalan risalah dan banner ini jelas merugikan wang kerajaan negeri PP . PB anggarkan kurang RM 100,000 wang dibazirkan oleh Guan Eng ekoran pembatalan majlis ini .
Cuba lihat pada kos cetakan 30,000 risalah sahaja sekurang-kurangnya puluhan ribu , apatah lagi kalau risalah yang berwarna itu tidak termasuk banner dan bunting.

Itu belum kira pula dengan persiapan program, makan minum, dan lain-lain lagi.. tidakkah ianya melibatkan puluhan ribu duit kerajaan telah dibazirkan..

Ini akibat bagi projek pada kroni Guan Eng maklumlah bahasa Malaysia mereka kurang sikit kerana terlampau ultra kiasu sangat ..Hanya nak buat program RM 100/ setahun kepada warga emas tetapi yang dibazirkan ribuan ringgit wang rakyat .. mudahnya kerajaan Pakatan membazir wang rakyat!!!

Kroni didahulukan , warga emas digula-gulakan ...

link

Guan Eng pernah masuk kelas peralihan failed BM

Kerja bohong tak menjadi , duit kerajaan lebur

default

Tender terbuka CAT Guan Eng retorik dan tidak telus

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Manifesto DAP pada PRU 12 dahulu bahawa setiap syarikat yang mendapat tender daripada kerajaan negeri bagi projek bernilai lebih RM10 juta perlu memberi sumbangan hari ini dipertikaikan oleh Datuk Azhar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Beliau berkata kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya memberi penerangan lebih jelas kepada siapa sumbangan tersebut diberikan.

"Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa?"

Selain itu kata beliau juga turut persoal tindakan kerajaan negeri dalam pemberian beberapa tender kerana tidak menggambarkan sistem terbuka berlandaskan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang dilaungkan oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri .

Antara contoh yang beliau jelaskan ialah tender projek di Taman Perindustrian Batu Kawan iaitu terdapat lima syarikat yang memohon tetapi yang berada di kedudukan kelima pula dipilih.

Apabila tender ini dibuka, syarikat yang berada di kedudukan kelima itu sahaja dipanggil Guan Eng untuk membuat rundingan. Persoalannya mengapa tidak dipanggil syarikat yang berada di kedudukan pertama atau kedua . Adakah syarikat ke lima itu kroni Guan Eng dan DAP ???

Selain itu , menurut Azhar, tender projek Bukit Jambul Country Club (BJCC) juga sama apabila ia diberikan kepada Taiyo Resort (KL) Berhad yang didakwa mempunyai masalah kewangan seperti didedahkan oleh Gerakan sedangkan masih ada syarikat lain juga disenarai pendek.

Ini menunjukkan dalam permohonan tender itu walaupun ada syarikat yang mempunyai keupayaan, rekod yang baik tetapi sebaliknya syarikat yang mempunyai masalah kewangan pula diberi tender oleh Guan Eng . Syarikat Taiyo itu juga merupakan syarikat luar dari PP dan sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan syarikat tempatan dahulu .

Kesimpulan yang PB lihat , apa yang Guan Eng cakap tender terbuka oleh kerajaan PP adalah sebenarnya lebih kepada retorik sahaja atau lebih mudah " Cakap tak serupa bikin " . Guan Eng cakap hebat kononya open tender ini boleh menjimatkan duit kerajaan negeri tetapi itu semua retorik sahaja .

Daripada surface nampak seperti telus sistem open tender ini, tetapi sebenarnya bohong !! Tender terbuka kepala otak dia kalau boleh dok semuanya ada runding -runding lagi ... Lebih baik tak payah buat terus open tender ini .


default

Adun DAP sendiri tidak setuju pembinaan PICC membazir

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


PULAU PINANG 4 Mei - Seorang penyokong kerajaan hari ini menyatakan rasa bimbang dengan rancangan kerajaan negeri membina Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PICC) yang bernilai RM50 juta.

Jagdeep Singh Deo (gambar) (DAP-Datuk Keramat) menjelaskan, projek berkenaan yang dibina bersebelahan Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di Bayan Baru bakal memberi kesan negatif kepada kewangan negeri jika ia tidak mampu membawa keuntungan.

Menurut beliau, apa yang diketahuinya, projek itu nanti akan menggunakan wang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk dilaksanakan.

''Saya bimbang adakah satu kajian telah dibuat terlebih dahulu oleh kerajaan negeri atau tidak sebelum rancangan pembinaan projek ini dibuat. Saya khuatir, kerana ia melibatkan wang yang diambil dari PBT.

''Saya harap kerajaan negeri akan melakukan kajian terperinci terlebih dahulu supaya kewangan negeri tidak terjejas. Tahun ini, kita berjaya mencatatkan lebihan pendapatan. Janganlah apa yang kita peroleh ini terjejas dengan perkara-perkara yang tidak patut kita buat," kata Jagdeep.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada sidang DUN di sini hari ini.

Pembinaan PICC yang menelan kos RM50 juta mendapat tentangan pelbagai pihak sebelum ini antaranya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP).

