Yong pengkhianat dalam BN
June 18, 2008 by dewiarjuna 
Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini. 
 
 Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap Perdana Menteri. Sewaktu sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM. SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan empat ahli dewan undangan negeri.
 
Yong Teck Lee adalah merupakan seorang politikus  yang sering  kontraversi di negeri berkenaan dan apa yang dilakukan oleh Yong Teck Lee ini seolah-olah mengugut Barisan Nasional dan tidak bermoral. Mereka telah mengunakan kelebihan mereka sebagai pendukung dan tunjang kepada jumlah kemenangan BN untuk  memenuhi kepentingan mereka.
 
Yong seolah lupa akan jasa BN kepada beliau ketika beliau kalah dalam perbicaraan  pada tahun 1999 atas skandal rasuah pilihanraya  di mana beliau terpaksa  mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Likas  pada tahun berkenaan.
 
Beliau juga  lupa  apabila beliau pernah diberikan peluang oleh BN untuk menjawat jawatan tertinggi sebagai ketua menteri Sabah pada  tahun 1996. Hari ini Yong Teck Lee bagaikan  besar kepala mungkin lupa akan jasa BN  yang telah membangunkan  kembali kekuatan BN  di Sabah apabila BN  hanya  menjadi pembangkang dahulu.Yong yang mengambil kesempatan atas kekuatan BN Sabah dan mengugut parti BN kebelakangan ini kerana Yong tahu BN amat memerlukan kerusi BN  dari Sabah. 
 
Ura-ura ingin menyertai  Keadilan dan mengugut mahu keluar parti adalah satu perbuatan khianat dan ingin  mengusulkan  undi  tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen adalah satu tindakan yang biadab oleh Yong kerana jelas Yong sebenarnya  tidak berkeyakinan dengan Perdana Menteri dan Presiden BN. Tindakan serupa ini sengaja  dilakukan kerana mengetahui bahawa mereka sekarang adalah ‘hot  cakes’ yang diperlukan oleh kedua-dua belah parti.
 
Namun tindakan Yong ini seolah-olah tidak menghormati keputusan  yang telah dibuat oleh rakyat dan mahu melacurkan keputusan yang dibuat oleh rakyat  di negeri Sabah. Namun bukan semua parti yang komponen yang setuju dengan Yong dan juga keputusan yang dibuat oleh beliau, Walaupun Yong akan membawa  SAPP keluar dari BN, BN tetap masih menjadi pemerintah . Seandainya Yong membawa usul tidak percaya kepada  Perdana Menteri , insyaAllah  beliau tidak akan berjaya dalam usaha ini.
 
Apa yang Yong lakukan ini seharusnya  diberikan tentangan oleh Ahli Parlimen dari Sabah dan masalah  Yong ini perlu diselesaikan oleh BN Sabah dengan berpaa segera kerana Yong adalah merupakan duri dalam daging BN di Sabah.Kerajaan  tidak perlu memberikan Yong satu keistimewaan dan mengikut semua tuntutan  yang  dilakukan oleh Yong kerana bukan hanya SAOO sahaja  yang menyumbang kepada kemenangan BN. Jika kerajaan memberikan keutamaan kepada  SAPP bererti Kerajaan terpaksa melayan semua karenah   dan tuntutan wakil rakyat  yang menyumbang kepada kemenangan BN.
 
Menyokong Yong bermakna menyokong Anwar Ibrahim. Apakah rakyat Sabah sudah bersedia untuk menerima  Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan apakah  rakyat di Semenanjung sudah boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri. Jelas Yong adalah pengkhianat dalam BN khusunya BN Sabah.
inilah bangsa cina yang sememangnya belot apabila peluang di depan mata ..bagi aku buang pun tak pa parti sapp ni .cukup tak guna kalau simpan 
Yong pengkhianat dalam BN
          on Wednesday, June 18, 2008
          by Generasi Pejuang Bangsa
 -
      
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Luxury Collection6 years ago
- 
- 
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.8 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
- 
        ▼ 
      
2008
(297)
- 
        ▼ 
      
June
(20)
- Pemuda Persoal Kerajaan Perak Amal Tender Ikut Pin...
- Melayu perlu kuat - Jangan sampai terima nasib ter...
- Ezam tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam
- Selamat Tinggal Islam Hadhari, Selamat Datang Agen...
- KHAIRY MENJELASKAN LAPORAN POLIS
- Kedudukan MB Selangor Goyah, Gerakan Anti Khalid B...
- Isu gaji pemain -Presiden FAP tak buat apa untuk b...
- Keimanan dan kesabaran Pak Lah mengatasi segalanya
- YONG BONEKA ANWAR
- PEMUDA PAS DITEMPELAK DAP.MANA HERO-HERO PAS TERUT...
- Yong pengkhianat dalam BN
- Bukan pengecut tapi berprinsip-Darah Pengasas UMNO
- Pusat hiburan kian banyak akibat lantikan EXCO Ter...
- Isu Harga Minyak : Kedangkalan Pemimpin Pembangkan...
- Minyak naik! harga barang naik ! jadikan handphone...
- Pengundi Melayu Selangor terima padah !!!
- Melayu Masyarakat Induk Malaysia
- Yayasan Hantu : Foundation For The Future
- Israel mahu serang Iran
- Minyak - Pak Lah tidak mengharapkan rakyat gembira...
 
 
- 
        ▼ 
      
June
(20)
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 