Ia dianggap membazir kerana negeri ini sudah mempunyai terlalu banyak pusat konvensyen dimiliki pihak hotel dan pembinaannya menggunakan wang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN- Penaga) yang turut membangkitkan isu itu membidas kerajaan negeri kerana melantik arkitek untuk projek berkenaan secara sesuka hati.

''Apa sudah jadi dengan tender terbuka yang dikatakan selama ini? Bukankah ini amalan kerajaan yang kononnya cekap, akauntabiliti dan telus (CAT)?

''Kenapa tidak buat tender terbuka untuk PICC seperti projek lain?" katanya.


Komen PB


Isu PICC ini sebenarnya hanyalah satu pembaziran yang mahu dibina oleh kerajaan PP . Guan Eng perlu jelaskan detail adakah kerajaan negeri sudah buat kajian @ analisis bagi mengenal pasti sama ada PICC diperlukan atau tidak .

Guan Eng yang mengamalkan sistem CAT dalam kerajaan negeri perlu sedia data dan kajian terlebih dahulu dan dibentangkan kepada rakyat ini kerana di PP sendiri kita lihat sudah banyak hotel-hotel mewah yang memiliki standard kemudahan antarabangsa yang diperlukan untuk mengadakan satu-satu konvesyen . Adalah lebih baik kerajaan negeri melaksanakan dahulu projek untuk kepentingan rakyat seperti membaiki jalan raya , sistem perparitan dan sebagainya daripada projek PICC ini.

Selain itu , berdasarkan kepada ucapan Adun DAP di atas ini , ia menunjukkan pembinaan PICC ini adalah kemungkinan projek di bawah PBT iaitu MPPP . Baru-baru ini Guan Eng baru sahaja mengumumkan MPPP akan beroperasi dalam bajet defisit RM 40 juta setahun bagi membiayai projek2 di infrastuktur .

Adakah projek PICC termasuk sekali dalam projek MPPP ini ?? Kita perlu penjelasan beliau kerana duit ini adalah daripada rakyat yang membayar cukai .







default

Manipulasi pembangkang , saksi utama Mohd Azamuddin bohong ??

on Tuesday, May 4, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 8 Comments

Inilah "anak orang baik-baik " yang keluar tengah malam
tanpa pengetahuan ibubapa .


Adakah ini kesan kecederaan yang kononnya dibelasah oleh lebih
5 orang anggota Polis ? Bijak betul budak ini auta ...



SHAH ALAM: Seminggu selepas kejadian seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis, rakannya semalam tampil membuat penjelasan dan menceritakan detik cemas yang dilalui sebelum Allahyarham terbunuh.

Muhamad Azamuddin Omar, 15, yang menaiki Proton Iswara dipandu Allahyarham pada hari kejadian awal pagi, 26 April lalu, menjelaskan peristiwa itu bermula selepas kereta Aminulrasyid bergesel dengan sebuah kereta berhampiran restoran di Seksyen 7 di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 11.

Berikutan kejadian itu, katanya, beberapa penunggang motosikal mengejar mereka menyebabkan Aminulrasyid terpaksa memecut kerana ketakutan.

Muhamad Azamuddin berkata, Aminulrasyid juga tidak mahu terbabit dengan sebarang masalah kerana Allahyarham memandu kereta kakaknya tanpa kebenaran dan mahu pulang terus ke rumah.

"Saya tidak menyangka Aminulrasyid boleh memandu kereta sehingga dia menjemput saya untuk keluar minum di sebuah restoran berhampiran rumah kami, kira-kira jam 12 malam itu.

"Kami kemudian ke Seksyen 7 untuk membantu seorang rakan yang motosikalnya rosak," katanya pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid di sini. Pelajar itu bagaimanapun hanya menjawab beberapa soalan sebelum beredar dengan diiringi beberapa lelaki dan seorang wanita dikenali, Monaliza Mokhtar, yang mendakwa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah.

Muhamad Azamuddin berkata, kumpulan penunggang itu mengejar mereka sehingga di Bulatan Kayangan, Seksyen 12, apabila sebuah motosikal terlanggar belakang kereta berkenaan sebelum penunggangnya terjatuh.

Katanya, Aminulrasyid bagaimanapun terus memecut kerana takut dan apabila sampai di Kompleks PKNS, kereta dipandu Allahyarham memotong sebuah kereta peronda polis yang kemudian bertindak mengejar mereka.

Muhamad Azamuddin berkata, walaupun diarah berhenti, Aminulrasyid terus memecut dan setiba di simpang berhampiran sebuah stesen minyak di Seksyen 11, dia terdengar bunyi tembakan sebelum menyedari tayar kereta itu pancit.

Katanya, polis kemudian melepaskan satu lagi tembakan yang mengenai belakang kepala Aminulrasyid selepas Allahyarham masih enggan memberhentikan keretanya.

“Tubuhnya terus rebah di riba saya, manakala kereta terus bergerak kerana kaki Aminulrasyid masih menekan pedal minyak sehingga ia terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah,” katanya.

Muhamad Azamuddin mendakwa, sebaik kereta itu berhenti, dia keluar dari kenderaan untuk menyerah diri tetapi diterajang serta dibelasah oleh lebih lima anggota polis, selain diacu dengan senjata.

“Saya bagaimanapun dapat lari dengan melalui sebuah sekolah berhampiran untuk pulang ke rumah,” katanya yang turut menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya di tangan kanan dan beberapa bahagian tubuh lain.

Muhamad Azamuddin berkata, laporan polis mengenai kejadian itu hanya dibuatnya pada malam hari kejadian.

"Petang itu, saya melihat berita di televisyen melaporkan saya dan Aminulrasyid adalah suspek yang terbabit dengan kes samun. Saya rasa tidak puas hati kerana laporan itu tidak benar. Oleh itu, saya membuat laporan polis untuk menjelaskannya," katanya.

Sumber: Berita Harian


Komen PB

PB cukup pelik dan ragu kenyataan Azamuddin ini yang kononnya dibelasah 5 orang anggota polis ... ok PB ingin anda semua fikir semula

1. Mengapa sidang akhbar ini dibuat sedangkan sisatan pihak Polis sendiri masih belum selesai?


2. Dalam laporan akhbar, lima anggota polis dikatakan telah membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri. Persoalannya di sini , kena belasah dengan lima anggota polis yang terlatih dan berbadan besar tak kan hanya cedera di lengan sajakah? Kalau setakat bengkak di lengan bukankah itu biasa la berlaku dalam kemalangan?

Kalau betul remaja berkenaan dipukul oleh pihak polis, pastinya ada kesan-kesan lebam di muka atau di badan atau sudah terlantar di hospital. PB tak sangka Azamuddin baru usia sebegini sudah hebat auta cerita .. Budak sekolah sebaya hang pun kena rotan dengan cikgu pun . ibubapa depa dah bawa pi klinik dan hospital .. ini kira dasyat la siap boleh buat PC seperti artis lagi .

3. Bagi menambah cerita ini semakin menarik dan suspen , dalam keadaan ketakutan serta diacukan pistol oleh anggota polis ..bagaimana pulak budak ini meloloskan diri balik ke rumah? Penjenayah pun kalau diacukan pistol oleh polis yang telah mengepungnya akan angkat tangan dan menyerah diri ..ini pulak budak umur 15 tahun ?? Hebat betul budak ini kerana berjaya memperbodohkan polis dan biarkan beliau melarikan diri .. ....Tak logik la cerita hang ..

4. Adakah keterangan awal budak ini sudah diubah oleh pihak pembangkang yang sedang mempolitikkan isu ini dan mereka kini sudah menjadi peguam kepada keluarga mangsa .


Nampaknya pihak pembangkang telah berjaya memanipulasi kes ini seperti mana kes A.Kugan dan juga kes TBH bagi menunjukkan pihak berkuasa negara ini teruk dan zalim . Ini lah pelampau-pelampai politik yang mengamalkan politik cukup keji dan jahat. Mereka sanggup memanipulasi apa sahaja isu demi kepentingan politik mereka dan mereka sanggup buat apa sahaja untuk menjatuhkan imej kerajaan dimata rakyat.

Ini politik baru Pakatan dan ini mereka terapkan sejak 2008 dan PB yakin isu kematian aminurashid ini akan dijaja sepenuhnya sehingga PRU 13 ..




Link

Awas Sang Penangguk Air yang keruh


Beginilah nasib polis Malaysia menjaga keamanan negara


Jangan ganggu polis siasat kes

Muhamad Azamuddin, Saksi Kes Aminulrashid Boleh Pakai Ke?

Muhamad Azamuddin berbohong

default

Sudut pidato PP bermotifkan politik menutup kelemahan kerajaan PP

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Pengenalan Sudut Pidato oleh kerajaan negeri dibimbangi akan disalah guna oleh pihak tertentu sebagai landasan politik untuk memainkan sentimen rakyat dengan memburukkan kerajaan Pusat.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan percaya ia juga merupakan perancangan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat melemparkan rasa tidak puas hati khususnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sebagai contoh, jika seseorang memperkatakan tentang kelemahan sistem pendidikan negara atau kekurangan kemudahan kesihatan, sudah tentu isu ini melibatkan kerajaan Pusat yang akan dilihat sebagai tidak peka atau prihatin terhadap masalah rakyat.

"Justeru, saya tidak nampak kenapa Sudut Pidato ini tidak boleh menjadi medan politik oleh kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan Pusat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dijadual merasmikan Sudut Pidato yang terletak di Dataran Milenium, Padang Kota Lama di sini esok.

Kemudahan tersebut dibuka kepada orang ramai pada setiap hari Rabu dan Ahad dari pukul 6 petang hingga 9 malam bermula 9 Mei ini untuk menyuarakan sebarang pandangan atau pendapat.

Azman tidak menolak kemungkinan terdapat perancangan supaya individu atau pihak tertentu dijemput untuk menggembar-gemburkan sesuatu isu sehingga boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng berharap kerajaan negeri benar-benar telus dalam mengendalikan Sudut Pidato tersebut dan membenarkan sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian.

Katanya, beliau tidak mahu mana-mana pihak atau individu dihalang daripada bersuara di Sudut Pidato semata-mata kerana tidak sependapat dengan kerajaan negeri.

"Mungkin kami juga akan ke sudut itu dan membawa mereka yang pernah dianiaya oleh kerajaan negeri seperti penduduk Kampung Buah Pala untuk meluahkan perasaan masing-masing. Kami harap golongan seperti ini tidak dihalang nanti daripada menyuarakan pendapat," ujarnya


Komen PB

Lim Guan Eng cakap tak serupa bikin !!! Pengenalan sudut pidato ini yang kononnya dilihat mengamalkan kebebasan bersuara sebenarnya hanyalah retorik politik sahaja. Kalau Guan Eng mahu kebebasan bersuaran di negeri, mengapa beliau menghina dan memboikot Utusan Malaysia di negeri ini kerana ia melaporkan tidak menyebelahi kerajaan negeri ??

PB yakin sudut pidato ini akan dimonopoli oleh penyokong2 Pakatan saja terutama DAP dan pasti orang akan melihat rakyat PP marahkan kerajaan pusat bukannya kerajaan negeri . Lebih buruk lagi sudut pidato ini mungkin disalahgunakan dan boleh mengguris sensitiviti kaum .

default

Geng 5 budak PAS bernilai RM 4 juta didedahkan !!

on Monday, May 3, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


KOTA BHARU - Penulis blog, Kickdefella, semalam mengesahkan telah pun mendedahkan nama lima individu terlibat menyalurkan peruntukan RM4 juta kepadanya untuk operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengekalkan pentadbiran Pas di negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kickdefella atau sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau berbuat demikian sewaktu memberikan kenyataan kepada suruhanjaya itu dua hari lalu.

Katanya, senarai ’Geng 5’ tersebut ialah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan, seorang ahli majlis kepada sebuah kerajaan tempatan di negeri ini, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Menurutnya, peruntukan itu disalurkan melalui syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim dekat sini dan mula menjalankan operasinya pada Julai 2007.

Syed Azidi berkata, sumbangan terbanyak diperoleh daripada ahli majlis terbabit bermula Julai 2007 sehingga November 2008 yang dianggarkan berjumlah lebih kurang RM2.66 juta.

“Urus niaga ini dilakukan ahli majlis terbabit ini dan pemilik bangunan setelah ianya dipilih saya sendiri antara Mei sehingga Julai 2007.

“Jumlah yang sama juga diberikan peguam ini di antara Mac sehingga Mei 2008 untuk membayar hutang pilihan raya GMC. Kesemua wang ini dibayar kepada seorang pemilik syarikat percetakan,” katanya.

Menurutnya, daripada sumbangan itu, sebanyak RM1.2 juta digunakan untuk membeli sebuah bangunan empat tingkat yang dijadikan pusat operasi GMC.

Bangunan itu diletakkan di atas nama sebuah yayasan yang turut memuatkan sebuah studio kedap bunyi, pusat operasi media dan ICT serta ruang pejabat.

“Sejumlah RM160,000 diberikan secara tunai pada 17 September 2008 kepada salah seorang pengarah syarikat ini dan seorang individu ketika saya berada dalam tahanan polis untuk membayar kos operasi bulanan GMC dan Pas TV manakala baki RM100,000 diberikan kepada saya pada November 2008 untuk operasi GMC,” katanya.

sinar harian




Akhirnya geng 5 kopiah putih telah didedahkan oleh Syed Azidi dan perkara ini beliau telah bawa kepada SPRM . Siapa sedia la semua 5 orang itu yang bakal disoal siasat mana duit RM 4 juta itu diperolehi .

Lagi satu, PB teringat seorang Mr Bean PAS iaitu Mahfuz Omar yang suka sangat nak buat Suruhanjaya Diraja .. Mengapa Mahfuz kali ni tak desak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat Kelantan oleh geng 5 kopiah putih ini ?? Banyak tu Mahfuz 4 juta bukannya sikit ....

Wali selipar pulak membisu dalam perkara ini maklumlah ia didedahkan pulak oleh blogger yang digelarkannya Celaka Celaka Celaka ... klik di sini



default

Kes ugut bunuh Wali Selipar telah diambil tindakan, Nizar boneka DAP bila lagi ?

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Nizar masih lagi bebas dan tiada tindakan pun terhadap dirinya

Individu yang mengugut dan mengancam untuk menikam Nik Aziz Al-Dajjal sampai mati, dilaporkan telah ditangkap oleh polis di Butterworth, Pulau Pinang pukul 9.00 malam tadi. Individu berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan sedang disiasat berhubung ancaman yang dibuat menerusi laman sosial, Facebook.


baru report Sabtu lepas sudah ditangkap !! Cekap betul Polis Malaysia
bertindak bila Pakatan buat report. Bagus !! Insyallah bila Anwar
and the geng perintah negara, gaji polis confirm naik !!!


Cepat betul polis buat kerja... barangkali ancaman bunuh itu merbahaya sangat. Apatah lagi yang hendak dibunuh pula adalah Nik Aziz. Tidak pula dapat dipastikan apakah individu berkenaan memaksudkan 'Nik Aziz Al-Dajjal' itu adalah Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Cuma agak aneh, berbanding laporan tentang ancaman dan ugutan tersebut, laporan tentang Nizar Jamaluddin yang cuba menimbulkan huru-hara dan pembunuhan antara kaum, masih lagi tidak menampakkan sebarang tindakan pihak polis, sekalipun ia dibuat lebih awal.

Barangkali kata-kata yang diucapkan oleh Nizar Jamaluddin dalam kempen politik untuk menambahkan undi kaum Cina kepada Pakatan Rakyat di Hulu Selangor hari itu, tidaklah semerbahaya ugutan bunuh terhadap Nik Aziz. Atau boleh jadi juga, berbanding individu yang membuat ancaman terhadap Nik Aziz, Nizar Jamaluddin mempunyai nama dan jawatan selaku orang politik.

Dan seperti biasa, orang politik adalah bebas melakukan apa-apa sahaja. Kalau kena kat kepala depa pun, depa boleh tepis bagi kat orang lain. Kalau orang marhaein, tindakan dan siasatan akan dijalankan secepat mungkin.

Anda boleh fikir sendiri, Nik Aziz atau jutaan orang Melayu dan Cina berbunuh sesama sendiri, siapakah yang anda perlu selamatkan terlebih dahulu? Antara pemuda yang berusia 20 tahun itu, yang sekadar mampu 'berceramah' di dalam Facebook, bersama-sama Friends yang tidak sampai 1000 orang berbanding Nizar Jamaluddin yang mempunyai jutaan pendengar di seluruh Malaysia, siapakah yang lebih berpengaruh dan wajar dibanteras terlebih dahulu?

Maka memang betullah, polis memang tidak adil apabila membuat tindakan!

sumber : The Flying Kick


Komen PB : ternyata kebenaranya ialah POLIS takut kepada Pakatan !! Ditambah
lagi Menteri Amaran jadi Menteri KDN yang sentiasa suka beri
amaran sahaja bukan tindakan . Apa progress sekarang kes Guan Eng
cakap TBH mati dibunuh itu ?? Kes itu running lagi ke sudah stop ?

default

Saya akan pertahankan negara daripada pengkhianat dan pelampau politik - Ezam

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


"Saya merasa tanggujawab saya untuk pertahankan negara
dan asas-asas negara ini daripada serangan -serangan yang
dilakukan kelompok2 pengkhianat dan pelampau dalam negara"

"Saya akan ambil tanggungjawab ini sebab saya pernah
sebahagian daripada mereka untuk menerangkan kepada
rakyat terutama anak muda bahawa ia sesuatu bahaya
kepada negara "



Ini lah gandingan yang digeruni PKR dalam Dewan Rakyat. Jika Ezam
masuk Dewan Rakyat maka bersiap sedia lah Anwar. Mungkin kali
yang kedua akan keluar dewan kerana tak tahan dengar serangan
daripada Ezam .


ucapan tahniah daripada rakan seperjuangan Zahid Md Arif


KUALA LUMPUR 3 Mei - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor berkata, perlantikan beliau sebagai senator menjadi landasan terbaik bagi beliau untuk menerangkan kepada rakyat tentang anasir jahat yang mengamalkan politik melampau dan membahayakan negara.


"Saya merasakan tanggungjawab ...saya untuk mempertahankan negara dan asas-asas negara ini daripada serangan-serangan yang dilakukan oleh kelompok-kelompok pengkhianat dan pelampau dalam negara.

"Jadi saya akan ambil tanggungjawab ini sebab saya pernah jadi sebahagian daripada mereka untuk menerangkan kepada rakyat, terutama anak-anak muda bahawa ia sesuatu yang berbahaya kepada negara,” katanya


Ezam berkata adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada dirosakkan oleh pelampau politik yang sanggup menjual nama Yang di-Pertuan Agong dan negara demi kepentingan peribadi.

Bagi Ezam, pelantikan itu merupakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu, khususnya, dalam usaha pembaharuan dan transformasi yang dilakukan sejak dilantik Perdana Menteri.

"Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyakinkan saya bahawa beliau adalah seorang tokoh yang serius dan bersungguh-sungguh dalam usaha reform (pembaharuan) dan transformasi negara dan saya mahu bersama-sama beliau,” katanya.

default

Lagi pembohongan Guan Eng kepada umat Islam

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Sebelum kita mengetahui isu utama tajuk di atas tersebut, lebih elok kita flashback balik siri pembohongan & perbodohkan kepada umat Islam di PP . PB sebelum ini dan beberapa rakan blogger PP seperti Pisau dan NGO2 lain telah membangkitkan isu mengenai peruntukan RM 24 juta kepada umat Islam . klik di sini dan sini

Ini menyebabkan Guan Eng terpaksa membuat beberapa kali dengan sidang akhbar malah memaklumkan di parlimen kerajaan DAP PP sudah membuat satu sumbangan besar kepada Umat Islam Pulau Pinang.Yang lebih menarik sekali kenyataan dari rakan blogger Pisau , menyatakan bahawa Guan Eng pernah sms memohon bantuan & pertolongan daripada PAS Kedah .

Malah menurut sumber Pisau iaitu orang kuat MB Kedah,Guan Eng turut sama memohon bantuan kepada kerajaan negeri Kedah agar membantu mempertahankan Guan Eng mengenai isu tersebut melalui sms,Pisau sempat membaca sms tersebut,lucu dan terasa Guan Eng benar benar tersilap langkah kerana berbohong kepada Umat Islam Pulau Pinang.

Pisau perhatikan sehingga sekarang PAS Kedah masih mampu tahu bezakan siapakah yang sebenarnya berbohong.Amat malang sekali PAS Pulau Pinang diperbodohkan secara terang terangan dibutakan dengan angka angka bombastik hinggakan sanggup mengangkat Guan Eng sosialis sebagai hero



Rupa-rupanya Guan Eng anak kit sial ini penakut juga hingga terpaksa buat talian hayat kepada PAS Kedah. Nampaknya Pas Kedah lebih bijak tahu kenal siapa Guan Eng yang sebenar. PAS PP pimpinan Salleh Man adalah paling senang diperbodohkan malah sedia menjadi pencacai bersama Mansor dan Malik untuk follow segala arahan Tuan Guan Eng . Kebodohan puak-puak kopiah putih ini terjadi dek kerana kemaruk kuasa sangat dan kebencian terhadap UMNO dan BN .

Yang terbaru isu Guan Eng perbodohkan umat Islam PP adalah kerajaan PP telah membayar wang ehsan untuk membayar kesemua bill air rumah ibadat bukan Islam berjumlah 1.378juta pada 2009.Bayaran tersebut dibayar melalui sekeping check kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. klik di sini ke blog pisau

Banyak tu jumlah bil air yang ditanggung Guan Eng dan pada masa yang sama beliau minta rakyat PP jangan bazir air . Kalau RM 1.378 juta boleh disalurkan begitu mudah kepada rumah ibadat bukan Islam , mengapa tak clear kan sekali bil air seluruh masjid dan surau di PP ??? Baru betul digelar Khalifah Umar Pas teragung sebaris dengan Tok Guru ..

Kalau Guan Eng jawab itu RM 24 juta sudah kita kasi .. harus diingat itu hanya budget , bukan betul pun ia akan diberikan sepenuhnya kepada MAIPP atau JAIPP . Setakat ini bantuan dan penambahbaikkan kepada masjid dan surau masih belum diterima.


Persoalannya di sini, PB tidak persoal sangat pemberian bantuan seperti itu oleh kerajaan PP keatas rumah ibadat bukan Islam tetapi masalahnya mengapa Guan Eng memperbodohkan umat Islam dan kalau bantuan kepada bukan islam beliau sembunyikan . Kalau peruntukan untuk umat Islam bukan main lagi diperbesarkan malah haprak daily lah media pencacai utama Guan Eng untuk perbodohkan orang PAS.

Mana pi kredibiliti seorang Ketua Menteri yang kononnya memperkenalkan cekap,telus dan akauntabiliti? Slogan CAT adalah slogan jamban saja digunakan untuk memperbodohkan rakyat Pulau Pinang.


GUAN ENG PERBODOHKAN LAGI UMAT ISLAM PP

PAKATAN RAKYAT HARUS DITOLAK

default

Badut AMK buat lawak , PKR tidak tergugat pelantikan Ezam sebagai Senator

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

"Ezam , ingat PKR tidak tergugat pun you jadi Senator " ..
saya bagi amaran ...


SHAH ALAM – Pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor sebagai senator tidak menggugat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya diyakini akan menyebabkan pepecahan dalam UMNO terutama di kalangan Pemuda UMNO.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau yakin sebahagian besar pemimpin UMNO tidak bersetuju dan berpuas hati dengan pelantikan Ezam yang baru dua tahun menyertai UMNO dilantik sebagai senator.

“Dalam kalangan pemimpin UMNO juga ramai yang tidak begitu senang dengan kehadiran Ezam dalam parti apatah lagi dengan layanan hebat Perdana Menteri dengan melantiknya sebagai senator.

“PKR begitu simpati dengan pemimpin UMNO yang lain yang lebih layak diberi ruang. Apa yang berlaku ini ibarat pepatah “kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nampaknya UMNO juga ketandusan pemimpin muda dengan melantik pemimpin ‘kitar semula’ yang dahulunya musuh ketatnya mewakili parti di Dewan Negara,” katanya.






Hahaha cukup kelakar betul kenyataan insan yang kecewa seperti Shamsol AMK .. Sepatutnya pepatah “kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’ adalah patut dilempaq ke muka Shamsul sendiri .

Sebab beliau lah insan yang paling kecewa tidak dipandang oleh Brader Anwar bin Ibrahim pun untuk diangkat sebagai calon PKR di Hulu Selangor. Malah Anwar lebih suka mengambil kaki botol Zack Daniel menjadi calon PKR . Di kalangan AMK sendiri pun ramai kecewa bila Zaid dipilih oleh Anwar bukannya Shamsol . klik di sini . kesiannya ...

Shamsol sengaja membuat helah kononnya mereka ini iaitu gerombolan cicak mengkarung @ pendekar2 tempang Anwar ini tidak gentar pun dengan perlantikan Ezam sebagai Senator . Ini semua cakap nak bagi sedap dengar saja dan sebenarnya puak2 ini adalah orang paling kecut teloq bila Ezam akan dilantik sebagai Senator .Bila mereka dengar saja khabar berita Ezam bakal dilantik senator , mereka inilah paling laju sekali dok cakap dalam twitter menyindir pelantikan Ezam ,

Kalau Shamsol cakap UMNO ketandusan pemimpin muda dengan melantik pemimpin ‘kitar semula’ , PB ingin tanya juga mengapa PKR dan Anwar melantik juga Zack Daniel iaitu pemimpin kitar semula @ katak sebagai calon PKR di HS bukannya orang lain ???

Mengapa tak lantik saja calon hebat seperti Shamsol AMK yang sudah sekian lama menabur keringat dan bakti menjadi pencacai Anwar dan diberi habuan sebagai calon PKR ???

default

Ugut bunuh : Nasrudin tantowi memalukan Nik Aziz

on Sunday, May 2, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Pemuda PAS pimpinan Nasrudin Tantowi nampaknya buat satu lawak bodoh semalam sempena Hari Buruh . PB hairan dalam minggu ini saja , PAS bersama gerombolan pakatan lain begitu seronok membuat propaganda kepada rakyat membenci polis dalam kes kematian aminurashid sehinggakan mendesak KPN meletakkan jawatan .

Cukup memalukan pihak yang selalu menghantam polis kononnya tidak adil dan sudah hilang kredibiliti akhirnya terpaksa menjilat balik ludah dengan memohon perlindungan polis untuk Tok Guru nya .

Nampak sangat PAS kini terdesak untuk repair balik imej Nik Aziz yang tercalar besar ekoran sindiran oleh titah Sultan Selangor baru-baru ini .

klik di sini artikel Nasrudin tantawi jatuh imej Nik Aziz

default

Politik keji pembangkang di Malaysia

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Nampaknya, pihak pembangkang begitu hebat memanipulasi kes kematian arwah adik Amirulrashid dan meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas bahu pihak polis.

Lim Kit Siang dan kebanyakan pemimpin pembangkang ghairah sekali memainkan isu ini setiap hari kebelakangan ini bagi menunjukkan bahawa mereka amat prihatin dengan nasib bangsa melayu.

Pandai sungguh mereka berlakon. Kononnya merekalah juara segalanya walhal semuanya dilakukan demi keuntungan politik semata-mata. Tak lebih dari itu tujuan mereka walau sebesar hama sekalipun.


Adakalanya, saya hairan juga dengan sifat yang ditunjukkan oleh mereka-mereka didalam pembangkang ini. Dari sebesar-besar perkara, hinggalah sekecil-kecil isu semuanya hendak dipolitikkan tanpa langsung mengambil kira kesan yang akan timbul dimasa depan.

Saya tak mahu menyentuh langsung tentang isu arwah ini. Cuma saya mahu mempersoalkan apa motif sebenar pihak pembangkang yang saya lihat begitu lantang mahu menghukum pihak polis.

Tindakan mereka kebelakangan ini yang mempersoalkan kredibiliti dan mempertikaikan integriti pihak polis negara ini seolah-olah mereka mahu mewujudkan satu budaya dikalangan rakyat supaya benci kepada pihak berkuasa.

Belumpun siasatan dibuat dan penelitian kes lebih mendalam dijalankan, mereka bagai sudah menjatuhkan hukuman bahawa pihak polis lah yang bersalah dan bertanggung jawab sepenuhnya. Bagi saya, ini merupakan satu permainan politik keji yang dilakukan oleh pembangkang negara untuk memperolehi populariti secara singkat.

Jika kita menoleh sejenak kebelakang, jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh seluruh anggota keselamatan di negara ini tak terhitung banyaknya. Mungkin ada segelintir yang mencetuskan masalah namun tak seharusnya kita menafikan sumbangan bakti dari yang lain-lainnya.

Kita mampu tidur dengan aman dirumah saban malam bersama keluarga tersayang hanya kerana keselamatan persekitaran kita dijaga oleh anggota-anggota beruniform ini. Kita juga mampu bersenang lenang beriadah bersama rakan taulan sewaktu cuti umum kerana ada pihak yang bertugas pada hari tersebut demi untuk memastikan harta benda kita selamat.

Saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana sekiranya persekitaran kita ini tanpa dikawal selia oleh pihak polis. Didalam kekalutan masyarakat sekarang inipun, pihak polislah yang bertungkus lumus memastikan setiap ruang itu selamat untuk setiap rakyat.

Pihak pembangkang memang diketahui perangainya yang seboleh-bolehnya mahu mempolitikkan semua isu, tetapi apakah kini kita juga mahu terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang mahu menafikan semua jasa-jasa dari pihak berkuasa?

Kalaupun ada seorang dua didalam pihak berkuasa Polis Malaysia yang bermasalah, tak perlulah melabelkan keseluruhan organisasi tersebut sebagai kejam dan juga tak berlaku adil sepertimana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang.

Tidakkah pihak pembangkang ini terfikir bahawa generasi muda sedang memerhati segala tingkah laku mereka? Bagaimana jika anak-anak muda Malaysia ini terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh mereka dan membenci pihak berkuasa dan kerajaan? Apa untungnya disebalik semua ini?

Saya melihat bahawa sejak kebelakangan ini, pihak pembangkang di Malaysia semakin teruk mentalitinya. Bagi saya, ini mungkin kerana mereka terlampau ghairah untuk merampas negara dari kerajaan sedia ada.

Dan sebab itulah mereka semakin lupa peranan sebenar pembangkang didalam sistem demokrasi yang diamalkan selama ini. Mungkin bagi mereka, matlamat mereka telah menghalalkan semua cara.

sumber : mykmu.net ( che wan )

default

Siling bangunan DUN PP RUNTUH !!!! Rakyat PP tuntut penjelasan !!

on Saturday, May 1, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Adakah keruntuhan siling menandakan keruntuhan parti Penipu Rakyat ??


Memalukan bangunan DUN PP lingkup bawah tangan Guan Eng


SPRM harus siasat kontrator KRONI GUAN ENG ini !!




MEMALUKAN !!!! PB desak Guan Eng diktator ini memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan siling di ruang dewan DUN PP petang semalam . Menurut sumber , siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh Jumaat menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini.

Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang.

"Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.

Abdul Halim berkata runtuhan itu tidak akan menjejaskan persidangan nanti.

"Pihak kami juga sedia dengan alternatif lain termasuk kemungkinan memindahkan lokasi persidangan ke tempat lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai," katanya.

Nasib baik lah ia runtuh bukan hari persidangan DUN kerana sekarang persidangan akan bermula pada Isnin ini . Kalau tidak , satu tragedi hitam dalam sejarah negara buat kerajaan CAT Guan Eng .

Menurut sumber , kerajaan PP ini baru saja siap dibuat renovation dan telah menelan belanja RM500,000. Kita menuntut satu laporan SPRM dibuat ke atas Jawatankuasa Tender kerana amalan rasuah di peringkat Jawantankuasa sudah lama jadi bualan ramai. PB yakin dan percaya ada ada penyelewengan dan amalan rasuah dalan kerja2 renovation ini yang mungkin tidak mengikut spesikasi .

Kita menuntut satu Surahanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat samada pemberiaan kontrak telah dibuat dengan telus dan samada ada campurtangan pihak ahli politik dalam proses tender dan untuk makluman semua Ketua Menteri adalah Pengerusi dalam Jawatankuasa Tender, satu amalan yang tidak dibuat di zaman BN.


Kepada Guan Eng , hang tak perlu sibuk bikin kecoh masuk campur dalam siasatan polis mengenai isu kematian adik aminurashid mati ditembak ... Jaga negeri ini hang tu dulu !!

Itu satu bangunan tua pun hang tak boleh jaga, ini kan pulak ada angan2 mau tawan Putrajaya !! POODAH !!!






default

Laporan polis untuk ceramah menghasut Nizar bangsat !!

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

3 Kaum Melayu utama negara Malayu , Cina dan India membuat laporan polis
mendakwa Nizar menyampaikan ucapan berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan
perpaduan kaum ketika kempen di PRK HS



SHAH ALAM 30 April - Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Bekas Menteri Besar Perak itu didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.

Laporan ke atas Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada pukul 1.15 tengah hari tadi oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M.Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

Zulkarnain berkata perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu berniat jahat.

"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat,” katanya kepada pemberita.

Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar pada ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.

Chan pula berkata kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas. - Bernama

default

Ezam Mohd Noor bakal Timbalan Menteri !!

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ezam kini menjadi anak emas DS Najib
Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Sumber Umno mengatakan Ezam kemungkinan akan dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah porfolio Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan bertanggungjawab mengenai NKRA dan KPI.

Lantikan sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu "habuan politik" setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Antara tugasan Ezam yang dianggap "berjaya" oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

Ezam, 42, meletak jawatan sebagai Ketua AMK Pusat yang dipegang beiau sejak 1999 dan juga Ketua Cabang Shah Alam pada Februari 2007 dan keluar KEADILAN pada Jun berikutnya.

Beliau menyertai semula Umno pada 28 Mei 2008 dengan menyerahkan borang keahlian parti kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka mendapat "hadiah politik" ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel ayang bakal dilantik sebagai Menteri. Palanivel yang merupakan pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terpaksa memberi laluan kepada calon MIC pilihan Umno, P Kalamanathan setelah mendapat bantahan dan pandangan negatif dari kalangan pimpinan Umno.

Dua lagi Senator baru selain Ezam dan Palanivel ialah Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara pada hari Isnin pukul 9 pagi. -SK

sumber : mulut melayu

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps